Selain Himpunan Tabligh Ph Lulus Fiesta Belon Udara Panas Kata Najib


FMT Reporters
-April 19, 2020 9:01 PM

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya dilancarkan oleh menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Khalid Samad pada 23 Februari. Acara itu yang dijadualkan pada Mac, kemudiannya ditangguhkan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak terus membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, gabungan itu tidak berhasrat untuk menghentikan mana-mana acara awam lain sama seperti himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Sebagai contoh, beliau merujuk keputusan PH untuk meneruskan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya, yang diumumkan oleh (bekas) menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad pada 23 Februari, dan dijadualkan diadakan pada 19-22 Mac.

“PH perlu bertanggungjawab untuk kluster Covid-19 terbesar negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini, merujuk kepada jangkitan wabak itu yang berpunca daripada peserta himpunan jemaah tabligh yang membabitkan 1,950 individu.

Najib berkata demikian berikutan tuduh-menuduh antara Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dengan bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad dan bekas timbalannya Dr Lee Boon Chye berhubung pihak yang bertanggungjawab membenarkan himpunan itu diadakan.

Terdahulu Adham berkata, Dzulkefly gagal menghentikan himpunan itu, tetapi ahli Parlimen Kuala Selangor itu membalas dengan berkata, tanggungjawab itu terletak pada menteri dalam negeri ketika itu, iaitu Muhyiddin Yassin, yang kini merupakan perdana menteri.

Sementara itu, Lee terdahulu hari ini dilaporkan berkata, virus itu tersebar daripada perwakilan dari negara yang terjejas yang datang ke Malaysia untuk menyertai himpunan berkenaan..

“Kita (KKM) tidak tahu adanya peserta dari luar negara yang menyertai himpunan itu. Jika tidak, kita pasti menghalangnya,” kata Lee.

Bagaimanapun Najib berkata, Khalid melancarkan acara belon udara panas itu seminggu sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Fiesta itu dijangka menarik lebih 200,000 hadirin sebelum ia ditangguhkan pada 6 Mac.

“Adakah fiesta antarabangsa juga akan halang warga asing? Nampaknya memang benar kata Khalid, kerajaan PH dahulu memang tak ada isu untuk luluskan acara tabligh dengan 16,500 peserta ini,” kata Najib merujuk kepada kenyataan Khalid di Twitter mempertahankan Dzulkefly.

Khalid berkata, “tidak ada isu” himpunan itu diluluskan pada 12 Februari kerana “gelombang pertama (Covid-19) terkawal.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/selain-himpunan-tabligh-ph-lulus-fiesta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanya Kdn Kenapa Lulus Himpunan Tabligh Dzulkefly Balas Kenyataan Menteri Kesihatan

Tanya Kdn Kenapa Lulus Himpunan Tabligh Dzulkefly Balas Kenyataan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 529 hits
Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba tidak sepatutnya bermain politik sebalik memberi tumpuan kepada usaha menangani wabak Covid 19 PETALING JAYA Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad berkat...
Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Beritahu Sebab Himpunan Jemaah Tabligh Dibenar

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Beritahu Sebab Himpunan Jemaah Tabligh Dibenar

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 346 hits
Lebih 14 000 orang termasuk warga asing menyertai himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur yang kemudian muncul sebagai kluster terbesar jangkitan Covid 19 di negara ini PETALING JAYA Bekas timbalan menteri kesihatan Dr L...
Najib Razak Kata Khalid Samad Cuba Tipu Rakyat

Najib Razak Kata Khalid Samad Cuba Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 262 hits
Time PKP pun depa fikir rakyat masih mudah ditipu Semalam Lid kata parti PAN ditubuhkan kerana PAS nak bersama UMNO Ini tidak betul PAN ditubuhkan SELEPAS Lid dan geng geng mereka kalah teruk dalam pemilihan parti PAS tahun 2015 Mereka kala...
Perjuangan Ustaz Ebit Mulia Allah Sahaja Yang Mampu Membalasnya Kata Najib

Perjuangan Ustaz Ebit Mulia Allah Sahaja Yang Mampu Membalasnya Kata Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 361 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut terkesan dengan luahan Ebit Lew berharap pendakwah bebas itu akan meneruskan aktiviti amalnya Menurut Ahli Parlimen Pekan itu perjuangan dah hati Ebit sungguh mulia kerana membantu...
Terima Kasih Atas Hadiah Bermakna Ini Najib Razak Titipkan Kata Kata Semangat Buat Ebit Lew

Terima Kasih Atas Hadiah Bermakna Ini Najib Razak Titipkan Kata Kata Semangat Buat Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 482 hits
Seperti yang diketahui umum Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sikapnya yang sering menyantuni golongan golongan susah di negara ini Pun begitu timbul beberapa spekulasi yang mengaitkan dirinya baru baru ini Disebabkan itu ramai yang memberikan...
Pemulangan Wang 1mdb Bukti Dakwaan Ph Tidak Benar Kata Najib

Pemulangan Wang 1mdb Bukti Dakwaan Ph Tidak Benar Kata Najib

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 224 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemulang wang milik 1Malaysia Development Berhad membuktikan dakwaan Pakatan Harapan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional adalah ...
Pentadbiran Lepas Gagal Kekang Covid 19 Kluster Tabligh Lebih Awal Kata Adham

Pentadbiran Lepas Gagal Kekang Covid 19 Kluster Tabligh Lebih Awal Kata Adham

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 332 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mendakwa pentadbiran sebelum ini gagal mengawal penularan wabak Covid 19 khususnya melibatkan kluster yang menurutnya menjadi kluster terbesar di seluruh negara Adham berkata sekiranya pentadbiran le...
Saya Bukan Hipokrit Dalam Isu Rohingya Kata Najib

Saya Bukan Hipokrit Dalam Isu Rohingya Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 375 hits
April 24 2020 9 35 AMRibuan orang Rohingya di Malaysia akan teruk terjejas dengan PKP kerana kedutaan Myanmar tidak mahu memberikan bantuan makanan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau konsisten dalam pandangannya ...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam

Cara Simpan Daun Palas Supaya Tahan Lama 1 Pertama Basuh Daun Palas Dengan