Sekolah Seharusnya Menjadi Tempat Selamat Menimba Ilmu


 
Oleh: Fuziah Salleh








Sekolah seharusnya menjadi tempat selamat, bukan tempat guru dan pelajar lelaki menjatuhkan maruah pelajar perempuan serta menjadikan pelajar perempuan sebagai sasaran kepada gangguan seksual.

#MakeSchoolsASaferPlace
https://www.malaysiakini.com/news/572149

Merujuk kepada laporan di atas, susulan video yang tular sebelumnya yang memaparkan kisah seorang guru membuat lawak lucah dan mempersendakan isu rogol di hadapan pelajar perempuan, kini timbul pula kisah pelajar lelaki mengugut untuk merogol pelajar perempuan tersebut. Hal ini jelas mencerminkan situasi tidak sihat sedang berlaku di sekolah anak-anak kita.
Sebelum itu, masyarakat turut digemparkan dengan berita dan laporan media mengenai pelajar-pelajar perempuan yang diraba oleh guru, ustazah serta warden asrama sebagai cara mengesahkan mereka datang haid atau cuma berlakon untuk mengelak dari melakukan ibadah solat. Dari laporan tersebut, jelas bahawa insiden seperti ini bukan kes terpencil yang berlaku setakat satu dua kes, tetapi menunjukkan satu ‘pattern’ tertentu dan ternyata selama ini kes tersebut telah lama wujud.
Hakis kepercayaan terhadap integriti institusi pendidikan
Wanita KEADILAN ingin menegaskan bahawa semua insiden yang berlaku ini adalah tindakan yang bukan sahaja merosakkan nama baik guru, tetapi ianya juga menghakis kepercayaan orang ramai terhadap integriti institusi pendidikan secara keseluruhan dan sewajarnya insiden ini tidak patut dibenarkan berlaku di sekolah anak-anak kita. Seluruh rakyat Malaysia juga harus memandang serius hal ini kerana sekiranya kita tidak berbuat demikian, mempersenda maruah wanita akan menjadi suatu 'kelaziman' di negara ini.
Hari ini mungkin berlaku ke atas anak orang lain, satu hari tidak mustahil berlaku ke atas anak kita sendiri sekiranya gejala ini tidak dibendung. Bagaimana jika anak kita pula berada dalam situasi di atas?
Sekolah yang merupakan tempat menimba ilmu dan sepatutnya dipenuhi dengan kenangan manis untuk dibawa ke alam dewasa dan dijadikan bahan bercerita sewaktu usia tua tentu sekali berbeza jadinya jika insiden sebegini berterusan terjadi di sekolah.
Saya yakin ibu bapa yang mempunyai anak perempuan tentu amat khuatir tentang keselamatan anak mereka di tempat yang seharusnya selamat bagi mereka. Saya juga yakin ibu bapa tentu sekali khuatir sekiranya anak lelaki mereka pula mampu mengugut untuk merogol pelajar perempuan sedangkan mereka masih dalam usia muda dan dikategorikan sebagai ‘bawah umur’ (minor).
Gangguan seksual di sekolah, mengerikan
Seorang guru dewasa boleh membuat lawak lucah di hadapan pelajar perempuan di sekolah dengan selamba, tanpa merasakan ianya satu kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual. Hal ini adalah sesuatu yang amat mengerikan. Adakah berkemungkinan untuk guru tersebut melakukan perkara yang sama kepada wanita-wanita lain? Dalam keadaan negara kita yang ketiadaan undang-undang melindungi wanita dari gangguan seksual, situasi ngeri seperti ini boleh menjadi trauma yang mendalam bagi kaum wanita.
Pelajar lelaki yang mampu mengugut mahu merogol seorang pelajar perempuan, mungkin mampu juga mengugut wanita lain apabila dia dewasa kelak? Persoalan lebih besar ialah persekitaran anak-anak kita belajar dan membesar kini menjadi persekitaran yang menakutkan.
Pihak pemerintah iaitu kerajaan sedia ada wajar meneropong kepada isu lebih besar yang dibangkitkan di atas, iaitu pembentukan budaya adab sopan, serta hormat kepada wanita di sekolah dan dalam masyarakat. Di dalam keluarga seharusnya sudah bermula asas pendidikan adab sopan yang disambung serta diteruskan oleh guru-guru di tempat belajar. Seterusnya, dperkukuhkan pula norma-norma tersebut di dalam masyarakat. Kepincangan sistem ini akan menghancurkan generasi masa depan.
Budaya yang merupakan amalan sesebuah masyarakat memang sukar dibentuk kerana ia mengambil masa panjang. Akan tetapi parameter membentuk masyarakat tersebut bermula dengan penggubalan sistem dan undang-undang. Wajib dipersetujui bersama apa yang boleh diterima dan apa yang tidak boleh diterima sebagai sebahagian dari norma dan adab sopan di sekolah, dalam keluarga dan juga dalam masyarakat.
Gangguan Seksual BUKAN salah satu norma yang boleh diterima, malahan ianya wajib dikecam!
Kegagalan bentang Akta Gangguan Seksual
Kegagalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Menteri Pendidikan mengenalpasti isu ini sebagai satu isu yang amat besar adalah amat mengecewakan. Rang Undang-Undang Gangguan Seksual gagal dibawa ke Parlimen seperti yang telah dijanjikan sewaktu PH menjadi kerajaan. Menteri Pendidikan sunyi sepi seolah-olah mulut dizip mempamerkan sikap sambil lewa pihak Menteri dan kementerian memberi gambaran seolah hal ini merupakan perkara yang enteng.
Walaupun terdapat Akta Kanak-kanak dan peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Keseksaan serta beberapa undang-undang lain yang sedia ada untuk mengekang jenayah gangguan seksual, namun ia belum mampu menangani gangguan seksual secara spesifik. Sebab itulah kita memerlukan RUU Akta Gangguan Seksual dibentangkan dengan serta merta.
Saya juga menggesa agar kerajaan memperhebatkan pendidikan gender dan advokasi kesedaran gangguan seksual. Wanita KEADILAN bersedia menawarkan khidmat nasihat berkaitan dakwaan dan salah laku gangguan seksual yang berlaku dalam masyarakat.
_________________________________________________________________________________





Penulis merupakan Ahli Parlimen Kuantan dan Ketua Wanita KEADILAN

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/sekolah-seharusnya-menjadi-tempat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Populer Yang Menjadi Setting Novel Best Seller Wisata Napak Tilas Novel Seru Juga Lo

5 Tempat Populer Yang Menjadi Setting Novel Best Seller Wisata Napak Tilas Novel Seru Juga Lo

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 249 hits
Dari kuil Kobe di novel populer milik Haruki Murakami hingga jalur pendakian Semeru di novel 5 cm
Selamat Hari Guru Teringat Plak Kenangan Di Sekolah Dulu

Selamat Hari Guru Teringat Plak Kenangan Di Sekolah Dulu

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 508 hits
Salam dears Kepada semua warga pendidik Selamat Hari Guru Terima kasih untuk ilmu bimbingan dan didikan Moga Allah membalas segala jasa dan pengorbanan guru guru semua Terima kasih Cikgu Tiba tiba hari ni hati terasa sayu plak Bila kenangka...
Tempat Simpan Duit Paling Selamat Dan Berbaloi

Tempat Simpan Duit Paling Selamat Dan Berbaloi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 950 hits
Tempat Simpan Duit Paling Selamat Dan Berbaloi Ingat tak waktu kecil kecil dulu kat mana kita simpan duit Di bawah bantal Dekat dalam tin biskut Atau letak kat pinggang ikat dengan kain gulung gulung Haha macam macam cara kan kita boleh nam...
Selamat Tinggal Dunia Dadah

Selamat Tinggal Dunia Dadah

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 272 hits
RAMIZAN dan isterinya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Kajang Utama FOTO Aizuddin Saad Kajang Kehilangan bapa ketika sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahan dadah benar benar menyedarkan Ramizan Abdul Malek yang akhirnya be...
Guna Pembersih Wanita Selamat Ke Ini Yang Kamu Kena Tahu

Guna Pembersih Wanita Selamat Ke Ini Yang Kamu Kena Tahu

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 301 hits
Tahukah kamu alat sulit wanita sebenarnya mampu membersihkan dirinya sendiri Ramai orang menggunakan produk pembersihan wanita seperti cleanser wipe gel powder dan macam macam lagi dengan harapan dapat membersih dan menyegarkan bahagian int...
Selamat Hari Raya 2021 Dari Hanif Sekeluarga

Selamat Hari Raya 2021 Dari Hanif Sekeluarga

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 430 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Hanif Sekeluarga Mohon maaf dipinta jika ada tersalah kata atau laku terutama apabila menulis artikel di blog ini Tahun ni adalah tahun kedua kita beraya dalam suasana PKP namun saya tetap bersyukur dapat b...
Selamat Jalan Anakku Sayang Belum Rezeki Timang Cahaya Mata Pertama Aurel Hermansyah Keguguran

Selamat Jalan Anakku Sayang Belum Rezeki Timang Cahaya Mata Pertama Aurel Hermansyah Keguguran

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 363 hits
Baru sahaja merasai detik indah di awal kehamilan anak kepada penyanyi Kris Dayanti Aurel Hermansyah dikhabarkan telah mengalami keguguran Melalui Instagram pasangan selebriti itu baik Aurel mahupun suaminya Atta Halilintar memaklumkan perk...
Hiburan Ain Edruce Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama

Hiburan Ain Edruce Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 361 hits
Pelakon dan pengacara Ain Edruce memberitahu kepada orang ramai menerusi Instagram Story bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami semalam AdvertisementMenerusi video pendek itu Ain memberitahu setelah berjam ...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Drama Mandul Bukan Pilihan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media