Sekolah Rendah Dibuka Mulai Esok Murid Tiada Seragam Dibenar Hadir




Setelah melalui rentetan episod dalam sistem pendidikan negara yang menyaksikan pengoperasian sekolah terpaksa mengikut ‘rentak’ angka Covid-19, akhirnya sekolah dibuka semula secara berperingkat mulai Isnin ini.
Pembukaan semula sesi persekolahan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara pada 1 Mac, diikuti Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula 8 Mac.
Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri-negeri lain pada 5 April.
Walaupun masih dihimpit situasi pandemik yang belum reda, langkah itu perlu diambil bagi mengimbangi keperluan akses pendidikan dalam keadaan selamat sambil memastikan pelajar tidak jauh ketinggalan dalam pembelajaran.

lebih-lebih lagi apabila ibu bapa, guru dan pelajar terpaksa menghadapi ‘kejutan budaya’ ketika konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terpaksa dilaksanakan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Berdepan masalah utama seperti pemilikan peranti dan akses internet murid yang dikhuatiri mengakibatkan keciciran pelajar dalam kalangan golongan B40, luar bandar dan kawasan pedalaman, senario itu menyedarkan bahawa kaedah pembelajaran secara bersemuka adalah lebih berkesan.
Menjelaskan rasional keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) itu, menterinya Datuk Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata ia dibuat secara teliti dan pendekatan diambil berdasarkan input serta maklum balas daripada semua pihak.
“Keputusan membenarkan pelajar sekolah rendah untuk mengikuti sesi persekolahan lebih awal adalah bagi memberi ruang kepada murid dan guru menyesuaikan diri dengan suasana norma baharu dan juga prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” katanya.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini pula berkata seramai 55,539 guru yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi akan diusahakan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada fasa pertama program imunisasi itu.
Tidak mengambil mudah aspek SOP, KPM turut mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula dan Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah, mengandungi panduan pengurusan dalam pelbagai aspek ketika penularan Covid-19 kepada semua sekolah di seluruh negara.
Garis panduan itu merangkumi aspek bermula murid sampai ke pintu pagar sekolah, ketika murid berada di sekolah dan SOP ketika pulang.
Pembukaan sekolah bermula Isnin juga menyaksikan KPM membenarkan pelajar memakai pakaian biasa yang sesuai, kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah jika belum mempunyai pakaian seragam sekolah.
KPM menyatakan kebenaran tersebut diberikan bermula 1 hingga 26 Mac ini iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan sesi 2021.
Selain sekolah rendah, Kolej Vokasional juga akan dibuka pada 1 Mac manakala sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta kategori pusat termasuk pusat tuisyen akan dibuka pada 8 Mac.
Bagaimanapun sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 1 Mac ini ditangguhkan selama 14 hari lagi di sembilan daerah di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Julau, Meradong, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri berikutan kes angka Covid-19 yang tinggi. — Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/02/sekolah-rendah-dibuka-mulai-esok-murid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Dibenar Tidak Memakai Seragam Sekolah Hingga 26 Mac

Murid Dibenar Tidak Memakai Seragam Sekolah Hingga 26 Mac

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 264 hits
Kebenaran berkenaan diberikan KPM bermula dari 1 Mac ini PUTRAJAYA Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah kata Kementerian Pendidikan Dala...
Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

Umum Sekolah Dibuka Kerana Kerajaan Gagal Laksana Pdpr

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 398 hits
Peranti tidak cukup liputan internet tidak meluas antara faktor utama PdPR tidak dapat berjalan dengan baik menyebabkan ada pelajar tidak dapat mengikuti PdPR February 20 2021 Pengumuman Menteri Pelajaran untuk membuka kelas persekolahan be...
Video Terus Ceria Anak Gelak Je Masuk Sekolah Kemunculan Super Hero Ceriakan Hari Persekolahan Pertama Murid

Video Terus Ceria Anak Gelak Je Masuk Sekolah Kemunculan Super Hero Ceriakan Hari Persekolahan Pertama Murid

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 584 hits
Difahamkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka itu selepas ia ditutup di seluruh negara mulai 9 November tahun lalu Malah sesi persekolahan kali ini menyaksikan murid dan guru menyesuaikan diri dengan norma baharu serta prosedur op...
Sesi Persekolahan Mula 1 Mac Ini Anak Pra Sekolah Murid Tahun 1 2 Ke Sekolah Dulu

Sesi Persekolahan Mula 1 Mac Ini Anak Pra Sekolah Murid Tahun 1 2 Ke Sekolah Dulu

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 396 hits
Pembukaan sesi persekolahan untuk sesi 2021 secara rasminya akan bermula pada 1 Mac ini dengan murid pra sekolah Tahun 1 dan Tahun 2 dan diikuti murid Tahun 3 4 5 dan 6 pada 8 Mac Sementara itu untuk pelajar sekolah menengah yang berada di ...
Covid 19 Kerajaan Kenakan Pkpd Di Kuarters Sri Jelutung Chini Mulai Esok Hingga 19 Mac

Covid 19 Kerajaan Kenakan Pkpd Di Kuarters Sri Jelutung Chini Mulai Esok Hingga 19 Mac

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 410 hits
PETALING JAYA Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kuarters Sri Jelutung Chini Pahang bermula esok hingga 19 Mac ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga 3 Mac lepas sebanyak 30 kes posit...
Pm Adakan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi Uae Mulai Esok

Pm Adakan Lawatan Rasmi Ke Arab Saudi Uae Mulai Esok

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 317 hits
Muhyiddin Yassin adalah ketua kerajaan yang pertama dijemput Raja Salman Abdulaziz untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan Persidangan Al Ula pada Jan lalu PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan ...
Covid 19 Pkpd Di Felda Jengka 1 Jengka 2 Jengka 7 Dan Felda Ulu Jempol Mulai Esok

Covid 19 Pkpd Di Felda Jengka 1 Jengka 2 Jengka 7 Dan Felda Ulu Jempol Mulai Esok

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan di empat kawasan Felda di Maran Pahang bagi mengawal penularan kes COVID 19 di semua lokaliti berkenaan Empat Felda berkenaan ialah Felda Jengka 1 Felda Jengka 2 Felda...
Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

Kenapa Setuju Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 631 hits
Sebab apa kali ni aku setuju sekolah buka Personally bila dah temporary jadi remote IT tech yang mana kalau ada apa apa problem bila anak nak attend online class anak akan video call aku tengah kerja bagitahu kenapa itu tak boleh ini tak bo...
Tarikh Sekolah Dibuka Semula 2021

Tarikh Sekolah Dibuka Semula 2021

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 541 hits
Tarikh Sekolah Dibuka Semula 2021 Pengumuman pembukaan semula sekolah bagi sesi 2021 telah diumumkan pada jam 5 petang dalam sesi siaran secara langsung Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Mat Jidin Untuk kategori sekolah rendah murid p...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif