Sekiranya Pejuang Bersama Pn Maka Akibatnya Pn Akan Menerima Bala Tak Lama Lagi


 


Pejuang cenderung bina kerjasama dengan PN berbanding BN, PH, kata penganalisis



Faiz Zainudin -July 12, 2021 Langkah politik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sukar dijangka, kata seorang penganalisis. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangka sukar bagi parti baharu seperti Pejuang memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk mentadbir negara secara solo walaupun ia dipimpin seorang negarawan seperti Dr Mahathir Mohamad.
Ahmad Atory HussainBekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, melihat kepada situasi politik ketika ini, beliau tidak menolak kemungkinan Pejuang akan membentuk jajaran politik baharu dengan Perikatan Nasional (PN) selepas PRU15.
Beliau turut menjangka empat Ahli Parlimen Pejuang, termasuk seorang calon bebas dan daripada parti MUDA yang mesra Mahathir, akan memberi undi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri jika usul percaya dibentang apabila Parlimen bersidang 26 Julai ini.
Sokongan itu juga sebagai respons kepada keputusan kerajaan meluluskan permohonan parti Pejuang, kata Atory.
“Mahathir juga bimbang kalau partinya tidak menyokong Muhyiddin, Presiden PKR (Anwar Ibrahim) akan naik menjadi PM dan sebab itu juga Muhyiddin luluskan pendaftaran Pejuang,” katanya.
Ditanya sejauh manakah Pejuang pimpinan Mahathir mampu memenangi PRU15, Atory mengakui aura bekas PM itu kali ini tidaklah sehebat dahulu, namun beliau masih mempunyai pengaruh tersendiri.
Salawati Mat Basir.“Oleh sebab beliau tak mahu berehat, akan ada juga sokongan daripada sebahagian rakyat yang taksub dengannya. Jadi perkara itu tidak boleh dihalang, itu minatnya, beliau pun sihat,” katanya.
Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut berkongsi pandangan sama.
“Pejuang dijangka akan memilih untuk bekerjasama dengan PN berbanding BN atau PH kerana Mahathir pernah berada dalam gabungan itu. Malah bekas parti yang diasaskan beliau, iaitu Bersatu berada dalam gabungan itu, jadi kemungkinan Pejuang bersama PN itu tinggi,” katanya.
Katanya, walaupun pendaftaran Pejuang diluluskan, parti itu bakal berdepan persepsi negatif rakyat susulan kegagalan Mahathir menunaikan segala janji selepas memenangi pilihan raya dan menerajui kerajaan PH selama 22 bulan.
Azizuddin Mohd Sani.Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Azizuddin Mohd Sani berkata, sukar untuk meramalkan Pejuang akan bekerjasama dengan pihak mana memandangkan langkah politik Mahathir sukar dibaca.
“Kalau Mahathir bekerjasama dengan Anwar sekali lagi, saya tidak terkejut. Beliau juga mungkin boleh kerjasama dengan Warisan dan MUDA.
“Untuk Mahathir bekerjasama dengan Umno-BN, termasuk dengan pemimpin kluster mahkamah, ia tidak mustahil kalau ada persetujuan bersama. Dengan PN pun tidak mustahil, sebab setelah Umno kata nak keluar PN, Bersatu perlu sokongan beliau.
“Mahathir ini cekap politik, beliau boleh cari jalan untuk berkompromi dengan musuh, bekerjasama untuk menang PRU,” katanya.
Kamarul Zaman Yusoff, juga dari UUM berkata, dengan pengalaman luas Mahathir, tiada siapa boleh memperkecil kemampuan beliau untuk mencipta kejutan.
Kamarul Zaman Yusoff.“Ada kemungkinan walaupun Pejuang bergerak secara solo, Mahathir akan mengadakan kerjasama tidak rasmi dengan parti-parti tertentu bagi menjadikan peluang Pejuang untuk menang lebih tinggi.
“Sekalipun begitu, secara solo, kekuatan Pejuang hanya berkisar sekitar pengaruh peribadi Mahathir sahaja, menjadikan Pejuang hanya mampu memberi impak utama di negeri kelahiran beliau, iaitu Kedah,” katanya.
Beliau berkata, kecenderungan PH terhadap Anwar sebagai PM menyebabkan Pejuang dijangka akan cenderung kepada PN jika gabungan itu memberikan Mahathir peranan dalam kerajaan.
“Umum diketahui bahawa Mahathir sama sekali tidak akan membenarkan Anwar naik sebagai PM. Dalam keadaan begini, maka kemungkinan besar gabungan PN akan lebih berpeluang menang berbanding PH,” katanya.
Iskandar Hasan Tan Abdullah.Sementara itu, Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan berkata, walaupun peluang Pejuang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih besar, sukar baginya berbuat demikian di Parlimen atas faktor jentera dan keahlian.
“Malah kerusi Parlimen Melayu kurang berkemungkinan untuk pecah jika Pejuang bergerak solo. Tetapi kerusi Parlimen Melayu akan pecah jika Pejuang menyertai PH dan menentang PN dan BN,” katanya.
Selepas diluluskan pendaftarannya, Pejuang mensasarkan untuk meletakkan ramai calon bertanding di seluruh negara pada PRU15 di kerusi yang diyakini mampu dimenanginya.
Mahathir berkata, Pejuang juga bersedia meletakkan calon di kerusi Parlimen Langkawi yang kini diwakilinya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/sekiranya-pejuang-bersama-pnmaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Cinta Lama Bersemi Kembali Fanny Firgina

Lirik Cinta Lama Bersemi Kembali Fanny Firgina

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 309 hits
Sekian tahun kita berpisahAkhirnya kita bertemu juaCinta yang lamaKini bersemi kembali Aku berfikir selama iniKau masih hidup bersama diaDengan wanita pilihan orang tuamu Sudah MendugaKau tak kan
Cream Lelaki Tahan Lama Dan Padu Xfinite

Cream Lelaki Tahan Lama Dan Padu Xfinite

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 1161 hits
Cream Lelaki Tahan Lama dan Padu Xfinite adalah krim penjagaan lelaki yg dirumus dari gabungan ekstrak tahap tinggi herba herba premium hasil kajian dan ujian yg bertahun tahun oleh pakar Formulasi berkualiti tinggi ini sangat selamat dan Z...
Dah Lama Juga Tak Jenguk Lokman Meracau

Dah Lama Juga Tak Jenguk Lokman Meracau

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 260 hits
Terima dam ambil isi yang baik jika ada Banyak cakap banyak salah ada yang tertembak kaki sendiri Apabila tokoh dan negarawan bercakap ia sangat memberi panduan yang lebih bersih jauh dari tipu muslihat kepentingan puak dan peribadi
Tak Lama Lagi Dah Baby Lahir Lagi Sebulan Issey Janji Jadi Ayah Terbaik Buat Anak Anak

Tak Lama Lagi Dah Baby Lahir Lagi Sebulan Issey Janji Jadi Ayah Terbaik Buat Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 371 hits
Siapa yang tidak teruja hendak menimang cahaya mata pertama Penyampai radio dan pelawak Issey berkongsi rasa terujanya menerusi satu perkongsian video Menerusi Instagramnya Issey turut berkongsi sebuah video ketika membuat pemeriksaan bulan...
One Drop Perfume Minyak Wangi Tahan Lama

One Drop Perfume Minyak Wangi Tahan Lama

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 350 hits
One Drop Perfume adalah minyak wangi tanpa alkohol yang paling diminati ramai Menariknya setiap set mempunyai lapan botol minyak wangi yang istimewa Beli satu set dapat lapan botol Bau wangian yang tahan lama Guna tanpa ragu ragu Harga mura...
Berapa Lama Lagi Rakyat Mampu Bertahan Dalam Kesengsaraan Di Bawah Kerajaan Gagal Mahiaddin Ini

Berapa Lama Lagi Rakyat Mampu Bertahan Dalam Kesengsaraan Di Bawah Kerajaan Gagal Mahiaddin Ini

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 222 hits
Sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin Rabu lalu soalan paling kerap ditanyakan kepada saya ialah bila Perdana Menteri mahu letak jawatan Kawan kawan kaum keluarga dan dengan sesiapa yang saya sempat bertemu dan...
Lirik Madam Ke Pengerindu Lama Velennie Olivia

Lirik Madam Ke Pengerindu Lama Velennie Olivia

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 243 hits
Chukup pedis ati akuTi ngenang cherita tua ti duluDatai ba urang tuaiTua sulu betesau ka begulai Ambis daya ambis kiraKu meri nuan pengambis seput kuLaban nuan sulu besemayaNgibun aku datai ke ila
6 Kes Positif Dari Jalan Pekan Lama Brinchang

6 Kes Positif Dari Jalan Pekan Lama Brinchang

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 261 hits
Hari ini tercatat sejarah bagi Negara Malaysia iaitu jumlah kes harian tertinggi melebihi 10 000 kes iaitu 11 079 kes positif COVID 19 Bagi saya lebih kejutan diterima bilamana melihat Kes harian bagi daerah Cameron Highlands hari ini adala...
Resipi Danmuji Untuk Susu Badan Makin Meriah Krup Krap Rangup Boleh Simpan Lama

Resipi Danmuji Untuk Susu Badan Makin Meriah Krup Krap Rangup Boleh Simpan Lama

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 275 hits
Tidak dinafikan bukan semua daripada kita dianugerahkan susu badan yang melimpah dan meriah Apa kata bagi menambahkan lagi susu booster penambah susu secara semulajadi sambil anda menikmati kudapan enak yang rangup anda cuba menu Korea Danm...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach