Berapa Lama Lagi Rakyat Mampu Bertahan Dalam Kesengsaraan Di Bawah Kerajaan Gagal Mahiaddin Ini


 
Sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin Rabu lalu, soalan paling kerap ditanyakan kepada saya ialah bila Perdana Menteri mahu letak jawatan?
Kawan-kawan, kaum keluarga dan dengan sesiapa yang saya sempat bertemu dan berbual-bual, apabila perbualan berkisar tentang Covid19, susulannya mereka pasti akan bertanya tentang kedudukan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.
Ternampak dalam hal ini, rakyat sekarang sudah tidak tahan dan begitu mengharapkan beliau akan segera mengundurkan diri.
Penarikan sokongan secara serta-merta oleh UMNO itu, dari segi prinsip dan moralnya, memang suatu pukulan maut yang memerlukan Mahiaddin meletak jawatan.
Dengannya Mahiaddin sudah sah tiada lagi majoriti kerana sebagaimana ketika beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dahulu yang antaranya melalui sokongan ketua-ketua parti, termasuk daripada Zahid Hamidi, kini sokongan daripada UMNO yang mewakili 39 Ahli Parlimen sudah pun ditarik balik.
Bermakna dari segi moral dan prinsipnya, walaupun belum disahkan melalui undi di dalam Parlimen, kiranya Mahiaddin seorang yang berprinsip dan bermoral tinggi dalam hidupnya, beliau wajib meletakkan jawatannya.
Menunggu sehingga sidang Parlimen diadakan atau meminta Peguam Negara memberikan hujah bahawa kenyataan ketua parti sebagai tidak sah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, tidak lebih hanya helah Mahiaddin semata-mata.
Jika tidak sah dijatuhkan melalui sokongan parti, mengapa semasa dilantik dahulu, sokongan ketua-ketua parti dianggap sebagai tidak sah?
Mengapa selepas dilantik, Mahiaddin tidak pernah, malah mengelak-ngelak untuk mengesahkan kedudukannya di dalam Parlimen?
Terlihat di sini Mahiaddin bukanlah seorang pemimpin yang bermoral tinggi dan berprinsip dalam perjuangan politiknya.
Daripada mula dilantik melalui pengkhianatan dan pintu belakang, ketika berkuasa dengan mengelak keduduknnya disahkan di Parlimen dan sehinggalah hampir dijatuhkan sekarang, semua kaedah yang digunakannya seperti melaksanakan darurat adalah bertentangan dengan prinsip moral yang sepatutnya.
Maka, untuk mengharapkan beliau jadi bermoral dan berprinsip dengan sedia meletakkan jawatan hanya kerana ketetapan UMNO yang telah menarik sokongan terhadapnya dan dengan itu kedudukannya tiada lagi majoriti, boleh dikata mustahil sekali.
Sebagaimana sebelum ini beliau selalu mengelak-ngelak dan menggunakan pelbagai strategi bagi mempertahankan jawatannya, selepas ini pun beliau akan terus berdalih lagi dengan pelbagai alasan yang lain.
Nama untuk meletak jawatan begitu saja dan semata-mata disebabkan ada tekanan, mustahil sekali kita berharap dengannya.
Cuma, dengan hidup rakyat makin sengsara, ekonomi makin parah dan kegagalan kerajaan terus bertambah, berapa lama lagikah rakyat sanggup hidup di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang gagal dengan teruk ini?
PKP demi PKP, darurat lagi dan dengan pelbagai SOP diperkenalkan, tetapi melihatkan angka kes makin meninggi yang membuatkan rakyat dikurung di rumah sudah entah berapa ratus hari, perasaan sakit hati dan marah mereka kepada kerajaan dan Mahiaddin memang di tahap paling tinggi sekarang ini.
Di kalangan rakyat biasa dan di ceruk mana sekali pun tika ini, hampir tidak kedengaran lagi suara yang menyokong dan memujinya.
Tambahan lagi, di sebalik kes yang kian meninggi setiap hari dan ramai yang bunuh diri, Mahiaddin tetap sanggup berbelanja besar membuat perlantikan demi perlantikan, termasuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri demi untuk mengekalkan lagi kuasanya.
Realitinya perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri di mana sebelum ini peranannya adalah mengetuai kluster keselamatan berkaitian Covid19 tidak mungkinmembawa apa-apa perubahan kepada usaha membendung dan menangani krisis yang sedang negara hadapi, melainkan untuk kepentingan politik Mahiaddin dan untuk tujuan menghuru-harakan lagi UMNO.
Dalam amalan demokrasi berparlimen di bawah sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan, pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri hanya boleh berlaku melalui tiga cara – pilihanraya umum, undian di Parlimen atau Perdana Menteri itu sendiri meletak jawatan yang bermakna kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.
Menjatuhkan Perdana Menteri atau kerajaan melalui kebangkitan rakyat tidak pernah lagi berlaku di negara kita, meskipun di banyak negara lain ia sudah dianggap perkara biasa.
Di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia misalnya, kebangkitan rakyat dengan demontrasi berhari-hari di jalanraya sudah pernah membuahkan kejayaan menukar kerajaan dan Perdana Menteri.
Apakah jika kedegilan Mahiaddin untuk berundur kian berpanjangan, sementara ruang untuk menukar Perdana Menteri melalui proses Parlimen terus ditutup dengan pelbagai helah serta alasan, ditambah dengan hidup rakyat yang kian sengsara dan tertekan, semua itu akhirnya mampu mencetuskan suatu kebangkitan rakyat yang tidak pernah kita bayangkan?
 (ShahbudinHusin 10/07/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/berapa-lama-lagi-rakyat-mampu-bertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Gagal Peroleh Vaksin Rakyat Pula Dimarahi

Kerajaan Gagal Peroleh Vaksin Rakyat Pula Dimarahi

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 518 hits
Majoriti rakyat tertanya tanya mengapakah individu atau keluarga yang kesusahan dan menaikkan bendera putih meminta bantuan dimarahi serta dihina kerajaan Perikatan Nasional Bagi Ketua Whip KEADILAN Datuk Johari Abdul kerajaan PN tiada seba...
Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

Rakyat Kata Kerajaan Gagal Tapi Pas Puas Hati Mahfuz Omar

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 347 hits
Disaat seluruh rakyat terkesan dengan pandemik Covid 19 serta kegagalan kerajaan untuk bertindak cepat di dalam proses vaksinasi Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PN tetap mengatakan bahawa kerajaan PN ini tidak gagal malah mereka b...
Jatuhkan Kerajaan Sekarang Mampu Selamatkan Nasib Rakyat Usaha Umno Perlu Disokong

Jatuhkan Kerajaan Sekarang Mampu Selamatkan Nasib Rakyat Usaha Umno Perlu Disokong

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 201 hits
Usaha terbaru yang dilaporkan sedang dilakukan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan sokongan Ahli Ahli MT parti itu untuk menarik sokongan dan seterusnya menjatuhkan kerajaan PN haruslah dilihat daripada sudut yang positif Tid...
Mampu Bertahan Hanya 4 Minggu

Mampu Bertahan Hanya 4 Minggu

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang akan dilaksanakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mulai esok hanya boleh dilakukan sehingga empat minggu Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Is...
Malaysia Gagal Kerajaan Gagal

Malaysia Gagal Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 278 hits
MALAYSIA GAGAL KERAJAAN GAGAL Kalau tanya Mustapha Mohamed sure dia akan kata Malaysia tidak gagal sistem pentadbiran beroperasi dengan baik memang la sebab orang yang gagal memang takkan mengaku dia gagal Sebagai contoh puluhan tahun Musta...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9