Seketika Di Pantai Tanjung Rhu Pantai Pasir Hitam Langkawi


Aktiviti Mangrove Tour kami berakhir sekitar pukul 1 petang. Dari Jeti Tanjung Rhu, kami bercadang untuk ke beberapa buah pantai dan air terjun dengan panduan aplikasi Google Maps. 
PANTAI TANJUNG RHU
Pantai Tanjung Rhu terletak berdekatan dengan Jeti Tanjung Rhu. Sebenarnya boleh je berjalan kaki dari jeti, tapi kami naik kereta sebab tak perasan adanya laluan yang menghubungkan kedua tempat tersebut

Di kawasan Pantai Tanjung Rhu ni terdapat deretan kedai cenderamata. Juga beberapa buah kedai makan berhampiran pantai. Suasana di sini agak tenang, tak begitu ramai pengunjung. Pengunjung yang ada pun rata-rata semuanya pelancong asing. Terasa seperti kita pula yang sedang melancong di negara orang

Pantai Tanjung Rhu - pantai yang cantik dengan panorama deretan pulau kecil. Masa ni cuaca sedikit mendung, foto yang diambil pun jadi agak gelap. 
Apa yang menariknya di Pantai Tanjung Rhu ni? Kewujudan fenomena air laut surut penuh yang menyebabkan terjadinya ‘laut terbelah’ hasil pembentukan beting pasir di pantai ini. Menurut info, fenomena tersebut berlaku sekali atau dua kali dalam setahun. Semasa berlakunya fenomena tersebut, kita boleh berjalan kaki ke pulau terdekat. Menarik

Cuma ada satu perkara yang saya kurang selesa di sini, disebabkan rata-rata pengunjung merupakan pelancong asing maka masing-masing lelaki perempuan berpakaian mandi yang tidak sopan. Sebab itulah saya tak merakam foto penuh suasana di pantai ini. Mungkin ada yang berpendapat, biasalah tu orang putih memang begitu pakaian mandi mereka. Bagi pendapat saya pula, kalau kita ke negara orang maka sewajarnya kita ambil tahu dan hormati budaya setempat. Bagi pihak kita pula, kan bagus kalau kita berani tetapkan etika pemakaian pakaian mandi yang sopan di pantai-pantai awam. Di kolam renang atau pantai persendirian, itu cerita lain. Pakaian mandi yang sopan tu bukanlah suruh orang putih menutup aurat patuh syariah, tapi memadai pakaian yang tidak mendedahkan bahagian atas tubuh sehingga ke bahagian atas lutut. Prinsip saya, rumah kita cara kita


PANTAI PASIR HITAM
Destinasi seterusnya, kami ke Pantai Pasir Hitam. Nak tengok hitam macam mana pasir di sini

Mula-mula sampai sini, saya tercari-cari mana jalan nak ke pantai yang terletak di bahagian bawah. Yang kelihatan cuma deretan kedai makan dan taman permainan. Oh, rupanya kita perlu menuruni anak tangga berwarna-warni ini untuk ke pantai

Pemandangan yang cantik - ada buaian, bot-bot nelayan dan pulau-pulau kecil

Tapi sayangnya masa ni air laut pasang. Tak dapatlah nak berfoto di buaian tersebut

Hitam tak pasir di sini? Menurut pemerhatian saya, pasir di sini tidaklah hitam sepenuhnya. Ia seakan-akan pasir pantai yang bercampur dengan kotoran berwarna hitam. Ada kemungkinan juga pasir di pantai ni akan lebih jelas hitam sewaktu air laut surut

Jadinya, macam mana pasir di pantai ni boleh berwarna hitam? Ianya disebabkan kandungan tourmalin dan ilmenit yang banyak di dalam batuan granit Gunung Raya telah menyebabkan kawasan pantai ini berwarna kehitaman.

HUJAN…
Seterusnya, kami menuju ke Pantai Pasir Tengkorak dan Air Terjun Temurun yang terletak di Jalan Datai. Kali ini kereta dipandu melalui jalan berbukit. Jalan ini merupakan laluan yang sama untuk ke The Datai Langkawi - penginapan bertaraf 5 bintang

Hanya mampu merakam foto hujan lebat di balik cermin kereta. Lokasi : Air Terjun Temurun.Sewaktu di pertengahan perjalanan, hujan mulai turun. Setibanya kami di kawasan Air Terjun Temurun, hujan turun bertambah lebat. Kami tunggu juga beberapa ketika di situ, dengan harapan hujan akan berhenti. Selain kami, ada beberapa kenderaan lain bersama. Tapi nampaknya bukan rezeki kami. Disebabkan tiada tanda-tanda hujan akan berhenti, kami pun ambil keputusan berpatah balik. Walaupun teselit rasa kecewa tak dapat nak tengok air terjun, tapi segera ingat bahawa setiap sesuatu itu adalah aturan Allah. InsyaAllah ada rezeki di lain masa. Eh, kena datang Langkawi lagi la ya? Alasan yang tak kukuh…hehe





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/08/seketika-di-pantai-tanjung-rhu-pantai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bergerak Cepat Dalam Senyap Tni Al Kuasai Pantai Pasir Putih Banongan Situbondo

Bergerak Cepat Dalam Senyap Tni Al Kuasai Pantai Pasir Putih Banongan Situbondo

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 177 hits
Bergerak Cepat dalam Senyap TNI AL Kuasai Pantai Pasir Putih Banongan Situbondo Prajurit TNI Angkatan Laut melalui unsur Komando Pasukan Katak melaksanakan operasi cepat dan senyap dalam latihan infiltrasi dan menguasai pantai Pasir Putih B...
Zizi Kirana Tak Mahu Beg Mahal Hanya Minta Suami Beli Kuda Arab Hitam

Zizi Kirana Tak Mahu Beg Mahal Hanya Minta Suami Beli Kuda Arab Hitam

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 266 hits
Kebiasaannya kaum wanita mahukan hadiah beg tangan mahal daripada suami namun berbeza buat penyanyi Zizi Kirana yang mahukan seekor kuda Memetik mStar Online Zizi berkata dia ada memasang impian untuk memiliki seekor kuda serta pernah menya...
Ada Apa Pada Kopi Periuk Tanak Langkawi Jus Sacha Inchi

Ada Apa Pada Kopi Periuk Tanak Langkawi Jus Sacha Inchi

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 289 hits
Ada Apa Pada Kopi Periuk Tanak Langkawi Jus Sacha Inchi My family has always been using products based on sea cucumber Gamat has been used as the core of so many health products especially associated with wound and scar healing As mentioned...
Macepurba Feat D Ari Baju Hitam Chord

Macepurba Feat D Ari Baju Hitam Chord

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 405 hits
A B E A B E ko pu senyuman A B E ko pu tatapan A B C m buat sa semakin penasaran D Bsiapa kah yang punya ko A B E eh aduh kaka yang baju hitam A B E eh ampun sa tra bisa tahan A B G m C m sa pu rasa mo ajak ko kenalan D B boleh kah A B E pl...
Sotong Masak Hitam Tak Hitam

Sotong Masak Hitam Tak Hitam

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 140 hits
Assalamualaikum wbtAKHIR AKHIR ini hujan kerap turun Semalam hujan lebat sejak jam 11 pagi membawa bah ke beberapa kawasan utama dalam Bandaraya JB antaranya bangunan Wisma Persekutuan dan Hospital Besar Ini pun hujan lebat lagi sejak jam 8...
Kopi Si Hitam Manis L Cafe

Kopi Si Hitam Manis L Cafe

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 414 hits
Assalamualaikum wbtPAGI tadi Sk disapa oleh rakan pejabat dari ibu pejabat kemahiran Dia bertanya kenapa SK tak turun ke ibu pejabat semalam Semalam dorang bawa nasi impit rendang dan sup daging korban Ah kita sibuk laaa Makan pun curi curi...
Langkawi Residents Pwds Senior Citizens To Continue Enjoying Special Rates On Ferry Fares

Langkawi Residents Pwds Senior Citizens To Continue Enjoying Special Rates On Ferry Fares

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 186 hits
Residents of Langkawi as well as people with disabilities and senior citizens will continue to enjoy special rates on their ferry ticket when making online purchase by Oct 1 after Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd completes upgrading i...
Harga Baru Tiket Feri Ke Langkawi Dari Jeti Kuala Perlis Kuala Kedah 2022

Harga Baru Tiket Feri Ke Langkawi Dari Jeti Kuala Perlis Kuala Kedah 2022

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 489 hits
Kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah 15 tahun lepas pada 15 Disember 2007 iaitu RM5 bagi laluan Kuala Kedah dan RM3 bagi Kuala Perlis Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan kenaikan kadar tambang baharu bagi lalua...
Langkawi Mangrove Tour Gua Buaya Gua Kelawar

Langkawi Mangrove Tour Gua Buaya Gua Kelawar

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 314 hits
Sambungan entri Encik Mahadi membawa bot kami keluar dari kawasan hutan bakau untuk ke lokasi seterusnya iaitu Gua Buaya Eh ada buayakah Perjalanan yang mempesona bot sedang melalui celahan tebing bukit batu kapur Di sepanjang perjalanan pa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba