Kopi Si Hitam Manis L Cafe


 Assalamualaikum wbt
PAGI tadi, Sk disapa oleh rakan pejabat dari ibu pejabat kemahiran. Dia bertanya, kenapa SK tak turun ke ibu pejabat semalam? Semalam, dorang bawa nasi impit, rendang dan sup daging korban. Ah, kita sibuk, laaa. Makan pun curi-curi masa, asalkan isi perut sudahlah. Sambung kerja dan berhenti untuk solat kemudian sambung kerja semula. Kena siapkan banyak kerja serentak, maklumlah dah masuk bulan baharu, semua perlu dikemas kini jadi bila bos tanya, senanglah nak jawab sekian.. sekian.

Kafe Si Hitam Manis
Kali ini, SK nak bawa pembaca ke Kafe Si Hitam Manis yang baru dibuka di Laman Setia Eko, Gelang Patah. Pergi berdua saja dengan Iman, masa ni Pak Inche ada dinner dengan rakan media. Sebenarnya pun, baru lepas makan, jadi kami mengopi ajelah. Nak tahu jugak menu apa selain kopi dan roti bakar.  Rupanya, ada Laksa Johor, Nasi Lemak Basmathi dan Mee Rebus juga serta makanan barat. 

Kafe Si Hitam Manis ni, terletak di deretan lot kedai yang berhadapan dengan jalan utama yang menghubungkan Jalan Ulu Pulai dengan Jalan Ulu Choh. Ini juga laluan Sk setiap kali keluar ke pusat bandaraya sebab Sk akan keluar ke lebuhraya Perling. Setiap kali lalu memang tertarik sungguh melihat mentol-mentol yang bergantungan menerangi laman kafe tapi tak berkesempatan nak singgah. Kadang ada tujuan lain, kadang dah kenyang terlampau, hahaha


Ruang dalam kafe cuma ada meja dan kerusi bar ala-ala di kelab malam, hahaha. Pernah pergi kelab malam ke??? Taklaaa.. selalu tengok dalam tv, kan. Zaman muda mudi pernahlah pergi sekali dua, tapi bukanlah pergi berpoya-poya sekadar duduk minum ikut kawan-kawan itupun sembang-sembang balik. Sk kalau nak poya-poya, pergi tengok wayang aje, hahaha


Pesan Roti Bakar Nutella.. eh, sekali dia letak pinggan atas meja, sama macam pinggan mak kita zaman dulu-dulu. Sk masih ingat, masa kecik-kecik dulu, ada seorang makcik ni tiap bulan datang kutip duit pinggan. Zaman dulu manalah nak keluar beli pinggan mangkuk, kenalah tunggu makcik bawang pinggan datang bawa katalog. Lepas tu, boleh bayar bulan-bulan



Toffee Nut Frappe untuk Iman. Kiut betul dia lukis-lukis kat cawan tu. Nampak jer menu ni terus Iman teruja. Nampak cawan berlukis-lukis macam tu, lagi dia teruja


Sk pilih Latte. Sedap tapi sakit hati tengok Latte Art dia, hahaha. Macam tu la kafe baru nak hidup ni, kita kena bayar pulak latihan dia nak jadi barista

L Cafe

Dah tiga minggu berturut-turut pergi Aeon Tebrau. Kali ni Pak Inche nak cari baju di British India untuk malam gala syarikat dan sekali dengan untuk dipakai masa graduasi Iman. Lepas beli baju, singgah ke L Cafe pulak mengopi. 
 
Tengok harga Americano, kurang 90 sen jer dari Starbucks dan The Coffee Bean, jadi Sk ambil Latte. Tak nak makan berat-berat, cuma pesan Scone. Satu set scone ada tiga bijik, bolehlah makan sorang sebijik, tapi Iman tak nak sebab dia tak suka tekstur scone tu. Sedaplah scone kat sini daripada yang Sk makan di Cameron Highlands

   
Macam ni, barulah berbaloi kita bayar untuk mengopi. Suka tengok cawan dia, Iman kata, bonda belilah, cantikkkk. Bonda? Urut dada dan istighfar banyak-banyak takut termakan hasutan anaknda, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/kopi-si-hitam-manis-l-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Roasted Chicken Di Pepak Aor Cafe Nak Repeat Lagi

Makan Roasted Chicken Di Pepak Aor Cafe Nak Repeat Lagi

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 437 hits
Makan Roasted Chicken di Pepak AOR Cafe Nak repeat lagi Hola guyss Spanish tiba tiba ni hehehe korangggg macam biasa aku ke cafe lagi dah lama sebenarnya gambar gambar ni ada dalam draf tapi tulah tak sempat nak menaip untuk pengetahuan kor...
Makan Di Papasta Cafe

Makan Di Papasta Cafe

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 367 hits
Assalamualaikum wbtGELAPNYA masa keluar rumah pagi tadi Hujan sepanjang malam membawa ke subuh hari walaupun dah jam 7 lebih belum nampak tanda tanda matahari akan muncul Cerita pendek ajelah pasal Papasta Cafe pilihan tempat makan malam ka...
Usai Masak Puluhan Potong Ayam Intip Momen Manis Sarwendah Suapi Betrand Peto

Usai Masak Puluhan Potong Ayam Intip Momen Manis Sarwendah Suapi Betrand Peto

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 219 hits
Sarwendah kembali melakukan masak masak dalam porsi besar Kali ini yang dimasaknya adalah puluhan ekor ayam Setelah matang semua orang menikmati masakan Sarwendah Momen manis pun terlihat kala Sarwendah menyuapi makan Betrand Peto Berikut f...
Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

Nak Bagi Anak Makan Buah Anggur Pastikan Basuh Dengan Bahan Ni Dulu Baru Bersih Manis

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 251 hits
Perasan tak setiap kali makan buah anggur pasti ada waktunya kita rasa sakit tekak Semuanya disebabkan buah anggur tidak dicuci dengan bersih Buahan buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin bagi mem...
Momen Manis Baby Adzam Ke Rumah Megah Sang Ayah Sule Terus Menggendongnya

Momen Manis Baby Adzam Ke Rumah Megah Sang Ayah Sule Terus Menggendongnya

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 140 hits
Untuk pertama kalinya setelah Nathalie Holscher memutuskan hengkang dari rumah Sule Baby Adzam kembali ke rumah sang ayah Momen tersebut disambut hangat Sule Ia tak henti menggendong anak bungsunya
Telefilem Asam Manis Gulai Cinta Di Tv2

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta Di Tv2

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 361 hits
Saksikan ulang siar telefilem Asam Manis Gulai Cinta yang akan menemui penonton pada 20 Julai 2022 hari Rabu pada jam 9 00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 atau boleh strim secara online di Telefilem ini merupakan terbitan dan idea...
Nikmati Pelbagai Makanan Serata Dunia Dan Bermain Dengan Si Bulus Comel Di Meow Cafe

Nikmati Pelbagai Makanan Serata Dunia Dan Bermain Dengan Si Bulus Comel Di Meow Cafe

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 513 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan yang dikasihi sekalian Maha tahu kat dalam ni ramai peminat dan pecinta kucing bukan Kali ini Maha nak bawa korang ke sebuah kafe yang ada kons...
La Vie De R Ve Cafe Avenue K Kuala Lumpur Dengan Suasana Yang Romantik Dan Menarik

La Vie De R Ve Cafe Avenue K Kuala Lumpur Dengan Suasana Yang Romantik Dan Menarik

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 406 hits
hai assalammualaikumLa Vie De R ve Cafe Inspirasi Paris Di Avenue K Kuala Lumpur Dengan Suasana Yang Romantik Dan Menarik Haritu nad pergi ke satu cafe yang sangat cantik dengan suasana yang romantik dan menarik di Kuala Lumpur Saat nad sam...
Lagi Kes Kehilangan Zalina Azman Pemilik Cafe Nampak Dia Menggigil Ketakutan Cemas

Lagi Kes Kehilangan Zalina Azman Pemilik Cafe Nampak Dia Menggigil Ketakutan Cemas

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 260 hits
AYHAN FERHATMisteri kehilangan personaliti TV masih menjadi tanda tanya bagaimanapun seorang pemilik cafe di Shah Alam mendedahkan beliau pernah nampak wanita itu Ahad lepas dalam keadaan menggigil ketakutan dan cemas Pemilik cafe yang dike...
Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Sindiket Caj Rm15 000 Bawa Masuk Warga Bangladesh Ke Malaysia Tumpas

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib

Resipi Sup Keting Masak Sendiri Baru Puas Boleh Makan Banyak

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List