Sekatan Tidak Berkesan Rusia Semakin Mara
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS), Britain, Eropah dan Kanada menyekat akses Rusia dalam sistem pembayaran antarabangsa SWIFT sebagai satu lagi sekatan baharu terhadap Moscow kerana menyerang Ukraine.
Dalam satu kenyataan bersama, keempat-empat negara itu memaklumkan, sekatan itu akan mengehadkan rizab antarabangsa bank pusat Rusia dan bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
“Kami akan menyekat semua akaun Rusia dan secara kolektif bersetuju peperangan ini adalah kegagalan besar buat Presiden Rusia, Vladimir Putin.
“Kami akan terus mengenakan sekatan yang lebih tegas dan ketat selepas ini supaya Rusia sedar akan ‘kesilapannya’,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, sejumlah negara berlumba-lumba mengenakan sekatan terhadap Rusia selepas Putin mengumumkan operasi ketenteraan di Ukraine.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen turut menegaskan, sekatan yang dikenakan akan ‘mengasingkan’ Rusia daripada sistem kewangan antarabangsa dan ekonomi Eropah sendiri.
“Sekatan terhadap bank Rusia dalam sistem SWIFT akan menghalang negara itu daripada melakukan transaksi antarabangsa di seluruh dunia, selain berkesan menyekat aktiviti import dan eksport Moscow.
“Semua sekatan yang dikenakan bakal menyebabkan Rusia sukar mencairkan asetnya dan lama kelamaan, negara itu akan merasai kesusahannya,” jelas Leyen.
Selain itu, sekutu terbabit turut menggesa supaya penjualan kerakyatan menerusi pasport emas yang digunakan oleh golongan kaya Rusia untuk menetap di negara Barat dihadkan serta-merta.
Semua menteri Kesatuan Eropah (EU) bakal berbincang lebih banyak pakej sekatan akan dikenakan terhadap Rusia dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyatakan, semua yang berlaku ketika ini adalah ‘harga yang perlu dibayar Rusia’.
“Kami akan terus bekerjasama untuk memastikan Putin menyedari kesilapannya,” ujar Johnson. – REUTERS
Baca Artikel Menarik:
PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
Leissner sogok suami Zeti
Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
Saya tak ada kroni – Mahathir
Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
Zul Yahya bodohkan KJ (Video)
#PRNJohor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP
The post Sekatan tidak berkesan, Rusia semakin mara appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/28/sekatan-tidak-berkesan-rusia-semakin-mara/