Sekat Rafizi Tidak Kena Dengan Pkr Sebagai Parti Reformasi


 
Sekiranya pindaan di hari terakhir Kongres Nasional PKR pagi ini, sebagaimana yang telah tersebar luas sejak malam tadi yang memperlihatkan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli ditiadakan daripada memberi ucapan penggulungan adalah benar dan sahih, ini adalah sesuatu yang malang dan tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah parti yang menjunjung reformasi.
Selain Rafizi ditiadakan daripada berucap sepertimana jadual asal, empat Naib Presiden yang menang baru-baru ini juga menerima nasib yang sama.
Tetapi sudah tentu tujuan utama pindaan itu ialah untuk menyekat Rafizi.
Hanya Ketua AMK, Adam Adli dan Ketua Wanita, Fadhlina Sidek diberi ruang menyampaikan ucapan sebelum Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR menyampaikan ucapan penggulungannya.
Apakah Adam dan Fadhlina dibenarkan berucap kepada mereka calon pilihan Presiden ketika bertanding sebelum ini?
Andai kata Fahmi Zainol dan Rodziah Ismail yang menang sebagai Ketua AMK dan Ketua Wanita, apakah mereka akan diberi peluang berucap?
Tidak dinafikan, antara keterujaan perwakilan ke Kongres PKR kali ini ialah untuk mendengar ucapan penggulungan Rafizi yang sejak beliau mengumumkan kembali ke pentas politik, bertanding sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya menang jawatan itu, didapati telah memberi nafas segar kepada parti untuk terus bergerak ke hadapan memenangi PRU15 akan datang.

Amat dinanti-nantikan sebenarnya penggulungan beliau untuk perwakilan mendengar sendiri ucapannya yang diharapkan mampu menyuntik semangat tambahan setelah pulang ke cabang masing-masing.
Soalnya, kenapa pindaan kepada aturcara hari ini dilakukan?
Apakah ia atas kehendak Anwar setelah Rafizi melontarkan kritikan terhadapnya semalam atau semua ini kerja-kerja penasihat di sekeling Presiden?
Kenapa takut dengan kritikan dan keberadaan Rafizi?
Bukankah Anwar selalu mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PKR dengan kata-kata azimatnya – jika takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan?
Tetapi, kenapa tiba-tiba jadi takut dengan Rafizi?
Apakah Rafizi lebih menggerunkan daripada Tun Mahathir Mohamad?
Oleh kerana Rafizi menang dengan majoriti yang besar dalam pemilihan baru-baru ini, menafikannya daripada berucap hanya mengundang lebih banyak masalah, khusus kepada Anwar sendiri.
Meski ia mungkin kerja urusetia, tetapi Anwar sebagai Presiden tidak harus membenarkan ini berlaku kerana ia bertentangan dengan semangat reformasi yang didukung oleh PKR sendiri.
Membenarkan semua ini berlaku hanya memperlihatkan PKR tidak ubah seperti parti salin kulit kepada UMNO kerana sebelum ini hanya UMNO yang selalu menyekat pemimpinnya yang tak sebulu daripada berucap di Perhimpunan Agung parti itu.
Tambahan lagi, sejak kebelakangan ini juga Anwar selalu memberi pesan dengan kata-kata agar dirangkul semua kekuatan untuk menuju kemenangan, maka perkara itu mesti dibuktikan dengan perbuatan.
Kata-kata memberahikan – kita perlu merangkul seluruh kekuatan jika inginkan kemenangan – tetapi tidak disertai amalan, sebaliknya hanya sekadar hiasan di bibir atau dinding FB semata-mata tidak mungkin mampu membawa PKR ke mana-mana.
Untuk itu, belum terlambat untuk Anwar berbuat sesuatu bagi mengembalikan aturcara asal di penutup kongres pagi ini dan membenarkan semua pemenang jawatan utama menyampaikan ucapannya, jika tidak, dibimbangi ketika beliau berucap sebelum tengahari nanti, mungkin lebih banyak kerusi daripada orang yang tinggal dalam dewan. – ShahbudinHusin 17/07/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/sekat-rafizi-tidak-kena-dengan-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Rafizi Ditiadakan Dihari Akhir Kongres Pkr Kerana Tidak Lagi Mengikut Tradisi Membodek Seperti Sebelum Ini

Ucapan Rafizi Ditiadakan Dihari Akhir Kongres Pkr Kerana Tidak Lagi Mengikut Tradisi Membodek Seperti Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 230 hits
Perwakilan Kongress PKR hari ini tidak akan dapat mendengar ucapan pemenang yang dipilih oleh perwakilan pada hari ini kerana ianya tidak lagi mengikut tradisi sebelum ini dimana ianya seolah olah mengikut tradisi yang dimainkan oleh kartel...
Rafizi Ketuai Lebih 100 Cabang Pkr Lapor Polis Terhadap Najib

Rafizi Ketuai Lebih 100 Cabang Pkr Lapor Polis Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 279 hits
Lebih 100 cabang Parti Keadilan Rakyat di seluruh negara hari ini tampil membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Najib Razak Tindakan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan kecuaian Najib semasa menghentik...
Kongres Nasional Pkr Ke 16 Memulih Dan Memantapkan Parti

Kongres Nasional Pkr Ke 16 Memulih Dan Memantapkan Parti

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 189 hits
ULASAN Kongres Keadilan ke 16 KONGRES Nasional Parti Keadilan Rakyat ke 16 menutup tirai lewat tengah hari tadi Kongres bertemakan Menjulang Keadilan berlangsung di IDCC Sham Alam itu dilihat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya ...
Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 298 hits
Jul 17 2022 Hari kedua kongres PKR kecoh apabila Rafizi ramli yang secara rasminya dipilih dan disahkan menjadi Timbalan Presiden PKR tidak kelihatan berada diatas pentas seperti mana ketua AMK dan ketua Wanita PKR Kemunculan rafizi yang di...
Official Rafizi Is Pkr Deputy President Women S Chief Results Overturned

Official Rafizi Is Pkr Deputy President Women S Chief Results Overturned

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 234 hits
The results of the PKR top leadership elections are out following a clean up of votes based on the findings of a forensic audit The outcome is mostly the same with Rafizi Ramli officially winning the deputy presidency However one change was...
Rasmi Rafizi Menang Timbalan Presiden Pkr

Rasmi Rafizi Menang Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 227 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 4 2022 6 09 PMPKR telah mengeluarkan keputusan rasmi untuk pemilihan pucuk pimpinan parti dan mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli adalah timbalan presiden baru parti itu Kemenangannya dan bebe...
Rafizi S Team Dominates Pkr Central Leadership Council

Rafizi S Team Dominates Pkr Central Leadership Council

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 361 hits
PKR leaders aligned to newly minted deputy president Rafizi Ramli have dominated the party s central leadership council election results which were announced today at the PKR National Congress Of the 20 who received the most number of party...
Saifuddin Kembali Sebagai Setiausaha Agung Pkr Nurul Izzah Naib Presiden

Saifuddin Kembali Sebagai Setiausaha Agung Pkr Nurul Izzah Naib Presiden

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 213 hits
Saifuddin kembali sebagai Setiausaha Agung PKR Nurul Izzah Naib PresidenNickyson NyambarJulai 20 2022Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat manakala Nurul Izzah Anwar pula sebaga...
Rafizi Orders Pkr Members To Start Countering Najib S Lies

Rafizi Orders Pkr Members To Start Countering Najib S Lies

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 348 hits
The new PKR deputy president has called on party members to counter former prime minister Najib Abdul Razak s narratives and not let the latter think he still runs the show Speaking at the PKR National Congress this afternoon Rafizi Ramli s...
Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

May 17 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius