Kongres Nasional Pkr Ke 16 Memulih Dan Memantapkan Parti


ULASAN 
Kongres Keadilan ke-16.KONGRES Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-16 menutup tirai lewat tengah hari tadi. Kongres bertemakan "Menjulang Keadilan" berlangsung di IDCC Sham Alam itu dilihat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-16. 
Kongres berkenaan adalah juga memilih barisan kepimpinan baru yang dilihat proses perkemasan dan memantapkan parti tersebut sejak berlakunya pengkhianatan "kubra" yang dikenali dengan Langkah Sheraton 2020.
Setelah proses itu tuntas, rata-rata melihat kepada pengisian jawatan tertinggi dan MPP kali ini terdiri kombinasi dua generasi lama dan baru parti berusia 22 tahun itu. Pengisian oleh generasi baru itu menggambarkan Keadilan tidak kering dengan tokoh pimpinan berbakat walaupun banyak yang telah minggat.   
Kemasukan generasi kedua itu bolehlah dianggap sebagai pengemasan bahtera dan oragnisasi  Keadilan dan secara tidak langsung membuka peluang buat pemimpin baru untuk melonjak dalam parti. Pengkhianatan memberi pelaung dan rezeki tanggungjawab buat mereka untuk menduduki barisan kepimpinan seterusnya penerus pejuangan. Itulah hikmah disebalik kejadian pengkhianatan.  

Rafizi dan Anwar gabungan
ideal Keadilan.Melegakan.Paling melegakan, dan ini keadaan yang tidak disenangi musuh-musuh Keadilan yang mahu melihat pemilihan kali ini juga rincuh. Namun ia tidak seperti diharapkan. Tentunya musuh Keadilan khasnya UBN, teralat melihat kongres kali ini kerana impian mereka tidak tercapai. 
Kongres tersebut walaupun menghadapi beberapa "pause" kerana teknikkan, tetapi ia berjalan lancar tanpa sebarang peristiwa tidak diingini. Yang pastinya tidak ada pembalingan kerusi dan meja atau sampai bengkak muka. Kalau pun ada laporan-laporan kepada pihak berkuasa, polis, Ros atau SPRM dan JPP itu boleh dianggap asam garam dalam pemilihan parti. Umpama kenduri ia tidak meriah dan sah kalau tidak ada bunyi pinggan mangkuk berlaga atau gelas pecah. 
Walaupun dalam era baru pemulihan pandemik setelah dua tahun tidak berkongres, namun kongres kali ini tidak kurang nilai dan kemeriahannya. Semua 222 cabang Keadilan diseluruh negara menghantar perwakilan masing-masing dan ada wakil pembahasa. Ini membuktikan pengkhianatan Langkah Sheraton itu tidak bisa melumpuhkan parti, dan sekaligus membuktikan bawahan anggota Keadilan masih ada yang setia, gigih dan berjuang hingga ke akhir hayat. 
Umum mengetahui Keadilan sebuah parti yang sering kali berombak dan berhadapan dengan pelbagai halangan, tekanan dan kerenah nakal sesama sendiri terutamanya disaat pemilihan. Perebutan dalam pemilihan sering hangat berlaku sehingga meretakkan parti tersebut. Aksi itu sudah jadi semacam budaya, kerana ia berlaku sejak awal mula lagi sehinggalah ke hari ini. Tradisi itu menunjukkan parti itu mendapat perhatian dan minat umum untuk menjadi penggerakkan. Ia menunjukkan Keadilan sebuah parti harapan. Hal-hal sedemikian tidak berlaku dalam parti serpihan atau tahi cicak. 
Namun seperti dikatakan tadi, proses pemilihan kali ini istimewa kerana ia berjalan dengan baik. Tiada tanda-tanda fenomena yang berlaku sebelum ini akan terjadi.
Walaupun kempen pemilihan sebelum ini hebat untuk jawatan timbalan presiden membabitkan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail, sehingga wujud dua kem, tetapi ia berjalan tertib dan tidak melampau serta melanggar kod etika parti. Inilah kelainan dan kehormonian pemilihan kali ini.
Mungkin ahli dan penyokong masing-masing menginsafi akan bahana atau kelukaan pemilihan sebelum ini mengajar mereka untuk tidak berdaya lagi untuk berpecah? Yang pentingnya perlawanan kali ini berlaku antara mereka yang professional, serta melihat pertandingan itu bukan untuk peribadi tetapi lebih kepada demi parti dan perjuangan. Itu yang menjadi kunci pemilihan kali ini murni.
Memerhati perjalanan kongres menampakkan parti itu berjaya mengolakan kongres dengan baik. The spirit of cooperation di kalangan ahli nyata sekali. Mereka bersidang seakan pertemuan besar keluarga setelah terasing kerana covid sebelum ini. Rindu keterasingan menjadikan mereka makin mesra dan lebih dekat dan rapat.
Kesungguhan para pemimpin untuk memulih dan memperkasakan parti jelas terbayang pada ucapan penangguhan masing-masing sebelum turun ke lantai kongres sebagai ahli biasa. Rata-rata pemimpin menyeru agar perkukuhan parti dan sedia untuk menghadapi pilihan raya. Peristiwa hitam Langkah Sheraton dijadikan sebagai sempadan dan azimat untuk mengukukah parti.
Ketulusan para pemimpin jelas terbayang pada ucapan penangguhan.
Pengkhianatan itu sesuatu yang perit buat Keadilan dan sejarah paling parah. Bayangkan hampir separuh pemimpin kanannya bertindak meninggalkan parti atau terpaksa diambil tindakan kerana bersekongkol dengan Azmin kerana mengejar pangkat dan jawatan menteri. Antara mereka terdiri daripada tiga naib presiden, Zuraida Kamaruddin, Ketua Waninta Haniza Talha bersama beberapa orang Exconya, juga beberapa Exco Pemuda ikut sama keluar parti. Mereka terpancing dengan10 orang ahli Parlimen. Seorang lagi Naib Presiden Xavier Jayakumar adalah aknom akhir meninggalkan parti.

Ekoran pengkhianatan oleh nafsuwan politik dalam Keadilan, itu menjadikan Anwar ditinggal keseorangan dan menjadikan Keadilan dalam keadaan retak menanti belah. Tindakan khianat itu seolah-olah mahu membunuh Keadilan. Sudah ada para peramal politik membuat ramalan Keadilan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.


Adam AdliNamun ramalan itu meleset. Ahli dan penyokong Keadilan yang setia berusaha keras untuk menyalamat dan memulihkan parti. Hayat Keadilan terus tersambung dan kongres ke-16 yang telah tamat itu sebagai bukti keutuhan Keadilan
Mengkagumkan tindakan khianati itu sama sekali tidak melemahkan Anwar dan paling penting tidak melemahkan Keadilan. Mereka yang bersamanya terus memberi sokongan disamping berusaha untuk memperkasakan Keadilan. Keadilan tidak boleh dikorbankan kerana ia sudah menjadi harapan dan tempat rakyat menumpang kasih. 
Kongres ke-16 itu memberi jawaban jelas bahawa Keadilan tidak boleh dilumpuhkan begitu sahaja. Bahawa masih ada sepuak orang bernama ahli yang sanggup berkorban untuk melanjutkan hayatnya demi menjadikan parti Keadilan parti rakyat berbilang kaum. Tidak ada parti yang mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat seperti Keadilan.

Saifuddin NasutionBerbicara pasal kongres, paling bermakna kongres kali ini telah membawa masuk Rafizi ke dalam sistem parti dengan dipilih menjadi timbalan presiden. Kehadiran semula Rafizi yang dibuat atas kesearan dan tanggungjawab sosialnya, untuk aktif dalam parti setelah berihat seketika menggembira dan membahagiakan Anwar dan seluruh ahli dan pendokong Keadilan. Apa lagi Rafizi bukan asing kepadanya, bahkan Anwar mengenali kebolehan dan ketrampilan sejak beberapa dekad lalu. 
Ini jelas apabila semasa menggulung ucapan penangguhan Anwar memberi anologi penyertaan Rafizi itu sebagai kepulangan seorang anak. Ujarnya tidak ada kebahagiaan kepada seorang bernama ayah dan ibu melainkan kejayaan anaknya. Kemasukan Rafizi dalam hirerki kepimpinan sebagai timbalan presiden serta penaylinan ketua-ketua sayap adalah kejayaan dilihat oleh Anwar sebagai kejayaan anak-anaknya. Ia memberi kepuasan kepada Anwar bahawa proses penukaran dan penyambungan kepimpin berjalan dengan teratur. 

Disamping Rafizi,  Anwar dan Keadilan akan dibantu oleh empat orang naib-naib presiden, kesemuanya mereka adalah muka baharu; Amiruddin Shaari, Leh Chin Kang, Nik Nazmi Nik Ahamd dan Amiruddin Harun. Pemilihan mereka ini yang rata-rata berusia dibawah 50 tahun memberi kekuatan kepada Keadilan. Sudah tentu mereka dapat memberi suntikan baharu kepada parti. Inspirasi setengah penyokong dan ahlinya mahukan orang muda menguasai parti itu telah berhasil. 
Selain naib presiden, ia dibantu oleh dua sayap yang juga diketuai oleh anak muda yang telah teruji dalam perjuangan. Ketua Wanita Fadhlina Siddeq manakala ketua Angkatan Muda, Adam Adli merupakan bekas pimpinan siswa.
Manakala 20 orang yang dipilih menganggotai majlis pimpin pusat (MPP) adalah juga campuran antara generasi baru dengan generasi lama. Barisan kepimpinan Keadilan kini terbaik. Mereka adalah: Maszlee Malik, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Romli Ishak, Fahmi Zainol, Yahya Shari, Nurin Aina, Lee Chen Chang, Siti Aishah Sheikh Hussein, Gerald Hans Isaac, Simon Oii, Wong Chen, Raiyan Abdul Rahim, Tan Kar Hing, Zahir Hassan, David Cheong, Hee Loy Sian, Amidi Abdul Manan, Elizabeth Wong dan Muhammad Bakhtiar.
Barisan MMP ini akan diperkemaskan lagi dengan beberapa pegawai eksukutif parti untuk jawatan Setiauaha Agung, ketua penerangan, bendahari dan biro-biro akan dilantik. Tokoh-tokoh Keadilan yang sebelum ini memainkan peranan serta berusaha keras untuk mempertahankan parti sewaktu dikhianati, seperti Saifuddin Nasution Ismail, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh, Mustafa Kamil Ayub dan lain-lain sudah parti akan diberi peranan bersesuaian dengan ketrampilan mereka. [wm.kl.8:12 pm 17/07/22]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/07/kongres-nasional-pkr-ke-16-memulih-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggalkanlah Parti Tangisan Wan Azizah Di Kongres Pkr Kecewa Kerana Musuh Dalam Selimut

Tinggalkanlah Parti Tangisan Wan Azizah Di Kongres Pkr Kecewa Kerana Musuh Dalam Selimut

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 321 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu ahlinya jika mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti mereka boleh meninggalkan parti tetapi jangan jadi musuh dalam selimut Wan Azizah yang...
Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 267 hits
Jul 17 2022 Hari kedua kongres PKR kecoh apabila Rafizi ramli yang secara rasminya dipilih dan disahkan menjadi Timbalan Presiden PKR tidak kelihatan berada diatas pentas seperti mana ketua AMK dan ketua Wanita PKR Kemunculan rafizi yang di...
Langsung Ucapan Perasmian Kongres Wanita Keadilan Nasional 15 Julai 2022

Langsung Ucapan Perasmian Kongres Wanita Keadilan Nasional 15 Julai 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 228 hits
Ikuti ucapan perasmian oleh Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail PolitikMalaysia AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di h
Ucapan Rafizi Ditiadakan Dihari Akhir Kongres Pkr Kerana Tidak Lagi Mengikut Tradisi Membodek Seperti Sebelum Ini

Ucapan Rafizi Ditiadakan Dihari Akhir Kongres Pkr Kerana Tidak Lagi Mengikut Tradisi Membodek Seperti Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 205 hits
Perwakilan Kongress PKR hari ini tidak akan dapat mendengar ucapan pemenang yang dipilih oleh perwakilan pada hari ini kerana ianya tidak lagi mengikut tradisi sebelum ini dimana ianya seolah olah mengikut tradisi yang dimainkan oleh kartel...
Sudah Sudah Lah Jangan Banyak Buang Masa Jangan Sampai Orang Kecam Pkr Parti Kacau Rakyat Jalan Terus Lah

Sudah Sudah Lah Jangan Banyak Buang Masa Jangan Sampai Orang Kecam Pkr Parti Kacau Rakyat Jalan Terus Lah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 179 hits
Terima keputusan pemilihan walau kalah tetap bermaruah Fahmi FadzilRahimah AbdullahJulai 5 2022 Fahmi Fadzil menerima dengan terbuka kekalahannya di kerusi Naib Presiden PKR yang ditandinginya pada Pemilihan Keadilan 2022 Gambar failKUALA L...
Kongres Pkr Berakhir Hanya Ada Kem Anwar

Kongres Pkr Berakhir Hanya Ada Kem Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 193 hits
July 18 2022 SHAH ALAM Kongres Nasional PKR melabuhkan tirainya semalam menyaksikan pasukan Rafizi Ramli mengungguli kebanyakan jawatan dalam Majlis Pimpinan peringkat Pemuda dan Pusat Sepanjang berlangsungnya Kongres sejak Jumaat lalu yang...
Sekat Rafizi Tidak Kena Dengan Pkr Sebagai Parti Reformasi

Sekat Rafizi Tidak Kena Dengan Pkr Sebagai Parti Reformasi

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 223 hits
Sekiranya pindaan di hari terakhir Kongres Nasional PKR pagi ini sebagaimana yang telah tersebar luas sejak malam tadi yang memperlihatkan Timbalan Presiden Rafizi Ramli ditiadakan daripada memberi ucapan penggulungan adalah benar dan sahih...
Cops Call Pkr Leader For Questioning After Price Hike Protest

Cops Call Pkr Leader For Questioning After Price Hike Protest

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 264 hits
Former Johor PKR Women s chief Napsiah Khamis has been called in for questioning at the Bukit Jelutong Police Station today at 1pm over a price hike protest which took place at Bandar Mentakab on July 2 Napsiah said she was called for quest...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya