Sekat Kemasukan Pelancong China



1. Malaysiakini melaporkan terdapat seorang kanak-kanak yang disyaki mempunyai coronorvirus telah dilarikan keluar dari Hospital di Johor. Ibubapa kanak-kanak warga China tersebut enggan mengikuti nasihat doktor supaya anak mereka dikuarantinkan. Saya berharap agar kerajaan mengambil langkah menyekat terus kemasukan warga China dalam tempoh berjaga-jaga ini.
2. Beberapa negara dilihat mengambil tindakan tegas bagi mengekang penularan wabak coronarvirus yang sedang melanda China. Filipina dilaporkan menghantar pulang hampir 500 pelancong China yang mendarat di Kalibu (CNNPhilippines). The Jakarta Post pula mengesahkan bahawa pihak berkuasa Indonesia membatalkan semua penerbangan yang berasal dari Wuhan.
3. Kerajaan Hong Kong pula mengisytiharkan darurat dalam menangani isu ini. Semua sekolah ditutup manakala laluan masuk melalui keretapi dan penerbangan dari Wuhan disekat dari semasa ke semasa (Harian Metro). Rusia turut mengenakan tindakan yang sama. The Moscow Times melaporkan bagaimana penerbangan dari Wuhan ke Rusia ditangguhkan bagi mengekang penularan wabak ini.
4. Pada hakikatnya tindakan ini selaras dengan hadith Nabi. Rasulullah pernah menyarankan agar jangan memasuki kawasan yang ditimpa wabak dan orang yang berada di dalam kawasan wabak tersebut dilarang meninggalkan tempat tersebut. Ini bertujuan bagi mengekang penularan dan kebinasaan.
5. al-Imam al-Bukhari merekodkan riwayat berkenaan Saidina Umar yang bermusafir ke negeri Syam. Beliau kemudian dimaklumkan tentang wabak penyakit yang menimpa tempat yang dituju tersebut. Salah seorang sahabat bernama Abdul Rahman ibn Auf menasihatkan:
إن عندي في هذا علما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «إذا سمعتم به في أرض فلا تقدموا عليها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه».
“Sesungguhnya aku mempunyai ilmu tentang perkara ini. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sekiranya kamu mendengar tentang sesuatu wabak di satu tempat maka janganlah kamu memasukinya, manakala sekiranya wabak tersebut telah melanda sesuatu tempat, jangan pula kamu meninggalkan tempat tersebut (bagi mengawal penularan).”
Mendengar nasihat Abdul Rahman ibn Auf ini, Saidina Umar memuji Allah kerana keputusan yang beliau buat selari dengan hadith Nabi iaitu menghentikan hasrat untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang ditimpa wabak tersebut.
6. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa tidak seharusnya bagi Muslim mendedahkan diri mereka kepada kebinasaan. Setiap langkah mesti diambil bagi mememlihara nyawa setiap kita. Ini selaras dengan firman Allah:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
“Dan janganlah kamu menghumbankan diri kamu dengan tanganmu sendiri kepada kebinasaan.”
7. Terkini, menurut Menteri Kesihatan, tiga pelancong China didapati positif coronarvirus sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh. Perkembangan ini amat membimbangkan, ia memberikan seribu satu kemungkinan yang boleh berlaku pada negara ini.
8. Tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan Filipina, Indonesia, Hong Kong dan Rusia boleh dijadikan iktibar betapa menjaga nyawa rakyat adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Tidak timbul isu diskriminasi warga China untuk datang ke Malaysia.
9. Malah menurut The Telegraph UK, kerajaan China sendiri menyekat hampir 20 juta penduduk Wuhan dari berhubung dengan bandar lain. Ini tidak bukan bagi menjaga keselamatan jiwa manusia. Andai sekiranya China sendiri menyekat rakyatnya dari berhubung dengan bandar lain, mengapa tidak kita juga mengambil tindakan yang sama?
Semoga Allah memelihara Malaysia.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Universiti Sains Islam Malaysia
The post Sekat Kemasukan Pelancong China appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/sekat-kemasukan-pelancong-china/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coronavirus Kerajaan Harus Sekat Kemasukan Pelancong China Noraini Ahmad

Coronavirus Kerajaan Harus Sekat Kemasukan Pelancong China Noraini Ahmad

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 368 hits
Wanita UMNO Malaysia mendesak kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan untuk segera menghalang kemasukan Pelancong China khususnya dari Wuhan bagi membendung penularan wabak coronavirus Jelas ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad Kerajaan seharusn...
Rusia Sekat Kemasukan Pelancong China Elak Rakyatnya Dijangkiti Koronavirus

Rusia Sekat Kemasukan Pelancong China Elak Rakyatnya Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 881 hits
The ReporterPenerbangan ke Moscow dari Wuhan China telah disekat buat sementara waktu kerana bimbang dengan penularan wabak Koronavirus Sebelum penggantungan itu lapangan terbang di Rusia mengambil langkah berjaga jaga dengan menyaring semu...
177 560 Rakyat Sign Petisyen Desak Putrajaya Sekat Kemasukan Pelancong China

177 560 Rakyat Sign Petisyen Desak Putrajaya Sekat Kemasukan Pelancong China

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 429 hits
Satu petisyen online telah dilancarkan untuk menggesa kerajaan menyekat kemasukan pelancong China yang telah ditandatangani 177 570 rakyat Malaysia Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy yang melancarkan petisyen itu berkata ia amat penting bagi m...
Coronavirus Malaysia Tiada Rancangan Sekat Pelancong China

Coronavirus Malaysia Tiada Rancangan Sekat Pelancong China

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 631 hits
Russia dan Filipina mengambil langkah drastik menyekat dan menghantar pulang pelancong dari China Manakala Malaysia dengan bijaksananya masih tidak menyekat dan tiada rancangan langsung untuk menyekat Berikut ialah langkah menghadapi penyak...
Kerajaan Ph Bisu Desakan Netizen Sekat Kemasukan Rakyat China Hantar Saki Baki Pulang

Kerajaan Ph Bisu Desakan Netizen Sekat Kemasukan Rakyat China Hantar Saki Baki Pulang

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 343 hits
Malaysiakini melaporkan terdapat seorang kanak kanak yang disyaki mempunyai coronorvirus telah dilarikan keluar dari Hospital di Johor Ibubapa kanak kanak warga China tersebut enggan mengikuti nasihat doktor supaya anak mereka dikuarantinka...
Bertegas Sekat Masuk Pelancong China

Bertegas Sekat Masuk Pelancong China

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 341 hits
Asas kepada kaedah kuarantin dalam Islam MP Kuala NerusBANGI Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri menggesa kerajaan Malaysia untuk menyekat pelancong China dari memasuki negara ini susulan kes jangkitan n...
Ketatkan Kemasukan Pelancong China Elak Keadaan Bertambah Buruk

Ketatkan Kemasukan Pelancong China Elak Keadaan Bertambah Buruk

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 325 hits
Dr Najmil Faiz Mohamed ArisKUALA LUMPUR Penyebaran wabak koronavirus telah merekodkan tiga kes di negara ini melibatkan pelancong asing dari China dan masalah itu akan bertambah buruk jika kerajaan tidak bertindak tegas segera Exco Pemuda U...
Koronavirus Tiada Rancangan Larang Kemasukan Pelancong China

Koronavirus Tiada Rancangan Larang Kemasukan Pelancong China

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR 25 JAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara ini buat masa ini susulan merebaknya wabak koronavirus di Wuhan China Buat masa sekarang kerajaan ha...
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 550 hits
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih lebih 150k Tandatangan Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini empat orang sudah disahkan dijangkiti w...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia