Sekarang Zaman Idea Lawan Idea Pembangkang Miskin Idea Fadhlina







 Oleh: Noraini Nordin

Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek menyelar sikap pembangkang di Pulau Pinang yang asyik memainkan isu azan setiap kali tiba musim pilihanraya.

Kata Fadhlina dalam forum terbitan Media Perpaduan baru baru ini, isu azan kononnya tidak boleh dikumandangkan di Pulau Pinang biar pun direkayasa oleh pembangkang, namun mereka masih cuba 'mencuci otak' sebilangan orang Melayu mengunakan isu lapuk tersebut.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, beliau menyoal bagaimanakah rakyat Pulau Pinang sembahyang sekiranya tiada azan dikumandangkan?

"Setiap kali pilihanraya, isu inilah yang sentiasa dimainkan.

"Azan sudah tentu ada pada setiap kali masuk waktu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

"Tetapi dengan mengulang-ulang isu azan itu, ia hanya menunjukkan pihak pembangkang khususnya di Pulau Pinang ini miskin idea dan miskin dalam berkempen," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Menurut Fadhlina, sekarang adalah zaman idea lawan idea, bukan berlawan tentang azan.

"Kalau itu saja isu yang mereka mainkan, apa level mereka itu?" soalnya.

Beliau berhujah demikian dalam program Bicara Rakyat - Malaysia Di ambang PRN 2023 anjuaran Media Perpaduan pada 12 Julai lalu.

Program yang turut mengundang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Auditorium UMNO, WTC, Kuala Lumpur.

Oleh itu, tanggapan atau tuduhan bahawa kononnya Fadhlina mempertikaikan azan sebagaimana diviral dalam poster-poster yang kini tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Tiada sepatah kata pun diungkapan Fadhlina mempertikaikan azan dalam forum tersebut, tetapi yang dipertikaikannya hanyalah pihak pembangkang yang tidak henti-henti memainkan cerita tidak benar kononnya azan tidak boleh dikumandangkan di Pulau Pinang.

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dalam hal itu berkata, dengan sekadar mampu memainkan isu azan, ia menunjukkan pembangkang tidak mampu berbahas isu berkaitan polisi, kebajikan dan ekonomi untuk kepentingan rakyat negeri tersebut.

"Sepatutnya di dalam Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen, isu yang menjadi keutamaan ialah berkaitan polisi dan untuk kepentingan rakyat,” tambahnya lagi.

Dalam hal berkaitan, Fadhlina juga mengingatkan bahawa apa jua asas yang diangkat oleh kerajaan, selain ia selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada isu sama sekali terkait dengan ancaman kepada kedudukan Islam di negara ini.

Oleh itu, tegas beliau, sama sekali tidak betul gambaran kononnya kerajaan yang ada ini tidak cukup Islam hanya semata-mata kerana mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, hanya pemimpin Melayu yang bangsat saja yang tidak pandai mempertahankan Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/sekarang-zaman-idea-lawan-idea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Sebab Kenapa Setiap Orang Perlu Memiliki Android Box Pada Zaman Sekarang

5 Sebab Kenapa Setiap Orang Perlu Memiliki Android Box Pada Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 183 hits
Berikut adalah lima sebab perlu memiliki android box masa kini Anda boleh menikmati fungsi fungsi telefon pintar pada tv anda seperti melayari internet menonton Youtube Netflix Disney Plus Hotstar HBO GO bermain game dan sebagainya Anda han...
Tak Mampu Lawan Tanam Kebencian

Tak Mampu Lawan Tanam Kebencian

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 123 hits
Mahathir kata DAP ada 40 kerusi jadi DAP ada pengaruh besar dalam kerajaan Kalau DAP tarik diri maka kerajaan akan jatuh Jadi DS Anwar kena ikut cakap DAP kalau tak akan hilang jawatan PM Ok sebelum tu ada kemungkinan tak DAP tarik diri dar...
Geng Penyakau Gelisah Ketegasan Anwar Lawan Rasuah

Geng Penyakau Gelisah Ketegasan Anwar Lawan Rasuah

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 191 hits
Ketegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membenteras rasuah menyebabkan kumpulan geng penyakau besar merasa terdesak sehingga terpaksa mengugut Perdana Menteri Pengerusi Pertubuhan Jaringan Insan Madani Aidi Amin Yazid berkata pihak terbabit...
Video Kabar Rumah Dewi Perssik Digeruduk Usai Cekcok Lawan Pak Rt Ini Penjelasannya

Video Kabar Rumah Dewi Perssik Digeruduk Usai Cekcok Lawan Pak Rt Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 131 hits
Depe memberikan klarifikasi soal kabar rumahnya digeruduk warga akibat kasus hewan kurban Ia mengatakan tempat tinggalnya tidak digeruduk oleh siapa pun
Annuar Musa Tidak Akan Lawan Anak Sendiri

Annuar Musa Tidak Akan Lawan Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 160 hits
Sinar HarianBACHOK Presiden Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan beliau tidak akan berlawan dengan anaknya Afiq Amani pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini Ia susulan Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar oleh UMNO Kelan...
Iqbal Tu Mat Celah Dah Sendu Ds Vida Yakin Insp Sheila Tak Dapat Lawan Kehebatan Dirinya Hanya Iqbal Yang Tahu

Iqbal Tu Mat Celah Dah Sendu Ds Vida Yakin Insp Sheila Tak Dapat Lawan Kehebatan Dirinya Hanya Iqbal Yang Tahu

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 295 hits
Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida menganggap kisah bekas teman lelakinya Ahmad Iqbal Zulkefli sekadar gimik murahan memandangkan tiada kisah 8216 viral 8217 membabitkan lelaki itu Kata DS Vida Iqbal tidak akan bertemu dengan pengganti ya...
Annuar Pula Dedah Komplot Zahid Singkir Tok Mat Diminta Lawan Dalam Pemilihan

Annuar Pula Dedah Komplot Zahid Singkir Tok Mat Diminta Lawan Dalam Pemilihan

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 149 hits
agendaily com18 07 2023 Annuar menggesa supaya UMNO singkirkan Zahid Tan Sri Annuar Musa hari ini pula mendedahkan komplot Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pemilihan UMNO 2018 yang lalu Baga...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai