Tak Mampu Lawan Tanam Kebencian
Mahathir kata DAP ada 40 kerusi jadi DAP ada pengaruh besar
dalam kerajaan. Kalau DAP tarik diri, maka kerajaan akan jatuh. Jadi DS Anwar
kena ikut cakap DAP kalau tak, akan hilang jawatan PM.
Ok sebelum tu, ada kemungkinan tak DAP tarik diri daripada
Kerajaan Perpaduan ini? Kemudian, kalau DAP tarik diri, siapa yang untung siapa
pula rugi? DAP akan dapat apa kalau tarik diri sekarang?
Katalah DAP mahu hapuskan hak istimewa orang Melayu. Lalu DAP
ugut DS Anwar, kalau tak buat, DAP tarik diri. Katalah DS Anwar enggan ikut,
lalu DAP tarik diri. Maka kerajaan ini pun runtuh.
Kemudian apa berlaku? Adakah DAP akan bincang dengan PN dan
bentuk kerajaan? Tak mungkin. PAS kata mereka bencikan DAP. Begitu juga DAP pun
tak mahu bersama PAS. Jadi kerjasama takkan terjalin.
Katakanlah waktu itu, BN dan GPS alih sokongan ke PN. DS Anwar
hilang jawatan. Itu betul. Tapi DAP juga akan kekal pembangkang. Lebih untung
atau lebih rugi kalau DAP tarik diri daripada kerajaan?
Jadi sebenarnya, tidak ada kemungkinan untuk DAP keluar daripada
kerajaan ini. Kedudukan DAP tidak seperti kedudukan BN dan GPS. Kalau DAP tarik
diri mereka akan jadi pembangkang yang kecil.
Malah DS Anwar mungkin boleh kekal sebagai PM tanpa DAP kalau
dapat pujuk PAS. Kalau tengokkan sejarah, bukan susah pun nak pujuk PAS.
Tawarkan jawatan, sekejapan je Bersatu kena tinggal.
Jadi apa yang Mahathir kata DAP besar pengaruh dalam Kerajaan
Perpaduan ini adalah mengarut. Yang sebenarnya, DAP tak punya banyak pilihan.
DAP tak punya daya untuk ugut DS Anwar.
Kalau DAP tinggalkan Perpaduan sebab tak mahu bersekongkol
dengan kebejatan, itu mungkin. Tapi kalau keluar sebab mahukan keuntungan, itu
susah. Sebab kalau keluar jadi pembangkang terus, lebih merugikan. Apa pun tak
dapat. Faham tak?
Jadi tak usah termakan dengan mainan sentimen yang Mahathir cuba
buat. Dia dalam keadaan yang sangat terdesak. Dia akan cuba perdayakan orang
Melayu dalam segala bentuk dan cara.
Hakikatnya, semakin bersatu rakyat berbilang kaum dan agama di
negara ini, semakin sukar kaki sakau seperti Mahathir & Mahiaddin untuk
curi kekayaan negara. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita tolak
jauh-jauh pandangan jahat yang sebegini. Guane boh?
Raja Gelap
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/07/tak-mapu-lawan-tanam-kebencian.html