Sekarang Tak Perlu Dukung Bilal Langsung Untuk Tidur Konsultan Kongsi Kegigihan Neelofa Tuntut Ilmu Parenting


Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi pengalaman pelatihan tidur (Sleep Training) buat anak lelakinya, Muhammad Bilal yang kini berusia 5 bulan.

Bercerita tentang journey membesarkan Bilal, Lofa mengakui sepanjang 5 bulan bersama Bilal banyak perkara baru yang dipelajarinya dan dia sanggup mengambil kelas untuk memperbaiki diri sendiri agar menjadi ibu yang lebih baik.

“Sepanjang 5 bulan ni Allah kurniakan Bilal Afiah & kesihatan yang baik, syukur. Banyak sangat yang saya belajar dalam tempoh ni, dan banyak yang saya nak improve untuk anak seterusnya dengan izin Allah. Saya memang suka sangat dengan ilmu baru, lagi-lagi bila benda kita minat, dari feb-jun tu saya ambil beberapa class untuk upgrade cara menjaga & membesarkan anak. Mudah-mudahan dengan ilmu yang Allah bagi saya faham, anak dapat membesar dengan lebih baik phisically & emotionally”
“Saya banyak belajar bab breastfeeding dengan @nadmasrom, sampai hari ni masih menyusu badan walaupun dah mix formula. Saya pun sempat belajar dengan @babylanguage puan uswatun untuk sleep train bilal. Alhamdulillah sekarang saya tak perlu dukung bilal langsung untuk tidur. Letak atas katil tepuk-tepuk sikit. Bagi peluk bantal busuk, terus tutup mata masyaAllah”

Tambah usahawan cantik ini lagi, dia tidak sabar untuk menghadiri kelas terbaru iaitu kelas pemakanan anak memandangkan tidak lama lagi Bilal sudah boleh makan makanan pepejal. Tujuanya agar Bilal mendapat pemakanan yang sihat  dan membesar dengan baik.
“Next week saya akan mula private class dengan dr amalina pulak insyaAllah. Nak belajar the best method untuk pemakanan anak, supaya anak dapat cukup keperluan nutrient vit zat segala benda, dan anak senang makan bukan jadi picky eater, tak memilih boleh makan sendiri dan adventurous bila bab makan.”
Kegigihan wanita bernama Neelofa dalam menuntut ilmu untuk menjadi seorang ibu yang berilmu mendapat perhatian daripada konsultan tangisan bayi, Puan Uswatun dan beliau sempat berkongsi ketekunan dan sisi hebat Neelofa dalam menuntut ilmu.
“Jujur, saya bukan peminat beliau. Dapat tahu Lofa dah melahirkan pun bila kenalan inform. Lagi ‘wow’, Lofa follow saya di ig tapi saya pula entah kenapa tak ter tekan pula button follow back tu sehingga kini.”

“Cemas tak nak jumpa dan deal dengan Lofa? Yes tentu! BUT, saya juga cemas SETIAP kali menguruskan kes ibubapa ’biasa’ yang lain. TAK PERNAH tak cemas sebab I care a lot about my work. Kalau ada client yang struggle dengan kes masing-masing, saya pun sama serabut fikir sampai sakit-sakit kepala ni kerana saya selalu rasa tak puas hati dengan diri sendiri jika kes di tangan saya tak selesai.”
“Whatsapp dan inbox yang berpuluh-puluh malah amat biasa cecah ratus setiap hari saya TETAP USAHA jawab. Malah, saya follow up staf saya andai saya nampak ada lagi inbox yang tak di layan. Macam tu lah perangai saya bila berkerja. Mungkin dah background pun bidang sales and marketing dulu , jadi saya expect engagement dengan individu yang ‘datang sendiri’ kepada kita ini, di jaga.”
“Juga, kerana saya juga faham perasaan bila kita benar-benar nak tanya atau minta pendapat tentang sesuatu yang ganggu fikiran kita kepada seseorang yang kita rasa ada jawapannya tetapi tak terlayankan. So, busy macam mana pun saya akan jawab, walau kadang-kala ambil masa 2-3 hari malah seminggu.”
“Dan ya, SELALU SANGAT parents membalas: “MasyaAllah, saya tak sangka puan nak
balas” or “Terima kasih banyak puan sebab sudi reply mesej saya” or “ Its Ok puan lambat balas. Puan akhirnya balas ni pun buat saya lega dah.”
“Berbalik kepada kisah Lofa, apa isu tidur Bilal yang cuba beliau selesaikan? Bilal mahu berdukung dan berdodoi setiap kali untuk tidur dan tuntutan ini semakin sukar untuk dipenuhi jika mahu di teruskan tambahan pula Bilal semakin hari semakin gebu gebas comel Ya amat!.”
“TAPI, kerana Lofa telah meminta custom made service di mana beliau membayar harga yang lebih mahal dari standard price dan beliau pula telah allocate masa untuk sesi yang extra dari standard servis, maka Ya, cemas dan pressure kendalikan kes beliau ini lebih lagi.”
“Saya cuma nak sahkan bahawa beliau MEMANG PELAJAR YANG BERDEDIKASI. Tak pernah lagi beliau dalam keadaan tak sedia ketika saya tiba untuk mula mengajar. Saya ingat lagi pada satu sesi di mana beliau nampak jelas letih namun tak sekali pun semasa sesi tersebut beliau cakap apa-apa atau minta tamatkan sesi lebih awal. Saya yang akhirnya buka mulut bertanya tentang keadaannya dan barulah beliau beritahu beliau pulang agak lewat malam semalam atas urusan kerja dan kemudian bangun malam menyusukan dan menukar lampin Bilal seperti mana ibu-ibu lain.”
“Lofa bukan saja fokus beri perhatian semasa sesi konsultasi, tetapi beliau ambil masa baca nota ( hands out dan nota rumusan setiap sesi yang saya hantar di Whatsapp beliau), aktif bertanya dan sentiasa bersemangat.”
“NEVER ONCE keluar ayat-ayat: “ Saya tak sempat”, “ Saya tak ada masa“ dan “ Saya busy”. Pernah beliau whatsapp saya pada lewat malam demi bertanyakan sesuatu yang beliau kurang faham.”
“Beliau juga rendah hati minta izin masuk ke FB Close Group Basic Sleep Training Konsultan Tangisan Bayi kendalian saya untuk dapat study lebih lanjut.
Dalam salah satu sesi konsultasi kami, Bilal mula menangis keletihan nak tidur, Lofa terus sebut “Jom kita cuba sleep training kat Bilal sekarang” dan ajak saya masuk ke bilik Bilal. Laju beliau tukar lampin dan baju Bilal walau pembantunya ada disitu. Kemudian kami bertiga: saya, Lofa dan pembantunya ‘berkurung’ di dalam bilik tidur Bilal lebih kurang setengah jam.”
“Kami menyorok dari di lihat Bilal demi tak nak ganggu proses Bilal cuba masuk sendiri namun dalam masa yang sama Lofa cuba nak fahamkan jenis-jenis tangisan Bilal dan waktu sesuai untuk beliau mula masuk campur. Dah macam pencuri dah kami bertiga ni menyorok dan berbisik-bisik sesama sendiri. Tahan gelak bila tengok aksi masing-masing dalam keadaan begitu. Ini pastinya jadi momen yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila.”
“Beliau juga sangat sempoi dan langsung tak menyusahkan. Beliau isi borang tempahan servis dan tunggu quotation sama seperti orang lain.Beberapa kali beliau perlu menunggu saya untuk dapat balas mesej beliau dan setiap kali beliau OK saja menunggu reply saya.”

“Jangan tak tahu ye di luar sana ada ibubapa yang bersikap kurang sivik bila lewat di layan. Mesej bertubi-tubi, habis diserang segala nombor, komen dan inbox yang ada dengan soalan dan permintaan yang tak sempat dilayan, ganggu staf saya termasuk pada waktu malam dan pada hujung minggu marah-marah pula. Haihhh,kalau orang-orang begini ada 8 million followers macam Lofa ni tak tau lah jadi apa pula gayanya.
Untuk tarikh sesi kedua tempoh hari dimana tarikh asal yang beliau mahukan tak sesuai dengan jadual saya, beliau OK saja tunggu kelapangan saya.”
“Itulah serba sedikit catatan saya dalam pengalaman jadi cikgu sleep training kepada Neelofa dan Bilal. Terima kasih atas kepercayaan dan layanan baik yang diberikan. Semoga urusan Neelofa membesarkan Bilal selalu dipermudahkanNya asbab usahanya mencari ilmu yang tak pernah jemu.”
Kredit:neelofa, Baby Language

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post “Sekarang Tak Perlu Dukung Bilal Langsung Untuk Tidur” Konsultan Kongsi Kegigihan Neelofa Tuntut Ilmu ‘Parenting’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sekarang-tak-perlu-dukung-bilal-langsung-untuk-tidur-konsultan-kongsi-kegigihan-neelofa-tuntut-ilmu-parenting/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mampu Tengok Je Neelofa Kongsi Video Buat Susu Bilal Buat Ramai Terharu

Mampu Tengok Je Neelofa Kongsi Video Buat Susu Bilal Buat Ramai Terharu

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 147 hits
Bekas pengacara rancangan MeleTop iaitu Neelofa iaitu Neelofa memiliki seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Bilal hasil perkahwinan beliau dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz Sejak Muhammad Bilal ...
Gigih Ummi Masuk Class Ilmu Sleep Training Penting Ajar Bilal Tidur Sendiri Di Usia 5 Bulan

Gigih Ummi Masuk Class Ilmu Sleep Training Penting Ajar Bilal Tidur Sendiri Di Usia 5 Bulan

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 181 hits
Selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi pengalaman baru yang baru dipelajarinya setelah bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki Muhammad Bilal Menurutnya dia sanggup menuntut ilmu dan masuk kelas melatih tidur bayi s...
Saya Sokong Hasratnya Ibu Sambut Baik Niat Mulia Neelofa Nak Hijrah Dalami Ilmu Quran Di Tanah Arab

Saya Sokong Hasratnya Ibu Sambut Baik Niat Mulia Neelofa Nak Hijrah Dalami Ilmu Quran Di Tanah Arab

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 177 hits
Ibu kepada selebriti dan usahawan Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menyambut baik hasrat anaknya itu yang merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bagi memberi laluan kepada suaminya Haris Ismail untuk menyambung pengajian Menurut Karti...
Tunggu Boleh Cakap Sikit Neelofa Mahu Bilal Tangkap Bahasa Arab Hijrah Tahun Depan

Tunggu Boleh Cakap Sikit Neelofa Mahu Bilal Tangkap Bahasa Arab Hijrah Tahun Depan

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 187 hits
Penghijrahan usahawan dan pengacara Neelofa dan suaminya ke Tanah Arab sedang dalam perancangan kata Neelofa Menurut kata Neelofa dia dan Haris merancang untuk ke sana apabila anak mereka Muhammad Bilal yang kini berusia lima bulan sekurang...
Neelofa Mohon Sikit Masa Lagi Untuk Dedah Wajah Bilal Bukan Nak Sorok

Neelofa Mohon Sikit Masa Lagi Untuk Dedah Wajah Bilal Bukan Nak Sorok

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 171 hits
Selebriti dan usahawan popular Neelofa memohon sedikit masa lagi untuk mendedahkan wajah anak sulungnya Muhammad Bilal yang kini mencecah usia lima bulan Menurut laporan Harian Metro selebriti berusia 33 tahun itu menyedari ada segelintir p...
Makan Ubat Batuk Tak Hilang Wanita Kongsi Petuanya Selamat Berkesan

Makan Ubat Batuk Tak Hilang Wanita Kongsi Petuanya Selamat Berkesan

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 153 hits
Musim sekarang ni kalau batuk je dah mula risau kan Kadang baru elok je batuk beberapa minggu lepas tu batuk semula Lagi perit batuk berkahak atau batuk kering yang ambil masa untuk baik Rasa nak bernafas pun tak selesa Bagi anda yang alami...
Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 186 hits
Selepas bekerjasama dalam Little Forest Kim Tae ri dan Ryu Jun yeol sekali lagi akan bergandingan dalam filem akan datang Alien ARTIKEL BERKAITAN Pada 23 Jun sidang akhbar bagi filem Alien bahagian pertama yang diarahkan oleh Choi Dong hoon...
Kucate Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

Kucate Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 198 hits
KUCATE Hargai 10 Rakan Kongsi Dengan Rantaian Kasih 999 Gold Wafer Coin Dalam menceburi bidang perniagaan yang diperlukan adalah semangat dan sikap tidak berputus asa Membuka peluang meningkatkan ekonomi secara perseorangan mahupun berkumpu...
Dia Boleh Bawa Semua Watak Kang Dongwon Kongsi Rasa Kagum Lihat Lakonan Iu

Dia Boleh Bawa Semua Watak Kang Dongwon Kongsi Rasa Kagum Lihat Lakonan Iu

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 176 hits
Bintangi filem Broker bersama Kang Dong won berkongsi pendapatnya tentang lakonan IU ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Kang Dong won telah melakukan temu bual bersama bagi mengulas mengenai filemnya yang baru ditayangkan Broker Semasa temu bu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator