Sekarang Boleh Borak Dengan Ainul Pandai Gelak Kena Sakat Dengan Walid Mama
Lama tak dengar khabar buah hati rakyat Malaysia ni kan? Walaupun kisah awalnya dah lebih setahun dikongsikan sebelum menjalani rawatan, nampaknya orang ramai masih ingat si comel Ainul Mardhiah.
Setiap apa yang dikongsikan oleh kedua ibu bapa Ainul Mardhiah akan jadi perhatian. Lagi-lagi bila nampak perubahan yang positif dari semasa ke semasa selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya sekitar Jun tahun lalu.
Sekarang boleh borak dengan Ainul. ‘Respond’ dia tu geram je!
Kini perkembangan terbaru Ainul nampaknya semakin ceria, pandai bergurau dan dah faham apa orang cakap dengannya.
Menurut walid Ainul, Ahmad Safiuddin, Ainul dah pun mencapai berat 7 kilogram, semakin sihat dan pandai. Nampak dia begitu ceria sekali dan mula nak belajar sesuatu yang baru.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Ainul pun dah panjang akal sekarang. Macam-macam dia nak belajar dan buat.
View this post on Instagram
Tengok tu selalu kalau bangun tidur je mesti minta nak tengok Omar&Hana. Cartoon favourite Ainul. Tak kisah lah bangun pagi ke mesti cari Omar&Hana
. . Sekarang dah boleh borak dengan Ainul. Respond dia tu geram je!
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on Apr 15, 2020 at 3:45am PDT
“Tengok perkembangannya tak sangka Allah bagi peluang kedua untuk kami bersama-sama membesarkannya dan memberi kasih sayang,” kongsinya.
Terbaru dalam perkongsian video di instagram mama Ainul, Nurul Erwani, Ainul dah pandai berinteraksi dengan walidnya dan faham apa orang cakap. Keletah Ainul cukup buat sesiapa yang tengok rasa gembira.
Asyik kena sakat dengan mama
Selain itu, mama Ainul juga berkongsi video Ainul dah pandai gelak manja apabila digeletek. Seronok lihat senyuman manis Ainul walaupun masih ada lagi temujanji dengan doktor untuk pastikan Ainul sihat sepenuhnya.
View this post on Instagram
Kalau dengan mama dia asyik kena geletek je! Dah dapat dah spot yang dia geli
. . Tadi kena sakat dengan walid, dengan mama pun kena juga ya Ainul
A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on Apr 15, 2020 at 3:52am PDT
Walaupun ramai yang tidak mengenali Ainul dan keluarganya secara dekat, namun semuanya teruja dan nak tahu kisahnya sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN [Pakar Bedah UK Datang Lawat Ainul. Buat Check-Up & Apa Yang Dibimbangkannya Tak Berlaku]
Kita yang tak kenal pun pasti ternanti-nanti perkembangannya dari semasa ke semasa. Lihat senyuman dia pun dah rasa lega.
Tambah walid Ainul semasa di temuramah oleh wakil Pa&Ma sebelum ini, Ainul sihat semuanya dengan izin Allah. Malah doa dari orang ramai semasa di awal kisahnya dikongsikan benar-benar memberi impak yang besar dalam diri Ainul.
“Tiada apa yang kami boleh ucapkan selain sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat ini. Rezeki Ainul ni sentiasa dipermudahkan walaupun sebelum itu kami tak kuat nak melaluinya seperti sekarang.
“Betullah orang kata setiap anak tak kira apa sekalipun keadaannya sentiasa akan beri rezeki yang kita tak jangka,” katanya.
Sumber: Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani
The post “Sekarang Boleh Borak Dengan Ainul.” Pandai Gelak Kena Sakat Dengan Walid & Mama appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sekarang-boleh-borak-dengan-ainul-pandai-gelak-kena-sakat-dengan-walid-mama/