Bolehkah Melayu Berfikiran Kritis


Setelah menganalisa beberapa berita yang disebar di WhatsApp saya dan isteri dalam kumpulan saudara mara dan rakan handai yang berjumlah lebih dari 10 “group”, saya membuat kesimpulan orang Melayu tidak boleh berfikiran waras, tidak tahu menilai secara kritis dan tak mahu fikir langsung jika sesuatu berita itu dikaitkan dengan isu Melayu dan Islam
Boleh dikatakan kalau diceritakan dongeng 1001 malam tetapi ia berkait dengan menegakkan ketuanan Melayu dan melindungi Islam dari tercemar, orang Melayu akan percaya bulat-bulat dan tungang langgang
Kalau berita atau isu yang dicoretkan itu mempunyai “watak jahatnya” sebagai orang Cina, orang India, DAP, Kristian, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, maka orang Melayu akan “totally lose it” atau dia hilang akal, tak tahu di mana otak dan fikirannya. Yang dia tahu adalah marah yang membuak-buak dan muka yang merah padam
Melayu akan jadi tidak waras dan akan percaya bulat-bulat, akan tidak perlu selidik fakta atau sumber berita, akan percaya habis-habis dan tidak perlu tahu hujung pangkal; yang jahat memang Cina, Kristian, DAP, India, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng
Sekarang pula kita kena tambah senarai hitam musuh ketat orang Melayu yang disarankan seorang mufti seperti P Waytha Moorthy, P Ramasamy, M Kulasegaran dan V Ganavaritsu. Nasib baik Karpal Singh dah meninggal dunia, kalau tidak tsunami terjadi pun boleh dipersalahkan orang tua tu! Itulah lojik Melayu yang saya analisa
Siapa orang Melayu yang tidak boleh berfikiran waras ini? Adakah mereka orang kampung? Adakah mereka sekolah setakat darjah 6? Adakah mereka ini kaki kedai kopi dan kedai mamak? Kalau itu sajalah golongannya, tuan-tuan, saya tak tulis artikel ini
Kalau orang berpendidikan rendah berfikir macam tu memang kita boleh agak dan fahami dan maafkan. Tetapi sebaliknya, bukan golongan macam ini saja. Kebanyakan 99% Melayu kenalan saya yang pernah belajar di universiti luar negara, universiti tempatan, dah ada Master dan dah ada PhD, semuanya sama macam orang kampung dan kaki kedai kopi yang tidak berpendidikan tinggi
Saya mempunyai ramai kenalan Melayu dan saya berani katakan yang tidak boleh berfikiran rasional, tidak tahu berfikiran kritis, tidak mahu berfikir panjang-panjang adalah orang-orang yang jawatannya tinggi-tinggi belaka
Apa jawatan mereka? Guru sekolah menengah, guru besar, profesor madya, profesor VK7-6-5, arkitek, jurutera, pegawai tinggi GLC, pegawai eksekutif dan doktor. Bukan calang-calang pendidikan, tuan-tuan. Semuanya extra hebat belaka. Tapi fikiran? Macam tak sekolah tinggi pun. Percaya bulat-bulat, tunggang langgang dan habis-habis. Sebab? Nak menegak ketuanan Melayu dan keagungan Islam. Dosa fitnah? Tak kisahlah. Dosa mencerca? Sikit saja. Dosa menyampai-nyampai? Tak ada hal punya beb
Apa nak jadi dengan orang Melayu macam ini saya pun tak tahu. Negara kita ni bakal hancur dengan Melayu yang tak boleh nak urus emosi dan berfikiran rasional. Tengoklah kes Kuil Seafield dan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim
Waytha dituduh tak semena-mena. Kenapa tuduh dia bertanggungjawab? Dia pukulkah? Polis kata samseng yang pukul. Dia arah kah? Polis kata mungkin One City punya lawyer bagi upah. Belum tahu lagi sebab penyiasatan tak habis. Tetapi orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp mempunyai “karamah” dan ilmu ghaib. Tak payah siasat. Tak payah soal suspek. Tak payah “post mortem”. Waytha salah. Dia perlu dipecat serta merta dan dihadapkan ke mahkamah. Boleh kita gantung dia minggu depan hari Jumaat? Begitu fikiran kaumku, orang Islam seagamaku. Malu saya dengan kawan-kawan bukan sekaumku, bukan seagamaku. Di mana nak sorok batang hidungku
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menulis satu bab kegemaran saya. Tajuknya adalah Bencana Lisan. Kitab panjang lebar ini diringkaskan oleh seorang hamba Allah dan dibukukan dalam buku berjudul Bimbingan Mukminin. Dalam lebih 100 buku yang saya baca tentang Islam, ini adalah buku “favourite” saya. Saya khatam “cover-to-cover”
Dalam bab Bencana Lisan, Imam Al-Ghazali menukilkan 20 bencana lidah kita yang bakal mengheret kita ke neraka. Tak kiralah kita dah pergi haji 4 kali, umrah 12 kali, lidah kita yang menginterpretasi maklumat berita dan cerita bakal menjerumus kita ke api neraka jahanam
Saya amat takut dan berhati-hati dalam tulisan dan cakapan saya setelah membaca kitab itu. Pernahkah orang Melayu yang bukan ustaz atau ustazah menatap kitab ini? Saya berani kata kalau tanya 50 orang Melayu, mereka akan kata mereka tak pernah dengar pun kitab ini. Kalau tanya 100 Melayu ada kemungkinan yang kata pernah dengar tapi tak pernah beli. Kalau tanya 200 orang Melayu kemungkinan ada yang membeli tapi tak tahu simpan di mana. Kalau tanya 400 Melayu mungkin jawapan yang ada adalah pernah beli, ada kat rak buku tapi takut nak baca sebab ustaz kata kalau baca buku sendiri kita jadi sesat
Minda kritis orang Melayu setakat itu saja. Mereka suka dengar ceramah dan celoteh Ustaz Kazim Elias, Ustaz Zamihan Mat Zin dan Ustaz Mat Don. Buat apa nak baca? Tanya ustaz sajalah. Kalau ustaz kata Ramasamy salah, maka salah Ramasamy lah tu. Kalau mufti yang ada PhD kata Waytha tu orang jahat maka jahatlah Waytha tu. Tak payah bukti, tak payah hujah panjang. Dua-dua mereka Hindu. Orang Hindu memang sembah berhala dan pakai sistem kasta. Zakir Naik pun cakap macam tu. Tapi Zakir Naik bukan ustaz. Tak apa, dia pandai cakap orang putih dan pandai ilmu agama Hindu. Kalau dia cakap dia memang betul dan tak ada yang salah. Dari orang Melayu jual goreng pisang sampai Pak Profesor mendokong Zakir, Azhar Idrus, Zamihan, Datuk Seri Hadi Awang dan siapa-siapa lagi yang pandai cakap Arab, serban besar, jubah panjang, selendang pula “style” Akil Hayy
Kenapa orang Melayu suka sangat percaya pada fitnah dan dongeng WhatsApp? Tak takutkah pada dosa? Kenapa perlu takut? Tak pernah pun dengar khutbah Jumaat kata percaya kat WhatApp tu berdosa. Tak ada dalam kitab lama pun tentang bencana Instagram, WhatApp, Facebook atau Twitter. Maka itu tak berdosalah. Lagi pula kalau tersilap pun, kita nak jaga kedaulatan Melayu dan Islam. Perjuangan suci kononnya
Aduhai, kesian orang Melayu, kata Datuk Ismail Kamus selalu. Beliau pernah berpesan, “Kita harus membetulkan yang biasa dan biasakan yang betul”. Kata-kata hikmat itu saya pegang sehingga hari ini. Kita umat Islam harus ada integriti. Kita perlu menilai maklumat, cerita dan berita dengan kritis, jika tidak, kita tumpang sekaki di neraka nanti. Bagaimana berfikiran kritis? Ada 4 perkara perlu ditanya untuk memastikan sesuatu berita, cerita dan maklumat itu kemungkinan besar sahih atau tidak
Pertama, tahukan sumber berita itu. Tanya di mana berita ini didapati. Siapa penulis? Di mana ia diterbitkan? Perlu ada nama penuh penulis, walaupun penulis itu menggunakan nama samaran. Perlu tahu di mana ia diterbitkan. Sinar Harian kah, Berita Hariankah dan sebagainya. Kalau Facebook, Instagram, Twitter, semua tak boleh pakai. Sebabnya? Tidak ada penyunting berita dan cerita. Tidak ada editor yang bertanggungjawab
Kedua, tanyakan apakah cerita keseluruhannya? Jangan reaksi apabila dengar India pukul Melayu. Lepas tu pergi demonstrasi di Dataran Merdeka. Mungkin Melayu kacau anak dara India maka dia kena belasah. Itu cerita penuhnya. Kebanyakan orang Melayu suka dengan sekerat cerita, bukan separuh pun, sekerat. Orang Melayu hebat, ada firasat dan ilmu ghaib jin. Maklumat sekerat dia boleh jadikan satu buku ceritanya. Tak boleh macam tu. Tidak kritis namanya. Tahu cerita sepenuhnya sebelum bertindak
Ketiga, apa niat pembawa cerita, penulis isu dan pembawa bicara? Kalau dia boleh untung dari berita itu kerana dia parti lawan maka itu ada “conflict of interest” atau konflik kepentingan peribadi. Kena cuba teka-teka niat orang yang tulis. Mungkin dia nak bodek supaya dapat jadi menteri atau dapat projek atau menang pilihan raya
Kempat, rujuk sumber lain tentang isu dan berita yang sama. Sekali-sekala tu tengok dan baca Roketkini. Ini Roketkini pun tak tahu binatang apa, tahu DAP juga yang salah. Cuba rujuk FMT atau Malaysiakini, jangan asyik baca Kosmo, Sinar Harian atau Utusan Malaysia berkurun-kurun sampai cucu pun dah nak masuk universiti
Itulah dia empat petua nak tahu cerita sahih ke tak sahih dan petua nak lindung dari kita tersadai di neraka. Tak laku solat kita, puasa kita, haji kita dan sedekah kita. Lidah kita melalui WhatsApp, Instagram, Facebook dan Twiter menjunamkan masa depan kita di dunia dan di akhirat. Nasib-nasib kena tangkap polis menyebar berita palsu. Dunia pun terbang akhirat entah ke mana
Wahai orang Melayu, tolong betulkan yang biasa dan biasakan yang betul
– FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2018/12/bolehkah-melayu-berfikiran-kritis.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangkit Wahai Melayu

Bangkit Wahai Melayu

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 232 hits
MT Editorial Team Pakatan Harapan berada didalam keadaan yang sangat kucar kacir Di mata rakyat Malaysia mereka adalah gabungan yang bersatu hati realitinya mereka sangat benci antara satu sama lain Kesimpulannya Pakatan Harapan tidur satu ...
10 Tanda Melayu Dibangsatkan Ramai Tak Tahu Pasal Nombor 10

10 Tanda Melayu Dibangsatkan Ramai Tak Tahu Pasal Nombor 10

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 237 hits
Bermula dari peralihan kuasa banyak tindakan dan gerakan kerajaan hari ini yang mengguris hati orang orang Melayu 1 Berpuluh ribu hilang kerja Majoriti mereka adalah melayu 2 Pendapataan peneroka Felda merosot Sara hidup kian tersepit Major...
Sokong Pasaraya Sabasun 100 Peratus Milik Melayu Islam

Sokong Pasaraya Sabasun 100 Peratus Milik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 918 hits
SABASUN HyperRuncit Sdn Bhd Official di GONG BADAK Ianya adalah hyper market milik org islam di Terengganu berlokasi di Bukit Kecik dan cawangan nya berhampiran dengan dataran Austin Gong Badak Ayuh support bisnes org islam Jika belanja dis...
Sokong Produk Serbuk Kopi Keluaran Syarikat Melayu Islam

Sokong Produk Serbuk Kopi Keluaran Syarikat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 2237 hits
Antara produk serbuk kopi yang kaw dan legend sehingga kini keluaran syarikat Melayu Islam Bukan hanya kaw saat diminum sambil berehat seisi keluarga Malah dijamin halal dan bersih 1 Kopi Cap Gantang2 Kopi Che Nah3 Kopi Cap Lesong
Rombak Buku Teks Sejarah Usaha Hapus Identiti Bangsa Melayu

Rombak Buku Teks Sejarah Usaha Hapus Identiti Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 219 hits
Ikatan Guru guru Muslim Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan mendapatkan nasihat daripada pakar sejarah terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan mengubah kandungan buku teks sekolah rendah subjek berkenaan Presidennya Ustaz Azizee Has...
Apa Lagi Tinggal Untuk Pendidikan Orang Melayu

Apa Lagi Tinggal Untuk Pendidikan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 268 hits
Pemuda Isma persoal tindakan Kementerian Pendidikan mahu rombak buku teks Sejarah sekolah rendah 22 12 2018BANGI 14 Rabiulakhir 1440H Sabtu Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma Muslim Abdullah Zaik hari ini mempersoalkan tindakan Kementer...
Sudah Lupa Cakap Melayu

Sudah Lupa Cakap Melayu

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 383 hits
Mahaizura Abd Malik KUALA LUMPUR Terasing daripada rumpun kepulauan Melayu menyebabkan hampir majoriti generasi baru masyarakat Melayu di Sri Lanka sudah tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka itu Pengasas Persatuan Cinta Gaza Mala...
Kopiah Pan Songkok Pap Dap Melayu Mudah Digula Gulakan

Kopiah Pan Songkok Pap Dap Melayu Mudah Digula Gulakan

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 574 hits
SEJAK memimpin PAN dan menjadi Menteri sudah lama tidak kelihatan Mohamad Sabu memakai kopiah putih di pentas pentas ceramah sedangkan itu adalah aksesori wajib beliau ketika bergelar ayam sabung Pas satu masa dahulu Dalam beberapa siri jel...
Tun Wajar Memimpin Semula United Malays National Organisation Melayu Bersatu

Tun Wajar Memimpin Semula United Malays National Organisation Melayu Bersatu

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 292 hits
Bagai orang mengantuk di surung bantal apabila DAP umum mahu keluar PH jika agenda mereka tidak dilaksanakan Pucuk dicita ulam mendatang Orang Melayu memang memerlukan satu faktor kuat untuk BERSATU DAP wajar juga namakan lebih awal siapa k...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation