Melayu Dengan Kurang Ajarnya


Azwanddin Hamzah, presiden NGO Jaringan Melayu Malaysia atau JMM dipetik media sebagai berkata “umat Melayu Islam perlu juga menjadi kurang ajar”
Di mana dan ketikanya beliau berkata demikian tidak perlu dihuraikan kerana ramai rasanya sudah maklum
Azwanddin bukan orang “high profile” pertama yang mengutarakan pendapat seperti ini
Azwanddin HamzahSekitar tahun 1980-an, timbalan presiden Umno ketika itu Musa Hitam menyarankan supaya orang Melayu “kurang ajar”
Mengapa beliau berkata demikian
Menurut Musa, orang Melayu dulu bersifat tradisional, konservatif dan feudal. Mereka patuh kepada adat dan tradisi lama serta takut kepada raja dan menghormati pemimpin
Dan orang Melayu juga tidak mahu berterus terang kerana tidak mahu menyinggung perasaan orang. Lantas untuk menjaga hati orang mereka cakap berlapik
Ciri-ciri itu memang ada eloknya. Tapi bagi Musa masanya telah tiba untuk orang Melayu berubah. “Masa” yang dimaksudkan ialah tahun 1980-an
Dan walaupun Musa bercakap mengenai orang Melayu secara keseluruhannya tetapi saran beliau dilihat juga ditujukan kepada ahli Umno dalam konteks pergolakan parti ketika itu
Berlatar belakangkan itu, Musa berkata orang Melayu perlu bersikap “kurang ajar”. Yang beliau maksudkan ialah supaya orang Melayu bercakap terus terang, tidak perlu berlapik-lapik – call a spade a spade, bak kata orang Inggeris
Dan lebih penting menurut pandangan Musa, jika dilihat dari aspek neutral, kurang ajar merupakan satu konsep berani bertanya dan berani menyoal
Potret Mahathir di bangunan Umno di ibu negara.Dalam perspektif Umno ketika Musa menjadi timbalan presiden yang sudah tidak sehaluan dengan Mahathir Mohamad selaku presiden Umno, ahli parti tidak harus lagi takut dan menyokong pemimpin membabi buta
Jelas “kurang ajar” anjuran Musa bertujuan “memperbaiki jati diri “ orang Melayu dan jika dilihat pada susut politik Musa tentunya orang Umno”
Walau apa pun matlamatnya, “kurang ajar” mengikut istilah Musa bukan bererti biadab, sombong, bongkak atau untuk menyakiti perasaan orang lain
Namun kata-kata Musa itu disalah erti atau lebih tepat diputar belit musuh politiknya dalam Umno sendiri
Musa digambarkan sebagai seorang pemimpin Melayu yang mengetepikan budaya Melayu itu sendiri dan mahu bangsanya kurang ajar dalam erti sebenar kurang ajar
Berbalik kepada Azwanddin, apa maksud “kurang ajar” anjuran beliau
Berpandukan laporan media, apa yang beliau maksudkan sebagai “kurang ajar” tidak diperjelaskan
Yang beliau kata menurut media ialah “ umat Melayu Islam perlu kurang ajar untuk mengajar bangsa DAP yang selama ini telah keterlaluan”
Apa erti akta kata itu
Lalu bolehlah ditanya apakah “kurang ajar” yang dimaksudkannya itu membabitkan “menyerang balai polis”? Seperti yang diugut Azwanddin tempoh hari “jika pihak yang menyebabkan rusuhan berhampiran kuil Seafield tidak ditangkap”
Demo anti-Waythamoorthy di Klang semalam.Atau “kurang ajarnya” membawa erti menggunakan huruf “P” untuk memberi gelaran kepada menteri perpaduan P Waythamoorthy
Adakah itu untuk meningkat jati diri bangsa Melayu? Atau ada unsur rasis? Oleh kerana Azwanddin tidak memberi penjelasan terperinci akan “kurang ajar” yang beliau maksudkan maka kita masing masing bebas membuat tafsiran sendiri
Bagi saya jika “kurang ajar” bererti serang balai polis dan menghina orang saya tidak setuju
Bagi Azwanddin jika orang tidak setuju dengan “kelantangnanya” itu tidak jadi masalah kerana yakin ramai orang Melayu akan menyokongnya
Wallauhu ‘alam
MOHSIN ABDULLAH– M’kini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2018/12/melayu-dengan-kurang-ajarnya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+t

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesan Tun Razak Jika Apa2 Berlaku Pd Umno Pilihan Melayu Islam Ialah Pas

Pesan Tun Razak Jika Apa2 Berlaku Pd Umno Pilihan Melayu Islam Ialah Pas

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 402 hits
JOM PENYOKONG UMNO MASUK PAS Daftar atas talian di ALMARHUM TUN RAZAK BERPESAN PADA 1973 JIKA BERLAKU APA APA PADA UMNO PILIHAN ORANG MELAYU ISLAM IALAH PASJANGAN biarkan isu ketuanan Melayu jadi perdebatan Syed Saddiq dan Dr Asyraf Wajdi a...
Cukuplah Hanya Pkr Melayu Yang Bukan Parti Melayu

Cukuplah Hanya Pkr Melayu Yang Bukan Parti Melayu

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 316 hits
Penyatuan parti Melayu atau pembubaran mana parti Melayu termasuklah umno BERSATU PAS atau AMANAH sekalipun ia sangat wajar CUKUPLAH parti Melayu Ada satu atau Dua SAHAJA untuk menjaga kepentingan UGAMA BANGSA Dan Negara Suka atau tidak umn...
Amanah Ajak Pejuang Islam Melayu Bersama Ph

Amanah Ajak Pejuang Islam Melayu Bersama Ph

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 324 hits
Mohamad mengecam fahaman celaka kepada orang Melayu sehingga mereka sanggup menyokong perompak dan penyamun di negara ini atas nama mereka Melayu dan Islam Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu mengajak pejuang Islam dan Melayu di negara ini ag...
Pengerusi Bersatu Terengganu Dap Bimbang Suara Melayu Islam

Pengerusi Bersatu Terengganu Dap Bimbang Suara Melayu Islam

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 361 hits
KUALA TERENGGANU Sikap DAP yang mempersoalkan kemasukan bekas ahli UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat sebagai sengaja mahu menguji dan menyekat pembesaran BERSATU supaya keseimbangan kuasa dalam PH tidak berubah Pengerusi ...
Bangsa Dap Sedang Giat Merompak Aset Milik Melayu Islam

Bangsa Dap Sedang Giat Merompak Aset Milik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 552 hits
Mujahid lupa bahawa sikap Lim Guan Eng yang sekian lama menipu rakyat berkenaan hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion telah menakutkan begitu ramai pelabur dari dalam dan luar negara sehinggakan nilai matawang kita merosot teruk ...
Pas Teliti Cadangan Blok Parti Melayu Tapi Yakin Bersatu X Bersama

Pas Teliti Cadangan Blok Parti Melayu Tapi Yakin Bersatu X Bersama

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 316 hits
KOTA BHARU 15 Dis Pas bersikap terbuka dengan sebarang kemungkinan wujudnya blok parti Melayu pada masa hadapan dan bersedia meneliti cadangan itu bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam di negara ini terbela Timbalan Presiden Pas Datuk ...
Kit Siang Tegaskan Kerajaan Ph Tidak Akan Kekal Tanpa Dukungan Melayu

Kit Siang Tegaskan Kerajaan Ph Tidak Akan Kekal Tanpa Dukungan Melayu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 250 hits
DENYUT REFORMASI KUALA LUMPUR Pakatan Harapan harus berusaha untuk memenangi hati masyarakat Melayu bagi membantu pemulihan negara selepas pilihan raya umum kata DAP Tokoh utamanya Lim Kit Siang berkata sokongan etnik majoriti itu penting b...
Pakatan Anwar Dap Kepanasan Tun M Bawa Mp Melayu Islam Masuk Ph

Pakatan Anwar Dap Kepanasan Tun M Bawa Mp Melayu Islam Masuk Ph

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 454 hits
13 DISEMBER 2018 Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu setakat ini menolak permintaan daripada beberapa pemimpin pembangkang yang berminat menyertai PKR Anwar berkata keputusan itu dibuat untuk mempertahankan integriti dan prinsip pe...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally

Temui Onew Di Malaysia Dalam Guess Onew Fanmeeting 2024 Pada 27 Julai 2024

168slot 168slot Biz 13 Jun 2024 168slot 168 Top 35 By Christa

Puaka Cuti Semester