Sekali Lagi Wakil Rakyat Ph Pertahan Arak Dengan Hujah Lucu


Siti Hafidah
Jika ini 'standard' MP, kita sedang menuju ke arah krisis kepimpinan BANGI – Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya ternyata tiada rasa sensitif dan apologetik sedikitpun terhadap kelompok majoriti pengundi kawasannya yang beragama Islam apabila mempertahankan penjualan arak.
Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, hujah ‘lucu’ Karupaiya terhadap cadangan mengharamkan atau membekukan lesen minuman keras tidak akan menyelesaikan isu pemandu mabuk sebenarnya jauh menyimpang seperti menggelupur kehilangan sesuatu.
“Apakah beliau sangka bahawa rakyat Malaysia sudah terlalu teruk akhlak dan kewarasan diri mereka sehingga memabukkan diri dan berkhayal adalah keperluan dan norma kebiasaan mereka?
“Apakah kerosakan yang berlaku di dalam masyarakat hanya boleh dirawat dengan kerosakan yang lain sedangkan banyak lagi langkah proaktif yang lebih terjamin berkesan dan selamat boleh dilakukan?
“Lagipun, memang dadah sudah pun diharamkan di Malaysia dan malah seluruh masyarakat bersatu memerangi dadah sejak di bangku sekolah lagi. Bagaimanakah dadah akan menjadi alternatif kepada arak?,” soalnya menerusi satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Karupaiya dilaporkan berkata, saranan membekukan lesen baharu penjualan arak mungkin akan menyebabkan ramai rakyat yang ketagihan minuman keras beralih kepada alternatif lain yang lebih membahayakan seperti penagihan dadah.
Katanya, kemungkinan cadangan tergesa-gesa itu mengakibatkan lebih ramai rakyat ketagih kepada dadah sekiranya penjualan arak dilarang secara besar-besaran.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bersedia menimbang cadangan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penjualan arak.
Difahamkan saranan itu berikutan sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk.
Pada masa sama, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi PEMBELA bimbang apabila melihat Ahli Parlimen berhujah sedemikian memandangkan mereka jugalah yang menjadi pembuat polisi negara melalui Parlimen.
Beliau berkata, jika ini ‘standard’ Ahli Parlimen, memang ini menjadi indikator awal bahawa kita sedang menuju ke arah krisis kepimpinan jika terus membiarkan pemain-pemain politik bermaharajalela sebegini.
“Justeru, saya minta agar rakyat mula cakna akan tindak-tanduk wakil-wakil rakyat masing-masing. Jangan biarkan mereka rasa selesa bercakap secara semberono sebegini kerana ianya melibatkan maruah anda.
“Kita perlu memastikan parti-parti politik keluar dari zon selesa mereka dan buatkan mereka mula berfikir untuk mengetengahkan calon-calon yang berkualiti untuk dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang,” kataya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/sekali-lagi-wakil-rakyat-ph-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Jual Arak Wakil Rakyat Dap Sindir Jangan Jual Kenderaan Elak Kemalangan

Henti Jual Arak Wakil Rakyat Dap Sindir Jangan Jual Kenderaan Elak Kemalangan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 322 hits
Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Dr Kelvin Yii secara sinis mencadangkan supaya penjualan kereta dihentikan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan Beliau berkata demikian di laman facebooknya sebagai mengulas kenyataan ketua penerangan Pas ...
Rakyat Wakil Rakyat Dan Jualan Murah

Rakyat Wakil Rakyat Dan Jualan Murah

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 187 hits
Oleh Hj Mohd Azmi Abdul HamidPresiden Teras Pengupayaan Melayu29 May 2020Meneliti senario politik terkini perasaan rakyat bercampur antara marah dan kecewa Ada kekaburan dalam memahami hubungan antara rakyat dan wakil rakyat Dalam demokrasi...
Wakil Rakyat Gesa Hadkan Jual Minuman Keras Hingga 9 Malam

Wakil Rakyat Gesa Hadkan Jual Minuman Keras Hingga 9 Malam

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 363 hits
SHAH ALAM 3 JUN Pihak berkuasa tempatan digesa menetapkan undang undang mengehadkan jualan minuman keras di premis niaga sehigga 9 malam sahaja Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr Gunaraj George berkata larangan itu bagi memastikan individu berumu...
Shafie Apdal Bengang Dengan Perikatan Nasional Dakwa Cuba Berkawan Wakil Rakyat Warisan

Shafie Apdal Bengang Dengan Perikatan Nasional Dakwa Cuba Berkawan Wakil Rakyat Warisan

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 383 hits
Jangan ganggu Sabah atau kami lawan Shafie beritahu PN Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal bercakap kepada media selepas bermesyuarat denga ahli Parlimen dan Adun di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal menunju...
Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 286 hits
Tun Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan enam orang wakil rakyat yang sedang di dalam perbicaraan mahkamah tidak akan didapati bersalah Malah katanya sewaktu Muhyiddin rancang untuk terima Umno dan Najib Razak ...
Guna Sd Untuk Pertahan Mandat Rakyat Itu Salah

Guna Sd Untuk Pertahan Mandat Rakyat Itu Salah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 304 hits
Namun tidak tergugat dengan gelaran itu pimpinan utama PAKATAN HARAPAN bertemu malam tadi dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan pakatan itu dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik Pakatan Harapan akan membuat semua k...
Khalid Samad Tahu Tak Rakyat Tidak Memilih Kerajaan Atau Pm

Khalid Samad Tahu Tak Rakyat Tidak Memilih Kerajaan Atau Pm

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 474 hits
Saya nak menegaskan bahawa usaha untuk mengambil alih kembali pentadbiran yang telah dirampas oleh Perikatan Nasional melalui tindakan khianat adalah satu usaha yang wajib Khalid Samad Masih lagi yang tak faham faham bahawa Malaysia walaupu...
Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 381 hits
PUTRAJAYA 28 Mei Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana mana agensi kerajaan Amerika Syarikat berhubung rakyat Malaysia yang dijangkiti atau meninggal dunia akibat COVID 19 di...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024