Rakyat Wakil Rakyat Dan Jualan Murah




Oleh : Hj Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu
29 May 2020

Meneliti senario politik terkini, perasaan rakyat bercampur antara marah dan kecewa. Ada kekaburan dalam memahami hubungan antara rakyat dan wakil rakyat.

Dalam demokrasi, wakil rakyat boleh datang daripada sebuah parti politik yang meletakkan seorang dipilih oleh parti untuk dicalonkan dalam pilihan raya.

Dalam hal ini, difahami bahawa jika dia menang maka dia mewakili rakyat kerana dipilih dengan majoriti undi di sesuatu kawasan pilihan raya. Akan tetapi dia juga mewakili parti kerana dia bertanding atas tiket sebuah parti. Maka perjanjiannya adalah kepada rakyat dan parti.

Lain pula jika dia bertanding atas status bebas dan jika dia menang maka dia mewakili rakyat di kawasan yang dia menangi tanpa terikat kepada mana-mana parti politik.

Pada asasnya seorang wakil rakyat pada hakikatnya mewakili rakyat. Parti adalah sekunder. Tetapi bila dia menang atas tiket sebuah parti maka kebertanggungjawabannya berkait juga dengan parti.

Ini sah kerana dalam demokrasi yang membenarkan parti politik ditubuhkan, jika jumlah kerusi yang dimenangi oleh sebuah parti adalah majoriti, maka ia boleh membentuk kerajaan. Bermakna mereka yang dilantik dalam kerajaan adalah dalam kalangan wakil rakyat daripada parti atau pakatan parti yang menang.

Di sinilah demokrasi sering dimanipulasi untuk merebut kerusi dan jawatan. Demokrasi juga sepatutnya dibatasi oleh kontrak dan ikatan amanah dan kebertanggungjawapan seorang wakil rakyat kepada rakyat.

Sewajarnya sentimen rakyat tidak boleh dipermainkan ketika berkempen dalam pilihan raya. Sepatutnya secara moral undi rakyat tidak boleh dijual beli dengan tawaran jawatan dan kesempatan untuk naik dalam karier politik.

Ketika rakyat dipengaruhi untuk mengundinya, seorang calon perlu sedar bahawa dia telah mengikat janji akan setia kepada kepercayaan rakyat. Walaupun mungkin rakyat mengundi berdasarkan parti politik bukan berasaskan calon, namun keterikatan wakil rakyat tetap akauntabilitinya kepada rakyat secara langsung, bukan hanya kepada parti.

Dewasa ini jelas wakil rakyat menjadi komoditi murahan. Ada musim jualan murah membeli wakil rakyat oleh parti politik yang memancing dengan umpan jawatan. Musim jualan murah wakil rakyat nampaknya menjadi kaedah persilatan politik ini.

Cerita lompat parti dan khianat parti lumrah dalam politik Malaysia. Bermula dengan berita angin kemudian menjadi realiti. Tidak cukup dengan itu, tanpa rasa bersalah mengheret gerombolan penyokongnya untuk turut serta dalam dakwaannya akan ramai lagi bakal mengisytihar keluar parti.

Semua ini dilakukan tanpa mengendahkan sedikit pun janjinya kepada rakyat. Maka dia sanggup melelong diri dengan harga tinggi untuk dibeli di pasar politik yang sangat murah.

Akan tetapi lantaran politik gaya ini menjadi sangat lumrah, tidak ada wakil rakyat berasa bersalah untuk berada dalam lembah politik kotor. Politik menjadi kotor kerana ahli politik yang kotor.

Kini gejala wakil rakyat menjual diri segar semula. Mereka yang sudah selesa memegang jawatan tinggi setelah tawar-menawar politik dimuktamadkan, persekitaran politik kotor mula dipenuhi sampah dan jualan ahli politik terpakai yang sebenarnya murah.

Pertelagahan menuntut jawatan dalam kerajaan walaupun dalam perikatan yang sama bergolak terus. Rasa tidak puas hati mengenai bagaimana ghanimah politik dibedak dan dibahagi-bahagikan tidak akan reda.

Dakwaan parti politik ini yang lebih menguasai kerusi dan parti politik itu yang berperanan menjadi king maker menjatuhkan lawan, akan saling bertelagah dan berkomplot. Sesudah lawan dijatuhkan dengan riuh-rendah di pasar raya jualan politik murahan, kini jualan sesama parti politik dalaman pula bermula.

Inilah kejelekan politik yang memualkan rakyat.
#SinarHarian




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/rakyat-wakil-rakyat-dan-jualan-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wakil Rakyat Kerajaan Tidak Kurang 114 Orang Muhyiddin Cukup Sokongan

Wakil Rakyat Kerajaan Tidak Kurang 114 Orang Muhyiddin Cukup Sokongan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 350 hits
May 18 2020 1 25 PMBerdasarkan maklumat rasmi berhubung cadangan tempat duduk di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan 114 ahli Parlimen berada di blok kerajaan KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli Parlimen dud...
750 Wakil Rakyat Petugas Parlimen Sudah Jalani Ujian Covid 19

750 Wakil Rakyat Petugas Parlimen Sudah Jalani Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 322 hits
Dewan Rakyat bersidang satu hari 18 Mei ini berikutan pelaksanaan PKP Foto Arkib PUTRAJAYA Seramai 750 wakil rakyat dan petugas yang menyertai sidang Parlimen pada Isnin sudah menjalani ujian saringan Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk...
Henti Jual Arak Wakil Rakyat Dap Sindir Jangan Jual Kenderaan Elak Kemalangan

Henti Jual Arak Wakil Rakyat Dap Sindir Jangan Jual Kenderaan Elak Kemalangan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 378 hits
Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Dr Kelvin Yii secara sinis mencadangkan supaya penjualan kereta dihentikan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan Beliau berkata demikian di laman facebooknya sebagai mengulas kenyataan ketua penerangan Pas ...
Wakil Rakyat Gesa Hadkan Jual Minuman Keras Hingga 9 Malam

Wakil Rakyat Gesa Hadkan Jual Minuman Keras Hingga 9 Malam

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 431 hits
SHAH ALAM 3 JUN Pihak berkuasa tempatan digesa menetapkan undang undang mengehadkan jualan minuman keras di premis niaga sehigga 9 malam sahaja Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr Gunaraj George berkata larangan itu bagi memastikan individu berumu...
Wakil Rakyat Juga Bantu Pemungut Sampah

Wakil Rakyat Juga Bantu Pemungut Sampah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 447 hits
RANTAU PANJANG Penduduk yang mencari rezeki di tempat pelupusan sampah di Pusu 40 dekat sini dianggar memperolehi pendapatan kira kira RM300 hingga RM500 seminggu Malah gaya hidup mereka juga agak berbeza berbanding penduduk lain di mana an...
Ngo Cadang Spr Rampas Kerusi Wakil Rakyat Melompat

Ngo Cadang Spr Rampas Kerusi Wakil Rakyat Melompat

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 268 hits
Lompat parti menyebabkan mandat rakyat dipermain mainkan dengan meruntuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan yang tidak berjanji apa apa sewaktu kempen pilihan raya Sebuah NGO Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia menyarankan aga...
Parlimen Rakyat Adakah Pelepasan Riza Aziz Buka Jalan Kepada Najib

Parlimen Rakyat Adakah Pelepasan Riza Aziz Buka Jalan Kepada Najib

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 391 hits
Kes pengubahan wang haram anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak yang mendapat jalan keluar beberapa hari lalu terus mengundang kontroversi Bagi William Leong Jee Keen soalan mengenai pelepasan Riza Abdul Aziz daripada kes berkenaan se...
Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri Dan Kerajaan Pintu Belakang

Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri Dan Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 412 hits
Seminggu dua ini kita diputarkan semula dengan permainan politik dengan kenyataan kenyataan ahli politik yang pernah kita dengar sebelum ini Kenyataan kenyataan mereka ini kelihatan akademik dan ilmiah seperti kenyataan pakar rujuk undang u...
Semakan Tarikh Bayaran Bsh Tambahan Rm100 Rm 50 E Tunai Rakyat

Semakan Tarikh Bayaran Bsh Tambahan Rm100 Rm 50 E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 714 hits
SEMAKAN TARIKH BAYARAN BSH TAMBAHAN RM 100 RM 50 e tunai RAKYAT Kerajaan akan menyalurkan bayaran tambahan berjumlah RM100 kepada setiap penerima yang dikreditkan ke dalam akaun bank pada Mei dan seterusnya RM50 akan disalurkan secara e tun...
Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

90s Kid Haxch Turns The Yamaha Xsr900 Into A Retro Sportbike

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Raised Bed Adalah Kebun Intensif

Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Panas Projek Ai Malaysia Huawei Kerajaan Kata Tak Terlibat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samun Pukul Isteri Tauke Guna Tukul Besi Larikan 15 36 Gram Emas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kesan Elemen Meragukan Berhubung Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Quantum Batteries The Future Of Ultra Fast Sustainable Energy Storage

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub