Shafie Apdal Bengang Dengan Perikatan Nasional Dakwa Cuba Berkawan Wakil Rakyat Warisan


Jangan ganggu Sabah atau kami lawan, Shafie beritahu PN Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal (kanan) bercakap kepada media selepas bermesyuarat denga ahli Parlimen dan Adun di Kota Kinabalu hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal menunjukkan sikap melawan hari ini dengan mengeluarkan amaran keras terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan dakwaan tekanan politik ke atas wakil rakyat beliau.
Shafie yang kelihatan marah bercakap tentang kesediaannya untuk tidak tunduk dalam menghadapi “rancangan besar” PN untuk menyakinkan ahli Parlimen dan Adun negeri itu supaya meninggalkan gabungan kerajaan negeri terdiri daripada Warisan-DAP-PKR-Upko dan menyertainya.
Beliau berkata, rancangan besar itu melibatkan janji berkaitan kedudukan dan perolehan wang sekiranya mereka menyertai pesaing politik tersebut. Presiden Warisan itu mendakwa, seorang ahli Parlimen beliau, iaitu Mohammadin Ketapi (Silam) dihubungi oleh bekas menteri pusat, Anifah Aman 3 kali supaya meninggalkan partinya.
Anifah kini berusaha menggabungkan parti tempatan ke dalam parti Gagasan Rakyat Sabah yang bakal didaftarkan dalam masa terdekat.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan ahli Parlimen dan Adun Sabah berkait ketidaktentuan politik itu, Shafie berkata, Mohammadin yang kini berada di Kuala Lumpur, menolak pelawaan tersebut.“Tetapi kita tahu, sebaik sahaja kita “tidak”, maka akan bermulalah intimidasi politik,” kata ahli Parlimen Semporna itu.
Shafie juga mempersoalkan siasatan pengubahan wang ke atas naib presiden Warisan Peter Anthony, yang juga menteri pembangunan infrastruktur negeri, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.
“Kenapa sekarang? Tidak semudah itu, kami akan lawan balik. Ini negeri dan negara kita, kita ada hak.
“Jangan cuba dan tekan kami. Kita ada persidangan Parlimen (Julai ini) dan saya mahu ingatkan semua bahawa saya tidak akan berdiam diri.
“Ingat pilihan raya lepas apabila mereka mengintimidasi kita? Saya bercakap di Parlimen. Biar semua rakyat Malaysia dengar – apakah ini kerajaan yang kita mahu? Apakah ini caranya kita mentadbir negara. Ini sangat tidak patut.
“Jangan ganggu negeri Sabah, jangan ganggu rakyat Sabah. Bila kamu ganggu, kami akan lawan balik,” katanya.
Pada masa sama, Adun Senallang itu mengulangi rasa terkejut beliau berhubung masa siasatan kes Anthony dijalankan dengan pembebasan bekas ketua menteri Musa Aman daripada 46 pertuduhan pengubahan wang dan rasuah.
“Bagaimana penyiasatan kes Jabatan Air Sabah di mana berjuta-juta wang ditemui?”
Mengenai mesyuarat hari ini, Shafie berkata, kebanyakan daripada 47 wakil rakyat, termasuk 4 Adun dilantik, yang hadir mengikrarkan kesetiaan kepada pentadbiran negeri dengan memberi keutamaan pada pembangunan Sabah.
Selai Mohammadin, turut tidak hadir ialah ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman, Adun Upko James Ratib (Sugut), Limus Jury (Kuala Penyu) dan wakil DAP Calvin Chong (Elopura).
Menurut Shafie, Mohammadin tidak hadir kerana beliau berpindah rumah di Kuala Lumpur, sementara yang lain meminta maaf kerana mempunyai urusan penting lain, walaupun semua mereka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Shafie berharap SPRM tidak berat sebelah dalam siasatannya, sebaliknya mengambil langkah untuk meneliti “usaha” untuk menarik wakilnya supaya berpaling arah.
“Bagaimana anda boleh merasuah orang lain dengan jawatan dan suapan lain? Ini tidak harus berlaku,” katanya dengan mendakwa ahli Parlimen lain daripada gabungan kerajaan negeri juga turut dihubungi.
“Saya tidak menjanjikan (presiden Upko) Wilfred Madius Tangau atau Ewon Benedick jawatan sebelum (mereka beralih sokongan daripada Barisan Nasional kepada Warisan) walaupun saya melantik mereka sebagai menteri selepas itu.”
Katanya, beliau tidak menjanjikan ganjaran kepada Adun lain yang menyertai Warisan dari parti lain.
Justeru katanya, semua pemimpin masih bersama beliau, termasuk 8 ahli Parlimen Warisan, 3 DAP, 2 PKR dan seorang dari Upko, telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang pemimpin sedia ada.
“Kita ada nilai dan maruah kita sendiri.
“Kita bersatu. Inilah masanya rakyat Sabah berdiri teguh dan tidak digunakan sebagai alat,” katanya.
Katanya, beliau memberitahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa mereka tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan pentadbiran di Putrajaya berdasarkan hubungan antara kerajaan.
“Tetapi dari segi politik, anda urus parti anda, saya urus parti saya,” katanya.
The post Shafie Apdal Bengang Dengan Perikatan Nasional, Dakwa Cuba ‘Berkawan’ Wakil Rakyat Warisan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/11/shafie-apdal-bengang-dengan-perikatan-nasional-dakwa-cuba-berkawan-wakil-rakyat-warisan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=shafie-apdal-bengang-dengan-per

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Perikatan Nasional Mahu Lari Ke Mana

Pemimpin Perikatan Nasional Mahu Lari Ke Mana

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 231 hits
Hakikatnya kedua dua pemimpin itu sedang bermimpi ngeri di siang hari PERIKATAN NASIONAL ibarat rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi Maka sukar bagi penghuninya untuk menikmati ketenangan apatah lagi untuk tidur dengan lena Sit...
100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta Yang Jelas Dan Sahih

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 302 hits
1 Kerajaan Perikatan telah berjaya menstabilkan negara daripada tiga krisis serentak dalam masa sebulan iaitu krisis politik kepartian krisis ekonomi rakyat dan krisis pandemik COVID 19 2 Sebaik sahaja mengambilalih kuasa Tan Sri Muhyiddin ...
Kenaikan Bil Elektrik Perikatan Nasional Jangan Cuci Tangan

Kenaikan Bil Elektrik Perikatan Nasional Jangan Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 232 hits
Saya ingin merujuk kepada rungutan dan tidak puas hati rakyat terhadap kenaikan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Perkara ini mula ditimbulkan di laman sosial sekitar 19 Mei 2020 iaitu hampir 2 minggu...
Perikatan Nasional Tubuhkan Majlis Presiden Tuan Ibrahim

Perikatan Nasional Tubuhkan Majlis Presiden Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 311 hits
ALOR SETAR Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan kerajaan gabungan Perikatan Nasional telah menubuhkan Majlis Presiden Presiden Parti selepas menerima persetujuan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN Menurut ...
Pkn Pahang Sokong Kerajaan Perikatan Nasional Pusat Dan Negeri

Pkn Pahang Sokong Kerajaan Perikatan Nasional Pusat Dan Negeri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 353 hits
BENTONG Penggerak Komuniti Negara peringkat Negeri Pahang telah membuat keputusan menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Negeri Pahang dan Pusat atas prinsip bersama membina kemakmuran rakyat Demikian kenyataan ...
Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

Anwar Ibrahim Merenung Persembahan 100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 395 hits
ANWAR IBRAHIM Hari ini genap 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin Kita sedia maklum bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini tercipta dan berdiri dengan perencanaan beberapa tokoh dan babak pengkhianatan kepada a...
Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

Ini Kerajaan Muhyiddin Bukan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 282 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad 1 Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin 2 Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional 3 Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud Tidak pernah diadakan aca...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord