Sekali Lagi Kereta Kami Dilanggar


Sekali Lagi Kereta Kami Dilanggar | Masuk kali ni dah dua kali kereta kami dilanggar orang. Kali pertama kami dilanggar oleh sebuah lori pasir masa hari raya pulak tu. Kalau tak silap dalam tahun 2018. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Cuma trauma tu masih ada sampai sekarang bila berada di lampu isyarat dan belakang pulak ada lori. Sebabnya kereta kami ni dilanggar dari tepi masa tunggu lampu hijau la. Alasannya tiada brek.


Masa tu agak lama kereta di bengkel sebab kena tukar banyak part antaranya side mirror kedua-dua belah dengan pintu sebelah pemandu. Side mirror dan part lain guna gear up pulak, jadi kena order dulu. Memang lama la gitu. Lepastu kena tunggu pihak insurans lagi. Padahal kilangnya dekat sini je. Patah kaki kami la masa tu. Tak boleh nak pergi mana. Kalau ada hal penting, kena sewa kereta. Jenuh nak sewa kereta je kalau nak keluar.




Tapi kali ni yang melanggar kereta kami ni, sebuah kereta dan pemandunya perempuan. Langgar bonet belakang kereta tu. Bila tengok kesan langgar tu nampak sangat dia laju. Mujurlah kinah dengan anak-anak tak ada sekali dalam tu. Kalau tak mau meragam si Lulu sebab terkejut. Terkejut bila yop hantar gambar kat whatsapp. Sakit pulak mata ni tengok bonet macam tu. Yop bawak kereta tu sebab dah lama tak jalan. Sekali sekala kena la bawak kereta tu pusing-pusing. Hmm patutla dalam beberapa hari sebelum kejadian mata belah kiri ni asyik berkedip je, rupanya nak jadi macam ni.


Kejadian ni berlaku betul-betul hadapan balai bomba kat rumah ni ha. Puncanya tak pasti. Yang pasti ada kaitan dengan telefon. Tapi tak nak mengaku, yop sendiri nampak tangan dia pegang phone masa tu. Alasannya dia baru nak call bos dia. Macam tak logik pulak ceritanya. Dan dan dah langgar orang terus pegang phone. Macam ada something fishy kat situ. Kalau kinah ada tempat dia, confirm dah blank masa tu sebab tengah panik kan. Yang peliknya kawasan kejadian tu ada 2 speed bump. Satu depan balai bomba, satu lagi depan balai polis. Kalau korang nak tahu balai bomba dengan balai polis tu bersebelahan je. 


Jadi korang boleh fikir secara logik, takkan la nak bawak laju kat situ, dan kalau betul free phone masa tu mesti dah nampak kereta kat depan tu. Kalau tak pegang phone hang mengelamun ke apa. Kalau bawak slow takdenya kemek bonet tu. Tambah, dah masuk kawasan perumahan kot, mana boleh bawak laju sesuka hati dan depan balai polis pulak tu. Macam la tak boleh nak tengok telefon bila dah sampai rumah nanti. Entah apa la penting sangat kalau penting sangat berhenti dulu kat tepi bus stop tu. Lagipun bukannya ada bas pada waktu malam. Tak pasal-pasal yop kena pergi balai malam-malam buta settle kan hal ni. 


Tapi kalau ikut undang-undang, langgar kereta hadapan adalah kecuaian dari pemandu. Nak tiong io tu tak dapek la kak. Terang-terang la salah dia. Apa apa pun sarjan suruh call dia semula dalam masa seminggu. Lepas seminggu laporan pun siap, dan didapati beliau bersalah dan didenda sebanyak RM300. 


Satu kes lagi, dah la langgar orang, ada hati pulak bos dia nak provok orang. Siapa salah sekarang ni. Alasannya dia tak bagi tangkap gambar no plat kereta dan cukai jalan kereta staff dia tu kononnya langgar hak peribadi. Dah itu memang perkara biasa la bro kalau kita dilanggar ataupun melanggar. Bila polis sendiri yang explain pasal tu baru terdiam. Apa dia ingat kami ni zero pasal benda-benda gini. Dia ingat kita ni nak masukkan dalam group kot. Takde maknanya kita nak viral kan kes macam ni.




Pengalaman kena langgar dengan lori pasir buat kami lebih alert tau hal-hal gini. Saja je datang balai nak kecoh dan burukkan lagi keadaan. Pastu offer nak bawak pergi bengkel dia recommend. Yop tetap dengan pendirian dia, nak hantar kat perodua service jugak. Sebabnya dah ada pengalaman kena ketuk dengan bengkel yang kuat cong, konon dah tukar itu ini. Hmm korang faham-faham sendiri la ye. Karang rosak bonet, tempat lain yang takde kena mengena pulak yang sakit nanti. Haaa baik hantar ke tempat yang kita selalu pergi. 


Mujurlah appointment di hospital Selayang dan Serdang lambat lagi. Harapnya proses claim insurans nanti cepat la selesai. Kenapa kami kena ke Hospital Serdang hmm nanti kinah cerita ye. Tunggu betul-betul comfirm dari doktor.


Korang yang memandu kereta tu, tolonglah.. Jangan pegang telefon semasa memandu. Bahaya pada diri sendiri dan juga pada orang lain. Rasanya dah banyak kali dah iklan tayang jangan main telefon dan bahayanya pegang telefon semasa memandu tapi masih ada lagi yang degil dan buat tak endah. Buat bazir duit je buat iklan mahal-mahal tapi takde sapa pun yang ambik pengajaran. Hmmm 












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2020/12/sekali-lagi-kereta-kami-dilanggar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Maut Dihempap Kereta Sendiri

Pemandu Maut Dihempap Kereta Sendiri

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 274 hits
PEMANDU MAUT DIHEMPAP KERETA SENDIRI TELUK INTAN 081120 Lelaki maut selepas dihempap kereta dipandunya yang terbalik dalam kemalangan di Batu 11 Jalan Changkat Jong di sini hari ini Difahamkan Proton Wira dipandu R Darma Raja 24 terbabas se...
Jualan Kereta Terpakai Naik Ketika Pandemik Kata Persatuan Peniaga

Jualan Kereta Terpakai Naik Ketika Pandemik Kata Persatuan Peniaga

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 234 hits
Pandemik tidak memberi kesan kepada industri kereta terpakai kerana moratorium pinjaman menyeluruh terdahulu dan insentif kewangan lain yang diberikan kerajaan PETALING JAYA Sebuah persatuan mewakili penjual kereta terpakai berkata jualan k...
Lelaki Ini Bawa 2 Pinggan Nasi Kandar Keluar Dari Restoran Masuk Dalam Kereta Sekali Pemilik Restoran Komen

Lelaki Ini Bawa 2 Pinggan Nasi Kandar Keluar Dari Restoran Masuk Dalam Kereta Sekali Pemilik Restoran Komen

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 310 hits
PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Selangor telah banyak memberi perubahan dalam kehidupan kita sehari hari Pematuhan prosedur operasi standard yang dilaksanakan di premis makanan juga ...
Dituduh Tayar Kereta Pecah Kerana Memandu Laju Di Lebuh Raya Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

Dituduh Tayar Kereta Pecah Kerana Memandu Laju Di Lebuh Raya Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 334 hits
Terbabit dalam kemalangan kecil di lebuh raya PLUS Isteri kepada penyanyi Sufie Rashid iaitu Nurulain tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang yang menyatakan suaminya bertindak memandu laju var neutrogena beautifulnara com apa
Beli Kereta Baharu Untuk Lancarkan Urusan Rasmi Kerajaan Negeri Mb Kedah

Beli Kereta Baharu Untuk Lancarkan Urusan Rasmi Kerajaan Negeri Mb Kedah

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 543 hits
Selasa 24 November 2020 viral di media sosial gambar kira kira 12 buah kereta Honda Accord berharga RM187 050 73 yang dikatakan telah dibeli oleh Kerajaan PAS Kedah Pembelian kereta itu menimbulkan tanda tanya netizen apakah wajar kerajaan ...
Mengidam Punya Pasal Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta Baru Surr Makan Luar

Mengidam Punya Pasal Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta Baru Surr Makan Luar

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 217 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni macam macam kisah masyarakat yang kita dengari Ada yang meruntun hati tak kurang juga memberi inspirasi Tapi kisah yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam laman Facebookny...
Menhub Budi Manggarai Akan Jadi Pusat Stasiun Kereta Di Jabodetabek

Menhub Budi Manggarai Akan Jadi Pusat Stasiun Kereta Di Jabodetabek

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 231 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi melakukan kunjungan kerja ke Stasiun LRT Dukuh Atas untuk mengecek progress pembangunan LRT Jabodebek Sebelumnya dia sempat menilik pengembangan Stasiun Manggarai
Warga Emas Rentung Dalam Kereta

Warga Emas Rentung Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 290 hits
Warga emas rentung dalam kereta Kuantan Warga emas ditemukan rentung dalam sebuah kereta di kawasan parkir Uptown Teluk Cempedak di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa dikenal pa...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari