Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup





Dakwaan yang dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa dirinya cukup sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri pernah dilakukan pemimpin terbabit ketika krisis politik yang berlaku pada Februari lalu.
Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sepatutnya mencalonkan namanya sebagai Perdana Menteri ketika diminta Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian masing-masing.
Malangnya, katanya ketika itu semua sokongan itu telah beralih kepada Anwar yang telah mendakwa bahawa dirinya memiliki sokongan yang cukup untuk dilantik bagi jawatan berkenaan yang menyebabkan kedua-dua mereka tidak memperoleh sokongan majoriti dari Ahli-ahli Parlimen PH.
Baru-baru ini pula The Malaysian Insight melaporkan, Anwar dah ada lebih dari 114 Ahli Parlimen yang sokong rayuan dia.

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan 114 hingga 115 ahli Parlimen untuk menyokong rayuan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan semula keputusan berhubung pengisytiharan darurat dan segera membatalkan penggantungan Parlimen.
“Ahli Parlimen yang komited untuk menyokong darurat dan menggantung Parlimen mungkin tidak lebih dari 90 orang. 114, 155 ahli Parlimen menolak usul kerajaan PN. Itu tidak boleh dipertikaikan.
“Ini adalah fakta umum. Jumlahnya lebih daripada cukup,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu menjawab pertanyaan dalam program Bicara Negarawan yang dianjurkan Majlis Profesor Negara mengenai dakwaan yang beliau mendapat sokongan dari 222 ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan berikutnya .
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bagaimana beliau memperoleh angka tersebut.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Namun begitu, katanya, beliau kini hanya menunggu ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk beliau menyerahkan maklumat berikutnya kepada Baginda.
“Tetapi yang ternyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional (PN), perkara besar seperti darurat dan penggantungan Parlimen ditolak majoriti ahli Parlimen.
“Sekarang untuk GPS Sarawak juga sedang membincangkan, saya tak tahu apa keputusannya.
“Tentunya kalau ini (majoriti menolak keputusan PN) berlaku, mereka (Ahli Parlimen) yang komited mendokong darurat dan penggantungan Parlimen, jumlahnya mungkin tidak cukup 90 ahli Parlimen atau mungkin kurang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam siaran langsung Program Minda Profesor Negara - Bicara Negarawan Siri-3 yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Majlis Profesor Negara pada Sabtu.
Dalam pada itu, Anwar tidak menolak khabar angin yang mendakwa beliau menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
“Sekarang sampai ke tahap dimana kita mempunyai keupayaan, setelah melihat kepada kelemahan dan ketidaktentuan dasar dan kelompok dalam PN, kita mengumpul kekuatan pembangkang dan beberapa elemen dalam kerajaan termasuk UMNO.
“Mereka berasakan negara ini harus diselamatkan. Kalau hendak fikir permusuhan lama, itu tidak ada kesudahannya. Saya boleh bangkitkan kenyataan, ini tidak menenangkan dan saya lemparkan kenyataan balas.
“Tapi keadaan sekarang menuntut kita membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara dengan garis dasar yang jelas,” ujarnya lapor AstroAwani



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/sekali-lagi-anwar-dakwa-majoriti-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kini Sah Ada Majoriti

Anwar Kini Sah Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 254 hits
Semalam Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata majoriti Ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang Dipertuan Agong bagi memohon perkenan baginda agar mengugurkan pengisytiharan darurat Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang warkah terse...
Mp Tolak Darurat Lebih Daripada Majoriti Mudah Anwar

Mp Tolak Darurat Lebih Daripada Majoriti Mudah Anwar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 342 hits
Gesaan Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Ahli ahli Parlimen menghantar warkah kepada Yang di Pertuan Agong menolak perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghasilkan sejumlah bantah...
Rentasan 802 Anwar Bakal Persembah Bukti Cukup Sokongan Tubuh Kerajaan

Rentasan 802 Anwar Bakal Persembah Bukti Cukup Sokongan Tubuh Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 176 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8021 KETUA MENTERI PULAU PINANG MERENDAH DIRI DITEGUR BELI MERCEDES 2 HENTI SERANGAN SAMA SENDIRI 3 KESOMBONGAN AHMAD MASLAN MEWAKILI UMNO BN
Anwar Dicadang Buat Petisyen Kepada Agong Pm Tiada Majoriti

Anwar Dicadang Buat Petisyen Kepada Agong Pm Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 174 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicadangkan supaya mengadakan satu petisyen kepada Yang Dipertuan Agong untuk meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan kerana beliau tidak mempunyai sokongan majoriti lag...
Tak Lagi Sokong Muhyiddin Nazri Dakwa Pn Kini Hilang Majoriti

Tak Lagi Sokong Muhyiddin Nazri Dakwa Pn Kini Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 213 hits
Malaysiakini Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala L...
114 Atau 115 Mp Tak Setuju Darurat Saranan Pn Dakwa Anwar

114 Atau 115 Mp Tak Setuju Darurat Saranan Pn Dakwa Anwar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 203 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parli...
Terkini Anwar Dakwa Punyai Jumlah Kerusi Mencukupi Bagi Bentuk Kerajaan Baru

Terkini Anwar Dakwa Punyai Jumlah Kerusi Mencukupi Bagi Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 197 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu Bagaimanapun Anwar menyatakan perkara berkenaan perlu menunggu atas ihsan dan budi bicara Yang di ...
Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan Pn Lebih Mencukupi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional mengadakan darurat lebih daripada mencukupi Setakat ini kata Anwar ada antara 1...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City