Sejuk Hati Tengok Pemuda Ini Betul Betul Ikut Cakap Mak Selawat Minta Izin Nurse Nak Baca Doa Dulu Sebelum Cvcuk V4ks1n
Rasa tenang melihat sebuah video yang menunjukkan seorang pemuda berkongsi pengalamannya membacakan doa sebelum menerima svntik4n v4ks1n C0vldl9.
Ketenangan itu juga pastinya dirasai seorang petugas yang mengendalikan proses v4ksin4si lelaki berkenaan di pusat pemberian v4ks1n (PPV).
Bukan sahaja peramah orangnya, petugas tersebut turut mengaminkan bacaan doa oleh penerima v4ks1n itu sebelum svntikan dibuat dan memberikan nasihat sejurus selesai proses berkenaan.
Azim selepas menerima d0s pertama v4ks1n di PPV Dewan Bandaran Kulim.
“Sejuk hati nurse yang cvcuk v4ksin ni. Alhamdulillah, stay safe,” demikian antara komen netizen menerusi perkongsian video tersebut di aplikasi TikTok.
Penerima v4ksin itu, Abdul Azim Kasim berkata, rakaman dibuat sewaktu dia menerima dos pertama di PPV Dewan Bandaran Kulim di Kulim, Kedah pada Khamis lalu.
Pemuda berusia 29 tahun tampil menjelaskan bahawa dia terlebih dahulu meminta izin daripada petugas berkenaan untuk membuat rakaman dan bacaan doa.
“Masa tu dah petang selepas azan Zohor, jadi orang kat PPV dah tak ramai. Sebab itu saya minta izin untuk membaca doa dulu sebelum diberikan svntikan.
“Sebelum pergi ke PPV, ibu saya berpesan untuk baca doa masa nak cvcuk sebagai ikhtiar kita mendapat perlindungan dan kepada Allah kita berserah,” katanya kepada mStar.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Siapa sangka hari berkenaan merupakan satu rahmat dan kesyukuran buat anak keenam daripada sembilan beradik itu apabila membuat keputusan untuk walk-in bagi menerima v4ks1n.
Azim berkata, keputusan itu dibuat kerana sebelum itu dia masih belum menerima janji temu untuk v4ksin4si menerusi aplikasi MySejahtera.
“Saya tak adalah tertanya-tanya bila nak dapat v4ks1n. Kalau ada rezeki dapat, saya pergi. Saya tunggu, tak kisah kalau belum dipanggil.
“Tapi ibu mentua menasihatkan saya untuk walk-in ke PPV. Isteri saya pun terlebih dahulu dah dapat dua dos sebab dia bekerja di farmasi,” ujarnya yang berasal dari Kulim.
Azim (kiri) bersama isteri.
Menurut bapa kepada dua anak itu, dia turut mendengar satu ceramah daripada seorang ustaz mengenai bacaan doa penenang hati apabila menerima ub4t.
“Kita ikhtiar, selebihnya berserah kepada Allah. Masa menunggu giliran di PPV kira-kira lebih sejam pun saya baca doa dan selawat.
Kita ikhtiar, selebihnya berserah kepada Allah… Alhamdulillah rasa lega bila dah dapat v4ks1nABDUL AZIM KASIM“Saya tak t4kut j4rum, tapi gem3ntar sebab pen1ng kepala sebelum ke PPV. Mungkin sebab tak cukup tidur, bangun awal sebelum Subuh untuk pergi kerja,” katanya yang berniaga santan sejak lebih setahun lalu.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah (SMATD) di Kulim itu juga melakukan tugasan sebagai imam sambilan di surau di tempat tinggalnya.
Azim merupakan peniaga santan.
Azim berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menerima d0s pertama v4ks1n dan urusan v4ksin4sinya dipermudahkan.
“Alhamdulillah rasa lega bila dah dapat v4ks1n, cuma rasa keb4s di tangan selepas tu. Terima kasih kepada petugas yang turut membantu saya di PPV.
“Sesiapa yang nak ambil v4ks1n boleh berdoa untuk ditenangkan hati… baca doa ringkas dalam hati pun boleh. Tapi kalau nak buat rakaman, kena minta izin dulu dengan petugas.
“Baca doa ini digalakkan terutama buat mereka yang rasa takut atau gementar. InsyaAllah semuanya baik-baik,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/09/sejuk-hati-tengok-pemuda-ini-betul.html