Sejarah Yang Cuba Dipadam Oleh Penjajah


SEJARAH YANG CUBA DIPADAM OLEH PENJAJAH...!!! ASAL USUL BANGSA MELAYU. 

SYEIKH ABDULLAH AL-QUMAIRI(Perbandingan antara Khalifah (Ayahda) Yang Haq dan Yang Bathil)


Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya

Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaituSyeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali.Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika.Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat.Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan.Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi.Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal.
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain

Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah

Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu 'Abu' – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou)

Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Canton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China

Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara)
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagaiAL-MALA-U bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini

'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)b) Pemimpinc) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
>>>Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi

( AHLI JAWI MELAYU - ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM –
Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya'Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia' dan 'Nurnya Meliputi Alam (Khalifah)'

Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)
Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran
Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur”yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)
Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaituSayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya,Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy

Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin
' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :
"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."
Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu

( - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)
ZAMAN KEJATUHAN
Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :
a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb

h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain
Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an
Selain itu, penjajah dipercayai telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali. Yang ada pada kita sebenarnya banyak sejarah yang telah diubahsuai dan dipinda untuk mengelirukan kita

Kini penjajah sudah mempunyai nama baru kepada kumpulan mereka iaitu 'Zionis' dan kuncu-kuncunya (tidak kira nama mereka samada Illuminati, Freemason, Priory, Opus Dei, Bilderberg, Black Nobility dsb dan dalam bentuk apa pun ianya muncul)

~~~MEREKA SANGAT TAKUT KEPADA KEWUJUDAN IMAM AL-MAHADI~~~
Mereka sebenarnya sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al
Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi

TANDA2 KINI BARAT MELABELKAN ISLAM SEBAGAI PENGGANAS (TERRORIST)
Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila penjajah melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia

Pelbagai cara kini dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam secara halus
KESINAMBUNGANSelepas era Tok Kenali, perjuangan memertabatkan "Melayu Islam" dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :
1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang
(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)
Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi "TALQIN DUA KALIMAH SYAHADAH" bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan AQIDAH umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan

WASSALAMوالله اعلم بالصواب
#Kerambitunggal#Muridselamanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iskandarx-society.blogspot.com/2019/09/sejarah-yang-cuba-dipadam-oleh-penjajah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo+%2

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 3 Bulan Maut Dipercayai Didera Oleh Ibunya Yang Meroyan

Bayi 3 Bulan Maut Dipercayai Didera Oleh Ibunya Yang Meroyan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 287 hits
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut disyaki didera ibunya di Bandar Cheneh Baru di Kemaman pagi tadi Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira kira 11 30 pagi itu bayi itu Median Sandra Mohd Saddle...
Buang Sampah Dari Kereta Akan Didenda Saman Oleh Pdrm

Buang Sampah Dari Kereta Akan Didenda Saman Oleh Pdrm

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 542 hits
Ingat Lepas Ini Kalau Buang Sampah Dari Kereta Akan Didenda Lebih Dari RM300 Oleh PDRMSemasa memandu pasti ada diantara kita yang pernah melihat manusia yang tidak mempunyai disiplin semasa membuang sampah dari tingkap kereta Bukan itu saha...
Mereka Yang Buat Dan Sebar Fitnah Bakal Disambar Api Neraka Dan Dilaknati Oleh Tuhan Nga Kor Ming

Mereka Yang Buat Dan Sebar Fitnah Bakal Disambar Api Neraka Dan Dilaknati Oleh Tuhan Nga Kor Ming

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 386 hits
Dituduh sebagai pemimpin memainkan sentimen perkauman dan memaki bangsa Melayu Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mempunyai cara sendiri untuk bertindak balas Selain membuat aduan polis Nga juga berkata orang yang memfitnahnya dengan dakwaan ...
Singapura Berterima Kasih Disebut Little Red Dot Oleh Bj Habibie

Singapura Berterima Kasih Disebut Little Red Dot Oleh Bj Habibie

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 211 hits
Wakil Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean yang sedang melakukan kunjungan kerja di Jakarta menyempatkan diri untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Habibie dan menyampaikan duka cita kepada keluarga
Kenali Federated Learning Pembelajaran Bersekutu Oleh Peranti Berlainan

Kenali Federated Learning Pembelajaran Bersekutu Oleh Peranti Berlainan

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 170 hits
Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin merupakan dua terma yang berhubung kait antara satu sama lain dalam dunia teknologi Seiring dengan era globalisasi yang semakin canggih kini teknologi teknologi semakin berkembang dan ia sedikit seba...
Kok Bimbang Dengan Tuduhan Pembakaran Terbuka Oleh Syarikat Milik Malaysia

Kok Bimbang Dengan Tuduhan Pembakaran Terbuka Oleh Syarikat Milik Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 302 hits
Kok bimbang dengan tuduhan pembakaran terbuka oleh syarikat milik Malaysia nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pad
Air Selusuh Tidak Digalakkan Oleh Doktor Ini Sebab2nya

Air Selusuh Tidak Digalakkan Oleh Doktor Ini Sebab2nya

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 555 hits
Saat menunggu kelahiran para ibu pasti akan rasa cemas dan mengharapkan segalanya dipermudahkan Betul tak Kebiasaanya air selusuh sering digunakan dalam masyarakat Melayu bagi mempercepatkan proses bersalin Namun menurut Pegawai Perubatan O...
Cawangan Pertama Santan Oleh Airasia Bakal Dibuka Di Mid Valley Tidak Lama Lagi

Cawangan Pertama Santan Oleh Airasia Bakal Dibuka Di Mid Valley Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 288 hits
Rasanya pasti ramai yang rindu dengan keenakkan makanan yang disajikan setiap kali penerbangan AirAsia Paling kami rindu pastinya kopi ais Vietnam yang hanya boleh dibeli ketika berada di atas udara Ramai sebenarnya yang rindu untuk makan j...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments