Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis


Kita semua perlu tahu asal usul bangsa Yahudi agar tidak terus tertipu dengan penyebaran berita yang cuba menimbus kebenaran dan menutup kezaliman mereka. Bagai melepaskan anjing tersepit, sedikit demi sedikit tanah Palestin di rampas dan kini rakyat Palestin berada di penjara terbesar dunia menanti ajal datang menjemput.


Dan sebut sahaja nama Yahudi, pasti kita tergambar kekejaman yang tidak terjangkau oleh akal ke atas rakyat Palestin. Sudah lupakah mereka suatu ketika dahulu merayu perlindungan di tanah Palestin akibat kekejaman Jerman?

Asal usul Yahudi

Pada mulanya, bumi Palestin diduduki oleh kabilah Arab yang berhijrah dari Semenanjung Tanah Arab ke arah utara kerana kemarau teruk.

Kabilah ini dikenali dengan nama Phoenicia kira-kira 3000 Sebelum Masihi (SM), kemudian beberapa kabilah lain seperti Kan'aan mendiami kawasan ini lalu ia dikenali sebagai bumi Kan'aan sekitar tahun 2500 SM.

Nabi Ibrahim dan pengikutnya adalah antara kabilah yang mengembara dan menetap di Kan'aan ini.

Kisah perpindahan ini dirakamkan dalam surah al-Anbiyak ayat 71 yang bermaksud, "Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami berkatinya untuk sekalian manusia."

Kelompok ini dan seluruh keturunannya dinamakan Ibrani.

Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak iaitu Ismail dan Ishak.

Ismail merupakan putera sulung hasil perkahwinan dengan Siti Hajar manakala Ishak anak hasil perkahwinan yang pertama dengan Siti Sarah.

Dari keturunan Ismail inilah lahirnya bangsa Arab yang digelar Arab Musta'ribah. Ishak dilantik untuk memimpin kaum Ibrani selepas kewafatan ayahnya.

Setelah kewafatan Ishak, tanggungjawab memimpin kaum Ibrani itu diambil oleh anaknya, Yaakub.

Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak dari empat orang isteri. Beliau digelar Israil iaitu hamba atau pejuang Allah. Keturunannya digelar Bani Israil atau anak-anak Yaakob. Keturunannya juga disebut dengan bangsa Yahudi merujuk kepada salah seorang anaknya iaitu Yahuda.

Bani Israil sebelum memasuki Palestin

Yaakub dan keturunannya mendiami bumi Kan'aan (Palestin). Oleh kerana terjadi kemarau yang panjang, mereka telah berpindah dari Palestin ke Mesir atas anjuran salah seorang anaknya yang menjadi pembesar Mesir iaitu Nabi Yusuf.

Di Mesir, mereka hidup dengan baik bersama rakyat tempatan namun, setelah berkembangnya Bani Israil, mereka tidak disukai dan dimusuhi oleh penduduk Mesir.

Ini kerana, sebahagian besar Bani Israil bersikap sombong dan berbangga dengan status mereka sebagai bangsa pilihan. Kemuncaknya, Firaun selaku raja Mesir mengeluarkan perintah agar dibunuh anak-anak lelaki Bani Israil sehinggalah lahirnya Nabi Musa.

Oleh kerana Bani Israil menanggung ujian yang berat, Nabi Musa menyelamatkan kaumnya dengan membawa mereka keluar dari Mesir menuju ke Palestin.

Setelah terselamat dan ditunjukkan pelbagai mukjizat, kaumnya tetap ingkar arahan Nabi Musa untuk masuk ke Palestin. Mereka tidak mahu berjuang sebaliknya ingin masuk dengan mudah tanpa perang.

Disebabkan itu, Allah menghukum Bani Israil dengan dibiarkan tersesat di lembah sekitar Sinai selama 40 tahun dan tempat itu digelar sebagai Lembah Tih.

Setelah wafatnya Nabi Musa sekitar 1200 SM, tanggungjawab kepimpinan diserahkan kepada Yusya' bin Nun atau disebut Joshua bagi orang Yahudi. Beratus-ratus tahun selepas itu, barulah orang Bani Israil berjaya memasuki bumi Palestin.

Bani Israil selepas memasuki Palestin

Setelah berjaya menguasai sebahagian bumi Palestin, Yusya' bin Nun telah membahagikan kawasan tersebut kepada 12 bahagian sesuai dengan 12 puak yang ada ketika itu.

Selepas itu, kepimpinan Bani Israil dipegang oleh Thalut sekitar tahun 1100 SM. Kerajaan mereka ketika itu berperang dengan Raja Jalut atau Goliath.

Dalam satu peperangan, Jalut mati dibunuh seorang tentera bawahan bernama Daud dan akhirnya diangkat menjadi raja Bani Israil yang agung.

Ketika pemerintahan Nabi Daud dan anaknya Sulaiman inilah telah dibina Haikal Sulaiman, sebuah tempat ibadat suci mereka.

Orang Yahudi mendakwa di bawah Masjidil Aqsa terdapat Haikal Sulaiman yang hilang.

Menurut sejarah, kerajaan Bani Israil di Palestin hancur setelah ditewaskan oleh tentera Babylon di bawah Raja Nebukhadnesar.

Kemuncak Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin ialah setelah mereka melakukan pemberontakan pada zaman pemerintahan Rom sekitar tahun 70 Masihi. Mereka lari bertebaran di serata dunia dan hidup sebagai komuniti kecil tanpa negara sendiri.

Yahudi Itu zionis?

Adakah Yahudi itu semuanya zionis dan sebaliknya? Zionis itu pada asalnya satu gerakan keagamaan Yahudi sebelum berubah menjadi gerakan politik.

Ia berkait dengan konsep Messiah atau penyelamat yang akan datang akhir zaman untuk menyelamatkan mereka.

Yahudi di bawah Theodor Herzl (1860-1904) telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia. Maka bermulalah Zionisme sebagai sebuah gerakan politik.

Theodor Herzl dikatakan sudah berputus asa dengan keadaan Eropah yang memusuhi bangsa Yahudi. Satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan kelahiran sebuah negara Israel.

Yahudi yang ada sekarang bukan semuanya zionis. Bahkan banyak pertubuhan dan mazhab dalam Yahudi yang tidak bersetuju dengannya.

Ia sudah berubah dari pertubuhan agama kepada gerakan politik yang bermatlamat untuk mengembalikan semangat kaum Yahudi yang tersebar ke seluruh pelosok dunia ke Palestin iaitu di bukit Zion dan sekitarnya.

MENANTI 'PENYELAMAT' PALSU

Dajjal seperti juga Yakjuj dan Makjuj, mempunyai kaitan yang rapat dengan Yahudi dan Kerajaan Israel di Palestin. Orang Yahudi mempunyai kepercayaan bahawa pada suatu hari nanti, mereka akan dipimpin untuk memasuki Baitulmuqaddis di Palestin dan mendirikan kerajaan mereka sendiri.

Siapakah yang akan memimpin mereka ketika itu? Dialah "al-Masih" seperti yang didakwa dan dipercayai oleh mereka.

PENENTANGAN AHLI KITAB YAHUDI SEBENAR

Pembentukan negara Zionis Israel sekarang ditentang oleh segolongan orang Yahudi yang berpegang teguh kepada ajaran kitab Taurat yang sebenar.

Mereka beranggapan bahawa penubuhan negara Zionis Israel sekarang menyalahi apa yang diterangkan dalam kitab Taurat. Orang Yahudi tidak sepatutnya mendirikan negara Yahudi Israel sekarang.

Mereka tidak berhak untuk memasuki Baitulmuqaddis sekarang kerana "al-Masih" belum muncul untuk memimpin mereka semua memasukinya.

Orang Yahudi yang menggelar diri mereka Kumpulan Yahudi Ortodoks serta Naturei Karta (www.nkusa.org) ini menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh Orang Yahudi di bumi Israel sekarang adalah salah.

Tangan mereka berlumuran dengan darah. Mereka banyak melakukan dosa dan melanggar segala ajaran yang terdapat dalam kitab Taurat. Oleh itu, mereka tidak berhak memasuki Baitulmuqaddis!

Hanya Orang Yahudi yang sudah bertaubat dan kembali berpegang kepada ajaran Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa, berhak memasuki kota Baitulmuqaddis dengan dipimpin oleh "al-Masih".

Orang Yahudi sememangnya menanti-nantikan kedatangan "al-Masih". Tetapi adakah "al-Masih" itu adalah Nabi Isa, sedangkan orang Yahudi juga seperti orang Kristian mempercayai bahawa Nabi Isa telah mati disalib.

Dalam kitab Talmud yang menjadi pegangan orang Yahudi moden, Nabi Isa tidak pernah mendapat tempat di hati mereka. Baginda dicemuh sebagai anak haram. Begitu juga dengan ibu-nya Maryam yang digelar oleh orang Yahudi sebagai wanita penzina.

Jadi, "al-Masih" yang dinantikan oleh orang Yahudi itu sebenarnya adalah Dajjal yang menyamar sebagai al-Masih, bertujuan untuk menyesatkan orang yang beriman dan mempercayai bahawa Nabi Isa a.s. belum wafat dan akan turun semula pada akhir zaman.

Wallahu a'lam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/10/sejarah-ringkas-yahudi-israel-dan-zionis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Terbentuknya Kopassus Pasukan Elit Tni Baret Merah Terkenal Julukan Hantu Rimba

Sejarah Terbentuknya Kopassus Pasukan Elit Tni Baret Merah Terkenal Julukan Hantu Rimba

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 108 hits
Padahal kelompok RMS sendiri memiliki kekuatan militer yang berbanding terbalik dengan pasukan TNI
Menteri Israel Pembenci Palestina Kecelakaan Mobilnya Terbalik

Menteri Israel Pembenci Palestina Kecelakaan Mobilnya Terbalik

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 120 hits
Menteri Keamanan Nasional Israel Itamar Ben Gvir mengalami kecelakaan lalu lintas Mobil menteri pembenci Palestina itu terbalik Peristiwa itu terjadi pada Jumat sore waktu setempat ketika mobil Ben Gvir menerobos lampu merah di persimpangan...
Israel Serang Tiga Rumah Di Rafah Sehingga13 Maut

Israel Serang Tiga Rumah Di Rafah Sehingga13 Maut

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 117 hits
KAHERAH Serangan udara Israel ke atas tiga rumah di bandar Rafah selatan Gaza membunuh 13 orang dan mencederakan ramai yang lain kata pegawai perubatan hari ini Media Hamas meletakkan angka kematian seramai 15 orang Menurut pegawai kesihata...
Amanah Youth Restrict Those Who Want To Promote Israel In Malaysia

Amanah Youth Restrict Those Who Want To Promote Israel In Malaysia

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 147 hits
The government should restrict those who openly promote a pro Israel campaign in Malaysia said Amanah Youth chief Hasbie Muda If the person has a different stand that is something we cannot restrict But if the person openly promotes Israel ...
10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Kertas siasatan membabitkan 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel Avitan Shalom akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara minggu ini
Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 201 hits
FMT ReportersSekretariat Solidariti Palestin desak pembabitan beberapa syarikat pada pameran di KL dibatalkan PETALING JAYA Gerakan pro Palestin mengecam kehadiran beberapa syarikat pertahanan seperti Lockheed Martin pada pameran pertahanan...
Pas Bayar Pada Facebook Fb Adalah Produk Israel

Pas Bayar Pada Facebook Fb Adalah Produk Israel

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 139 hits
Jamzuri Ardani PAS bayar pada Facebook Facebook dimiliki oleh Zuckerberg Zuckerberg terang2 sokong Israel Facebook tak diboikot KFC pulak yang kena boikot Ribuan rakyat hilang kerja
Lelah Berperang Pasukan Payung Terjun Israel Enggan Serang Rafah

Lelah Berperang Pasukan Payung Terjun Israel Enggan Serang Rafah

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 114 hits
Utusan Online nbsp TEL AVIV Seramai 30 tentera briged payung terjun Pasukan Tentera Israel mengingkari arahan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk melakukan persiapan melancarkan serangan darat di Rafah Alasan mereka tidak mahu a...
Zambry Restrictions On Pro Israel Speaker For Security Nation S Image

Zambry Restrictions On Pro Israel Speaker For Security Nation S Image

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 154 hits
The restriction imposed on visiting professors and speakers who are pro Israel must be seen from the aspects of security and country s image which may be affected and tarnished because of their statements Higher Education Minister Zambry Ab...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian