Sejarah Pengkalan Hulu Dan Raja Negeri Reman
Sejarah Pengkalan Hulu dan Raja Negeri Reman | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sejarah negeri Reman.
Saya sebenarnya ada dengar mengenai negeri Reman ini. Ia merupakan salah satu kerajaan Melayu yang gemilang dahulu. Namun kini negeri ini telah lenyap dan telah menjadi sebahagian dari negara Thailand dan juga Malaysia sekarang. Semasa melayari Facebook, saya ternampak akan artikel yang dikongsikan oleh page The Information News ini berkaitan negeri Reman ini. Jadi suka kiranya saya dapat berkongsi dengan anda semua supaya kita dapat mengenali sedikit sebanyak negeri Melayu yang telah hilang ini.
Pengkalan Hulu, Hulu Perak yang turut dikenali sebagai Hulu Patani. Kedudukannya terletak sempadan Perak dan Thailand, “Kalau tanya orang sini, rata-rata akan kata mereka orang (keturunan) Patani atau Reman,” kata Wan Shuhaimi Wan Abdullah yang dilahirkan pada 1961 di Istana Hinggap Raja Reman di Selarong. Istana Hinggap atau Rumah Selarong itu masih berdiri gagah dan menjadi tumpuan sanak saudara keturunan Raja Reman. Kenapa namanya Reman?
Sehingga kira-kira 250 tahun lalu, Patani ialah sebuah negeri merdeka yang makmur di bawah pemerintahan empat puteri Dinasti Wangsa. Perubahan besar berlaku setelah British mula bertapak di Pulau Pinang.
Pertamanya, kuasa penjajah itu mengintai bijih timah di kawasan Hulu Perak. Penjajah Belanda sampai terlebih dulu di kawasan itu lantas memeterai perjanjian dengan Perak pada 1756. Kedua, kerajaan Thai di Bangkok pula mahu menguasai wilayah Patani di selatan. Ketiga, seorang pembesar di kawasan yang meliputi Yala dan Hulu Perak, Tuan Tok Nik Tok Leh, mengisytiharkan wilayah itu merdeka sekitar tahun 1780-an.
Tuan Tok Nik yang juga dikenali sebagai Tuan Mansor menjadi Raja negeri yang diberi nama Reman. Walaupun negeri yang terkurung di darat (landloc ked), Reman mempunyai kekuatan ekonomi melalui perlombongan bijih timah. Bandar sempadan Thailand, Betong, ketika itu berada dalam negeri Reman.
Srikandi Reman
Juga, selama kira-kira 100 tahun sehingga 1902, pihak Thai telah mengamalkan tindakan pecah-perintah Patani yang dibahagikan kepada tujuh negeri termasuk Reman. Tok Nik yang terlebih dahulu mengisytiharkan ke merdekaan Reman dikekalkan sebagai Raja Reman semasa pihak Thai melantik Raja-Raja untuk enam negeri lain sekitar tahun 1810.
Tengku Kaifi ialah cicit Raja Reman terakhir iaitu Tuan Lebeh. Foto Raja berpakaian diraja Reman menghiasi dinding Rumah Selarong di Pengkalan Hulu. Apabila meninggal dunia, jenazah Tuan Lebeh tidak ditemui. Beliau menaiki takhta tahun 1899 dalam suasana geopolitik getir. Beliau serta ibunya, Raja Perempuan Che Neng meninggalkan ibu negeri Reman, Kota Baru (Yala), dan berpangkalan di Selarong.
Ketika itu sudah ada bayangan British dan Reman mahu memulakan kerjasama.
Apa pun, pihak Thai mengambil Tuan Lebeh dari Rumah Selarong untuk dibicarakan di Songkhla, yang dulunya dikenali sebagai Singgora. Tuan Lebeh dituduh mencetuskan pemberontakan. Dari Songkhla, Raja Reman dikatakan dibawa belayar ke Bangkok. Kapal itu karam. Alkisah, semasa hayat beliau, Tuan Lebeh juga dikenali sebagai Raja Muda Bangkok.
Cerita lisan pertama untuk artikel ini datang daripada ibu Tengku Kaifi, Sharif ah Azizah Syed Mohsin Alatas, yang berhijrah ke Pulau Pinang dari Medan pada tahun 1968. Beliau masih bercakap lenggok bahasa Indonesia. Bagaimana Sharifah Azizah bertemu jodoh dengan Tuan Cherik @ Tengku Hamzah, anak Tuan Man bin Tuan Lebeh? Tuan Man, anak Raja Reman terakhir, mengenali Datuk Syed Murtaza Aidid di Pulau Pinang yang menemukan keluarga dari dua wilayah yang asing ketika itu. Isteri pertama Tuan Cherit bernama Sharifah Mahani.
“Semasa saya dibawa ke Rumah Sela rong setelah berkahwin, tiba-tiba ada gajah putih muncul di laman Rumah Selarong,” kata Sharifah Azizah. Unsur gajah merupakan simbolik dalam kerajaan dan kehi dupan Reman. Buktinya, ukiran gajah pada pedang diraja dan lambang gajah pada bendera Reman.
Sempadan Reman/Perak kemudian berubah seiring geopolitik semasa. Pegawai Inggeris, W.E. Maxwell yang menca tat A Journey on Foot to the Pattani Fronti er in 1876 bagi menjejaki Dato’ Maharaja Lela setelah peristiwa pembunuhan J.W.W Birch, ada bertemu Tuan Perang di Keru nai, kira-kira 38 kilometer dari Pengkalan Hulu. Isteri Tuan Perang ialah Tok Nik Labu, adik Raja Reman.
Tok Nik Labu beberapa kali meninjau pentadbiran British di Kuala Kangsar dan dibawa melawat projek kereta api Taiping-Port Weld.
“Semacam ada kecenderungan ketika itu untuk Reman ke arah bernaung di bawah British,” Maxwell ingin bertemu Raja Reman, tapi pembesar negeri bingkas menolak hasrat itu. Emphatically,”.
Bijih Timah
Di dalam sebuah laci di Selarong, ada tersimpan dokumen lama termasuk minit-minit mesyuarat The Raja Perempuan of Rahman Mining Co. Ltd. Raja Perempuan Che Neng ialah isteri Raja Reman, Tuan Jagung. Selepas kematian Raja dan Tok Nik Labu, Raja Perempuan Che Neng mengambil alih tugas menyelia aktiviti perlombongan. Pihak Thai membasmi kesemua tujuh negeri Patani pada 1902. Raja Perempuan Che Neng terus tinggal di Selarong.
Limbong Bijih Timah Rahman Hydraulic
Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic telah beroperasi sejak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak. Syarikat perlombongan ini menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah batuan keras yang terbesar di Malaysia. Apa yang menjadikan perlombongan Rahman Hydraulic ini berbeza dari perlombongan bijih timah lain adalah ia menggunakan pam hydraulic untuk menyedut bijih timah masuk ke dalam palong.
Kini, lombong bijih timah Rahman Hydraulic masih lagi menjalankan operasi sebagai lombong terbuka. Bukti kukuh peninggalan penting ialah pedang diraja Reman serta cap mohor yang masih ada dalam simpanan keturunan Raja Reman dan tapak lombong biji timah Rahman hydraulic yang diusahakan oleh orang asing, beberapa kali pengusaha lombong cuba menukar nama dan menghapuskan bukti sejarah menukar nama Rahman Hydraulic kepada nama lain, hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja.
Bila mereka menukar nama lain perlombangan biji timah tidak ada hasilnya, malah merugikan syarikat akibat menukar nama asal Rahman. Kerana kejadian itu mereka cuba tukar kenama asal iaitu RAHMAN. Sejarah ini tidak dibukukan. Allahualam…
Hari ini Raja dan pemerintah masih lagi ditipu kerana hasil lombong biji timah itu bukan setakat bijih timah, emas pun ada, mereka cuma isytiharkan hasil lombong hanya bijih timah, hasil emas mereka merompak secara diam diam tanpa pengetahuan raja dan pentakbir negeri (kemungkinan ada silap perjanjian semasa tahun 1907 lagi). Ini adalah sumpahan Raja Reman. Kemungkinan besar ada berkait rapat dengan Mahsuri ( Hajah Maimunah).
Kerana sejarah tidak mahu lagi ditipu oleh penjajah saya dan sahabat saya, mengambil cabaran memohon kepada kerajaan kawasan lombong seluas 1500 ekar. Allahamdulilah kerajaan meluluskan permohonan kami, Insyallah kami berjanji akan agih agihkan rezeki ini kepada waris waris dan Fakir miskin, ilmuan agama. Kembalikan pada yang haq dan hak.. Ini bermakna selama kira-kira 120 tahun, raja-raja Reman berjaya memelihara keamanan, kemerdekaan dan identiti negeri kecil abad ke-19 itu. Keturunan Raja Reman pasti mahu anak cucu mereka menjadi arif sejarah. Insyallah selepas covid 19 kita akan jejaki keturunan Raja Reman.
Sumber : Asun Lam Soon, 29 Jun 2021.
Sejujurnya bila baca kembali sejarah negeri-negeri Melayu ini, saya jadi sebak. Entah apa yang boleh saya ungkapkan dengan kata-kata. Negeri kita kaya namun mungkin sikap TERLAMPAU baik kita, kita ditipu dan ditindas. Entahlah..
The post Sejarah Pengkalan Hulu dan Raja Negeri Reman appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/sejarah-pengkalan-hulu-dan-raja-negeri-reman/