Sejarah Mca Dan Dap Serta Kaitannya Dengan Kongsi Gelap



PARTI politik yang ditubuhkan oleh kaum Cina yang pertama di Tanah Melayu bukan bertujuan untuk memperjuangkan dan melindungi kebajikan dan kepentingan imigran Cina di Tanah Melayu, tetapi sebagai lanjutan kepada fahaman politik di negara asal mereka.Satu-satunya organisasi sosial bagi Cina di Tanah Melayu pada awalnya ialah pertubuhan rahsia di mana ketua kongsi gelap Cina akan menjadi ketua komuniti dan biasanya turut mengetuai kumpulan perniagaan Cina. “ke mana-mana sahaja kaum Cina pergi mereka akan membawa pertubuhan rahsia mereka bersama-sama. . . nyata sekali ini merupakan satu-satunya organisasi sosial yang diterima oleh komuniti mereka”[1].Newbold dalam bukunya mengatakan bahawa:“…di penempatan kami di Pulau Pinang pada tahun 1799, kongsi gelap sedang bersatu, undang-undang kerajaan sedia ada diingkari dan mereka hanya patuh kepada undang-undang yang dipantau dengan ketat. Menurut Major Low, superitendent polis di Province Wellesley (Seberang Prai), orang Cina di Batu Kawan berada dalam kumpulan kongsi yang sama, mereka dilengkapi dengan lembing kayu yang panjang, tombak bermata tiga (trident) dan parang bersaiz sederhana. Jika salah seorang daripada mereka terlibat atau dituduh melakukan jenayah, walaupun sekejam mana jenayah yang dilakukan mereka, pihak kongsi gelap yang dianggotai mereka akan sebulat suara membantu melepaskannya”[2].Sun Yat Sen datang ke Singapura pada 1905 untuk mengerakkan Tung Meng Hui di Tanah Melayu. Di sini beliau dibantu oleh rakan-rakannya iaitu Tan Cho Lit, Teo Eng Hock dan Lim Nee Soon yang kemudiannya berjaya menubuhkan gerakan berkenaan di Seremban, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang[3].Penubuhan Tung Meng Hui di Tanah Melayu merupakan satu langkah strategik kerana ia memberi bekalan kewangan untuk mendanai revolusi di China. Penglibatan Tung Meng Hui menjadi lebih agresif apabila mereka melakukan rompakan di sekitar Johor, Melaka dan Selangor.Sebuah dokumen yang dijumpai di Singapura menunjukkan bahawa kongsi gelap di Melaka melakukan pelbagai rompakan untuk bantuan kewangan revolusi. Bukan sahaja disokong oleh gerakan kongsi gelap, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan malahan bantuan merekrut tentera melalui sebuah syarikat yang diberi nama Chung-Hsin Rocky Mountain Company yang bertapak di Singapura [4].Tung Meng Hui seterusnya digabungkan bersama kumpulan Hung League lalu membentuk parti Koumintang. Di Tanah Melayu pada tahun 1913, tidak kurang 36 cawangan Parti Kuomintang ditubuhkan dengan negeri Perak mempunyai majoriti cawangan iaitu sebanyak 27 cawangan.KMT juga menguasai hampir 6 akhbar Cina pada ketika itu iaitu Kwong Wah Yit Poh of Penang, Yik Khuan Poh (1919-1934), San Yit Khuan Poh (1935 – 1936), Malayan Chinese Daily News of Kuala Lumpur (1937-1941), Min Kuo Jih Pao (1930-1934), dan Sin Kuo Min Press (1919-1941)[5].Kebanyakan ahli Parti Kuomintang adalah ahli perniagaan. Mereka menjadi ketua komuniti Cina dengan menjadi penaung sekolah-sekolah Cina dan menjadi ahli di dalam koperasi perniagaan Cina.Hubungan baik antara Parti Kuomintang dan British semasa penjajahan Jepun pula sedikit sebanyak telah membina reputasi perhubungan di antara mereka. Tambahan pula Tanah Melayu pada waktu itu diancam serangan subversif komunis.Pihak British menyedari bahawa mereka perlu memisahkan orang Cina dari pengaruh komunis lalu mencadangkan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) melalui Henry Gurney pada Februari 1949 [6].Ramai ahli berpengaruh Parti Kuomintang menjadi pemimpin utama di dalam MCA dan mereka memainkan peranan penting sekitar tahun 50-an.Pada masa yang sama, kegiatan Parti Kuomintang mengalami kemalapan apabila rejim pemerintahan di China beralih arah dari Parti Kuomintang kepada pemerintahan Komunis. Antara generasi awal MCA ialah Tan Cheng Lock, Lee Hau Shik, Lau Pak Kwan, Ong Keng Seng dan Wong Shee Foon. Mereka menjawat jawatan penting seperti menteri kewangan, menteri buruh dan perusahaan.Sehingga tahun 1975, segelintir ahli MCA masih kekal dengan pengaruh Parti Kuomintang apabila Chiang Kai Syek mati. Lebih 86 bekas ahli Kuomintang memaparkan iklan penuh penghormatan terakhir di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh, lantas memberi gambaran bahawa mereka masih mengekalkan budaya, ideologi dan politik yang berpandukan Parti Kuomintang yang lari ke Taiwan [7].Pada tahun 1927, perpecahan di antara Parti Kuomintang dan Parti Komunis China di China berlaku, menyebabkan perpecahan sayap kiri (yang dianggotai Komunis) Parti Kuomintang di Tanah Melayu, lalu menubuhkan South Seas Communist Party (SSCP)[8].PKM telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh orang asing. Antara pemimpin awal mereka termasuklah Tan Melaka, wakil kominten dari Indonesia, dan seorang warga Vietnam, Ho Chi Minh. PKM telah ditaja dan dilatih oleh Parti Komunis China (PKC). Kesetiaan mereka adalah kepada negara asal mereka iaitu China[9].Taktik komunis berubah apabila British mula merancang untuk menubuhkan Malayan Union. Mereka cuba untuk mewujudkan negara komunis secara berperlembagaan dengan menguasai bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.Strategi ini dikenali sebagai open front (medan terbuka) apabila mereka menyusup masuk ke dalam organisasi yang sah seperti kesatuan pekerja serta pertubuhan lain yang turut dikuasai oleh komunis seperti New Democratic Youth League, MPAJA Old Comrade dan Malayan Democratic Union (MDU). MDU misalnya ditubuhkan oleh Gerald de Cruz, yang merupakan ahli kepada PKM.Antara ahli MDU yang lain yang menyertai pergerakan komunis ialah Lim Hong Bee , CV Devan Nair. Kehadiran mereka ini penting untuk diamati kerana ia membawa kepada penubuhan People Action Party (PAP) dan Democratic Action Party (DAP).Kesetiaan kaum Cina terhadap Parti Komunis China yang amat kuat ini dibuktikan apabila mereka tidak menyahut panggilan kerajaan untuk menentang komunis kerana beralasan bahawa mereka setia kepada keluarga dan suku mereka dan bukan terhadap negara bangsa.Ini telah mengesahkan syak wasangka kaum Melayu bahawa kaum Cina tidak setia kepada Tanah Melayu[10]. Usaha kerajaan untuk menarik minat kaum Cina untuk mempertahankan negara bagi menentang komunis tidak begitu berhasil apabila hanya 200 pemuda Cina sahaja yang menyertai secara sukarela.Punca keengganan mereka menyertai pasukan keselamatan untuk menentang komunis adalah kerana mereka tidak menganggap diri mereka penduduk Tanah Melayu, atau tidak merasakan tindakan itu berbaloi untuk mewakili “kumpulan kasta bawahan” iaitu Melayu[11].Dalam isu Malayan Union, kaum Cina menunjukkan sokongan khususnya dalam aspek kewarganegaraan kerana ia memberi manfaat kepada mereka walaupun sebenarnya mengharapkan lebih banyak kelebihan diberikan [12].Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh), mereka juga turut mempersoalkan mengapa Sultan dipilih sebagai individu yang berunding dengan pihak British. Mereka menyatakan bahawa Sultan hanya mewakili sebilangan kecil kaum Melayu dan Sultan “tidak ada hak untuk mewakili kaum Cina”[13].Rujukan[1] Skinner, G. W., & Purcell, V. (1952). The Chinese in Southeast Asia. The Far Eastern Quarterly, 11(2), 268. https://doi.org/10.2307/2049398[2] Newbold, T. J. and Wilson, F. W. (1841). The Chinese secret Triad Society of the Tien-ti-huih. Journal of Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland.[3] Blythe, W. (1969). Impact of Chinese Secret Societies in Malaya: A Historical Study. Oxford University Press.[4] To, L. L. (1987). The 1911 Revolution: The Chinese in British and Dutch Southeast Asia. Heinemann Asia.[5] Ibid[6] Charles E., S. (2010). The Formative Years of Malaysian Politics. Xlibris.[7] McKenna, C. F. (1990). The Kuomintang Movement in British Malaya 1912–1949. University of Hawaii Press.[8] Cheah, B. K. (2003). Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946. NUS Press.[9] Muhammed, A. K. (2017). Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia (Edisi Bahasa Melayu – The Colour of Inequality). Bangi: Dubook Press.[10] Helen, T. (2007). From Ketuanan Melayu to Bangsa Malaysia?: a study of national integration and identity in West Malaysia.[11] Council, N. O. (1969). The May 13 Tragedy: A report. Kuala Lumpur.[12] Skinner, G. W., & Purcell, V. (1952). The Chinese in Southeast Asia. The Far Eastern Quarterly, 11(2), 268. https://doi.org/10.2307/2049398[13] Skinner, G. W., & Purcell, V. (1952). The Chinese in Southeast Asia. The Far Eastern Quarterly, 11(2), 268. https://doi.org/10.2307/2049398Oleh:Asyraf Farique & Luqman Abd Hamid
Penganalisis IRIS INSTITUTE
Sumber:ismaweb

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/sejarah-mca-dan-dap-serta-kaitannya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usah Tertipu Helah Perjuangan Dap Dari Komunis Kongsi Gelap

Usah Tertipu Helah Perjuangan Dap Dari Komunis Kongsi Gelap

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 310 hits
23 Safar 1440H Khamis Tidak kisahlah pakai baju komunis atau pun tidak tapi memang asal perjuangan parti DAP adalah komunis dan kongsi gelap kata Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma Muslim Abdullah Zaik Beliau berkata demikian merujuk ke...
Kumpulan Kongsi Gelap Melayu

Kumpulan Kongsi Gelap Melayu

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 657 hits
Penglibatan dalam kongsi gelap melibatkan semua bangsa Ramai yang menganggap bahawa kongsi gelap atau pertubuhan rahsia di kalangan orang Melayu hanya bermula apabila orang orang Melayu menyertai kongsi gelap Cina yang sedia ada selepas Mer...
Wawasan Nusantara Pengertian Fungsi Dan Tujuan Serta Contoh Wawasan Nusantara

Wawasan Nusantara Pengertian Fungsi Dan Tujuan Serta Contoh Wawasan Nusantara

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 304 hits
Wawasan NusantaraWawasan nusantara merupakan cara pandang terhadap bangsa Indonesia dengan orientasi menjaga kesatuan dan persatuan untuk mencapai tujuan nasional Pengertian mengenai wawasan nusantara sebenarnya ada beberapa versi Postingan...
Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 511 hits
Anak kecil memang selalu bermasalah untuk mengambil sayur sayuran dalam hidangan makanan harian Ketika masih bayi lazimnya semuanya dimakan tanpa banyak karenah Kebiasaannya masalah timbul apabila si kecil ini mula diberi makan makanan sepe...
Perintah Menutup Aurat Serta Batasannya Bagi Umat Muslim Dalam Pandangan Islam

Perintah Menutup Aurat Serta Batasannya Bagi Umat Muslim Dalam Pandangan Islam

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 331 hits
Perintah Menutup Aurat serta Batasannya bagi Umat Muslim dalam Pandangan Islam Berbicara mengenai batasan aurat sejenak melintas di pikiran kita adalah sosok seorang wanita Karena urusan aurat ini paling rentan di hadapi oleh wanita namun b...
Suka Simpan Tomato Dalam Peti Ais Ubah Tabiat Ini Serta Merta

Suka Simpan Tomato Dalam Peti Ais Ubah Tabiat Ini Serta Merta

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 379 hits
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk menyimpan buah buahan dan sayur sayuran sama ada yang baru dibeli ataupun lebihan yang dipotong untuk memasak di dalam peti sejuk dengan harapan ianya akan kembali segar Namun begitu anda harus ketahu...
Ketuanan Bangsa Merugikan Negara Serta Tidak Produktif Rafidah Aziz

Ketuanan Bangsa Merugikan Negara Serta Tidak Produktif Rafidah Aziz

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 258 hits
Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan ketuanan bangsa yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini Ketuanan katanya mestilah selalu menjadi mil...
Fransiskus Dan Istri Serta Dua Anaknya Ditemukan Tewas Tertembak Di Rumahnya

Fransiskus Dan Istri Serta Dua Anaknya Ditemukan Tewas Tertembak Di Rumahnya

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 268 hits
Saat ini petugas dari Polresta Palembang dan Polda Sumsel tengah melakukan olah TKP Dikabarkan penyidik menemukan empat revolver beserta empat selongsong peluru di rumah korban Seluruh jasad korban dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara untuk ke...
Cungkil Minat Dan Bakat Anak Sejak Kecil Mama Papa Kena Turut Serta Ya

Cungkil Minat Dan Bakat Anak Sejak Kecil Mama Papa Kena Turut Serta Ya

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 467 hits
Setiap bulan atau minggu kita belikan mainan anak bukan saja saja Begitu juga bila kita hasilkan beberapa mainan DIY buat anak Selain menguji minda dan motor otak mereka benda benda yang dimiliki anak mendorong untuk otak lebih berfikir Aka...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids