Kumpulan Kongsi Gelap Melayu


Penglibatan dalam kongsi gelap melibatkan semua bangsa. Ramai yang menganggap bahawa kongsi gelap atau pertubuhan rahsia di kalangan orang Melayu hanya bermula apabila orang-orang Melayu menyertai kongsi gelap Cina yang sedia ada selepas Merdeka.

Namun begitu ada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu telah mempunyai pertubuhan rahsia sendiri sejak dari tahun 1850-an. Penglibatan orang-orang Melayu di dalam pertubuhan rahsia telah dicatatkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang (1851-1856) J.D. Vaughn.

Melalui risikan beliau, ia menunjukkan bahawa kebanyakkan daripada ahli-ahli pertubuhan rahsia ini adalah mereka yang berpengaruh di dalam komuniti kampung orang-orang Melayu. Ini termasuk imam-imam masjid, guru-guru agama, pekerja kerajaan dan juga ketua-ketua kampung.

Pertubuhan Rahsia Melayu amat berkait rapat dengan pertubuhan rahsia orang Cina pada satu ketika di mana mereka akan menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi bersama-sama.

Ini menunjukkan bahawa kekuatan orang Melayu pada ketika itu tidak dipandang enteng oleh ketua-ketua kongsi Cina kerana mereka begitu berminat untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia Melayu.

Terdapat teori yang mengatakan pertubuhan kongsi gelap Melayu adalah berasal dari kongsi gelap Cina, namun teori ini tidak dapat dipastikan dengan jelas.

Namun sekalipun ianya berasal dari kongsi Cina, kuasa yang dipegang oleh orang Melayu pada ketika itu sememangnya digeruni oleh semua.

Pada era 1850-an hanya dua pertubuhan rahsia Melayu yang dikenali dan amat popular di kalangan penguatkuasa British iaitu Kumpulan Bendera Merah dan Kumpulan Bendera Putih. Kedua-dua kumpulan ini menjadikan masjid dan surau sebagai tempat perjumpaan dan perbincangan mereka.

Perkara ini amat ditakuti oleh Kerajaan British kerana ianya bakal menguatkan lagi orang Melayu untuk menentang mereka. Walhal pada dasarnya pertubuhan rahsia Melayu ini adalah berteraskan dari sudut ekonomi dan survival orang Melayu di Pulau Pinang.

Pertubuhan rahsia orang Melayu bukan sahaja ada di Pulau Pinang, malah terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar yang wujud di negeri-negeri seperti Kedah, Johor, Pahang, Perak dan Melaka.

Namun begitu kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan ini adalah berasaskan sekolah-sekolah persilatan. Silat merupakan medium utama penyatuan bangsa Melayu pada ketika itu kerana ianya diperlukan untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

Di sinilah berkembangnya semangat perpaduan di kalangan orang Melayu kerana pada ketika itu penguatkuasaan undang-undang yang diperolehi dari penjajah British adalah tidak memadai dan selalunya berat sebelah.

Setelah beratus tahun pertubuhan rahsia Melayu ditubuhkan, kita tidak tahu samada ianya masih lagi wujud hingga kini atau tidak. Ini kerana apa yang kita dapat lihat sekarang adalah pertubuhan baru yang tidak dapat dipastikan keasliannya. Mungkin ianya ada kaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dahulu atau mungkin juga tidak.

Sejak dari tahun 1957 apa yang kita sering dengar adalah ramai anak-anak Melayu yang bertuankan kongsi-kongsi Cina pula. Perkara ini amat memalukan kerana anak-anak Melayu yang menyertai kongsi gelap Cina dianggap tidak lebih dari "kuli" atau "khadam" yang menjalankan tugas-tugas kotor untuk "boss" mereka.

Selebihnya adalah kumpulan-kumpulan Melayu yang berlagak seperti samseng walhal mereka tidak langsung mempunyai apa-apa kekuatan dari sudut ekonomi mahupun kekuatan anggota sepertimana yang pernah dikecapi oleh kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih pada tahun 1850-an dahulu.

Apa yang pasti, dengan tekanan yang diterima oleh orang Melayu Semenanjung pada ketika ini, tidak mustahil kumpulan-kumpulan seperti Bendera Merah atau Putih ini akan muncul semula. Orang Melayu semakin hari semakin ditindas oleh bangsa lain.

Keupayaan untuk berniaga pun dihadkan oleh sesetengah penguasa negeri. Mungkin sudah tiba masanya untuk orang Melayu bangkit dan menghadapi masalah ini dengan berani. Apa yang penting ialah maruah dan kesinambungan legasi orang Melayu wajib dipertahankan, walau dengan apa jua keadaan sekalipun.

Sumber: Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an. Oleh: Mahani Musa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/hbk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disangka Non Muslim Kerana Tidak Bertudung Gadis Melayu Ini Kongsi Pengalaman Memalukan Di Restoran

Disangka Non Muslim Kerana Tidak Bertudung Gadis Melayu Ini Kongsi Pengalaman Memalukan Di Restoran

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 627 hits
Berikutan tularnya Tweet seorang wanita yang berkongsi pengalamannya menanggalkan tudung malah mempengaruhi wanita lain untuk tidak bertudung ramai yang mula memberi respon balas kepada Tweet wanita tersebut di Twitter Rata ratanya warga Tw...
3 Faktor Pengundi Melayu Ph Akan Beralih Arah Pada Pru 15

3 Faktor Pengundi Melayu Ph Akan Beralih Arah Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 543 hits
Whatever kalau kamu nak panggil ia apa Races Politik perkauman hatta extremis sekalipun Untuk seluruh ahli dan penyokong DAP semalam aku dah tulis satu artikel tak puas hati aku dengan statement beberapa ahli parlimen DAP yang menyentuh ten...
Buruh Import Berketurunan Jawa Ke Tanah Melayu

Buruh Import Berketurunan Jawa Ke Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1119 hits
Selain dari mengimport tenaga buruh dari negara India dan China syarikat syarikat milik kapitalis Inggeris yang banyak membuka ladang getah dan lombong bijih timah di Malaya sejak awal abad ke 19 turut mengambil buruh dari kepulauan Jawa Ga...
Berkibarnya Bendera Rakyat Golongan Kiri Di Tanah Melayu

Berkibarnya Bendera Rakyat Golongan Kiri Di Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 938 hits
10 Disember 1947Bendera kebangsaan yang pertama dalam sejarah Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya termasuk di Singapura Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947 hampir semua bandar bandar dan pekan ...
1934 Tahun Bermulanya Perjuangan Persuratan Melayu Pak Sako

1934 Tahun Bermulanya Perjuangan Persuratan Melayu Pak Sako

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 805 hits
Foto Ishak Haji Muhammad pada tahun 1934 ketika beliau berusia 25 tahun Pada tahun itu beliau telah meletak jawatan daripada tugas Third Class Magistrate di bawah Malayan Civil Service Kerajaan Penjajah British dan telah keluar mengembara k...
Zionis Anwar Anwar Zionis Zionis Melayu Melayu Zionis

Zionis Anwar Anwar Zionis Zionis Melayu Melayu Zionis

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 538 hits
Dalam dunia ni semua bercakap soal kejahatan zionis malah ada laman web yang bongkar pelbagai rancangan jahat zionis Tapi apa yang mampu dibuat untuk melawan hanyalah berdoa dan berterusan menggunakan barangan buatan zionis kerana zionis te...
Zahid Hamidi Memalukan Melayu Perlu Dipecat Sebagai Presiden Umno

Zahid Hamidi Memalukan Melayu Perlu Dipecat Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 1037 hits
TOPIK perbualan paling popular di kalangan pemimpin Umno ialah perlukah Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden Umno berikutan dakwaan rasuah dan pecah amanah melibat RM114 juta Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan...
Sosmed Huru Hara Bila Kaum Tamil Klaim Sejarah Melayu Melaka Kepunyaan Mereka

Sosmed Huru Hara Bila Kaum Tamil Klaim Sejarah Melayu Melaka Kepunyaan Mereka

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 1144 hits
Sejak beberapa hari lepas perkataan seperti Chola Tamadun Melayu dan Parameswara menjadi heboh diperkatakan sana sini di sosial media terutamanya oleh pencinta pencinta sejarah tanahair Parameswara bukannya orang India Klaim jangan tak klai...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang