Sejarah Malaysia Vatican Jalin Hubungan Rasmi Melalui Najib Razak



ROME VATICAN CITY: NAJIB Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor bertemu Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom, semalam. Turut serta Dr. Koh Tsu Koon (tiga kiri), Jamil Khir Baharom (tiga kanan), Bernard Dompok (empat kanan), Profesor Dr. Abdul Shukor Husin (dua kiri) dan Murphy Nicholas Xavier Pakiam (kiri). ‘
Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.
Pengumuman itu dibuat ekoran pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar ini hari ini.
Menyatakan dunia “berada di persimpangan”, Najib berkata, Malaysia mahu berkongsi pengalamannya dengan dunia, dan sebab itu kenapa Malaysia komited untuk menjalin hubungan dengan negara yang sealiran dalam menggalakkan dunia yang aman dan harmoni.
Gambar PM Najib bersama POPE Vatican City. Hubungan Najib dan Pope Benedict beruntung jika boleh membantu Palestine. MR
“Inilah sebab utama kenapa Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican lapor Bernama News Malaysia.
Dunia berada di persimpangan, kuasa-kuasa tidak rasional dan perbalahan mengancam kestabilan yang sekian lama kita nikmati dan perjuangkan dan pertahankan selama ini, dan kemakmuran,” kata Najib dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu.
Beliau berkata, Malaysia dan Vatican komited untuk mengatasi kuasa-kuasa negatif yang menggunakan agama untuk mewajarkan tindakan keganasan, dengan menggunakan kuasa alasan dan kesederhanaan.
Katanya, Vatican mengiktiraf komitmen Malaysia untuk menggalakkan kesederhanaan sebagai doktrin global.
“Usaha kita dalam menguruskan kepelbagaian kita di sebalik pelbagai halangan dan cabaran adalah peringatan penting bahawa masyarakat berbeza boleh berjaya.
“Bagaimanapun, kita mesti sentiasa berjaga-jaga dan menghadapi kuasa jahat yang mengancam untuk menganggu-gugat keharmonian. Kita juga perlu lebih bersedia untuk menerima pakai pendekatan inklusif dalam pentadbiran dan tadbir urus, dan memastikan matahari di Malaysia menyinari semua rakyat Malaysia,” katanya.
Jalinan hubungan Malaysia-Vatican adalah sebagai menyusuli jejak negara majoriti penduduk Islam lain seperti Indonesia, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Jordan, Turki, Mesir, Libya, Liga Arab dan majoriti anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Najib yang membawa rombongan mengandungi pemimpin pelbagai agama dalam pertemuannya dengan Pope, mengetengahkan konsepnya bagi Pergerakan Sederhana Global untuk menangani ekstremisme dalam semua bentuk, gesaan yang julung kali dibuatnya semasa menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2010 di New York.
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan menganut pelbagai agama, Perdana Menteri berkata, Malaysia berpegang pada nilai-nilai kesederhanaan bagi memastikan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran berterusan.
Najib juga menyatakan mengenai kemungkinan menjalin hubungan lebih erat dengan Majlis Pontifical untuk Dialog Antara Agama yang diketuai Cardinal Jean-Louis Tauran dan Institut Pontifical untuk Pengajian Arab dan Islam.
Beliau berkata, Institut Kajian Kefahaman dan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Pengajian Islam dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menerajui inisiatif itu dari Malaysia.
Delegasi Najib terdiri daripada dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.
Mereka turut disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.
Dalam lawatannya itu, Perdana Menteri juga diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Ia merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope, selepas pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.
Vatican, sebagai badan tertinggi kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik adalah entiti juridikal di bawah undang-undang antarabangsa.
Sebagai “kerajaan pusat” Gereja Katolik, Vatican mempunyai status undang-undang yang membolehkannya memeterai perjanjian sebagai juridikal yang sama taraf dengan sebuah negara dan untuk menghantar dan menerima wakil diplomatik.
Vatican menjalin hubungan diplomatik dengan lebih 170 negara termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Islam.
Diwujudkan pada 1929, Vatican adalah kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.
Vatican mempunyai pejabat pos, bank, pasukan tentera, landasan helikopter, loji penjanaan elektrik dan mengeluarkan duit syiling dan setem serta mempunyai domain Internet sendiri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/21737/sejarah-malaysia-vatican-jalin-hubungan-rasmi-melalui-najib-razak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Korea Selatan Bincang Kerjasama Perkukuh Hubungan Bilateral

Malaysia Korea Selatan Bincang Kerjasama Perkukuh Hubungan Bilateral

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 182 hits
DIPLOMAT tertinggi Malaysia dan Korea Selatan menyatakan akan bekerjasama untuk mengukuhkan lagi nbsp hubungan rapat antara kedua dua negara Kementerian Luar Negeri memaklumkan Menteri Luar Zambry Abd Kadir dan rakan sejawatannya dari Korea...
Selepas 8 Tahun Ini Keputusan Mahkamah Terhadap Lelaki Yang Buat Kenyataan Jelik Terhadap Najib Razak

Selepas 8 Tahun Ini Keputusan Mahkamah Terhadap Lelaki Yang Buat Kenyataan Jelik Terhadap Najib Razak

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 165 hits
Seorang peniaga dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan membuat serta menghantar komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor lapan tahun lalu Hakim N...
4 Hidden Gem Recommendation To Visit In Malaysia

4 Hidden Gem Recommendation To Visit In Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 229 hits
4 Hidden Gem Recommendation To Visit in MalaysiaAs a Malaysian you might get bored with famous attractions that usually become the destinations of most people who are first comer to Malaysia Not to mention some of them might include such as...
Whoscall Appointed As The Strategic Partner For Royal Police Malaysia To Fight Fraud And Scams

Whoscall Appointed As The Strategic Partner For Royal Police Malaysia To Fight Fraud And Scams

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 274 hits
Malaysians can get the most updated scam phone numbers from Whoscall s proprietary database with over 1 6 billion phone number entries in real time globally Be Smart Stay Alert by downloading the Whoscall application now for FREEWhoscall po...
Usai Bertemu Anwar Ibrahim Jokowi Sambut Baik Minat Investor Malaysia Di Ikn

Usai Bertemu Anwar Ibrahim Jokowi Sambut Baik Minat Investor Malaysia Di Ikn

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 207 hits
Tak hanya itu Jokowi juga mengapresiasi dukungan Malaysia terhadap perjanjian Flight Information Region Dengan begitu proses selanjutnya mengenai implementasi FIR dapat dilakukan
Maksud Di Sebalik Penggunaan Istilah Bin Binti Bte Pada Nama Orang Di Malaysia

Maksud Di Sebalik Penggunaan Istilah Bin Binti Bte Pada Nama Orang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 220 hits
Sejak lahir lagi masyarakat Islam di Malaysia telah kenal sinonim dengan bin binti atau bte pada namanya di kad pengenalan Tetapi ramai yang masih samar samar bila ditanya apa maksud bin binti dan bte tersebut Masih ramai diantara kita yang...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention