Maksud Di Sebalik Penggunaan Istilah Bin Binti Bte Pada Nama Orang Di Malaysia


Sejak lahir lagi, masyarakat Islam di Malaysia telah kenal sinonim dengan bin binti atau bte pada namanya di kad pengenalan. Tetapi ramai yang masih samar samar bila ditanya apa maksud bin binti dan bte tersebut.


Masih ramai diantara kita yang tidak memahami maksud sebenar Bin, Binti dan Bte, samada dalam istilah barat mahupun dalam Islam

Mari kita rungkai rahsia sebenar disebalik penggunaan istilah-istilah ini.

Sistem Barat

Bin

Bin adalah B=Belong I=In N=Name, merujuk kepada nama keturunan keluarga.

Binti

Binti pula adalah B=Belong I=In N=Name T=To dan I=Initial, ini kerana bagi wanita, mereka sekali sahaja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selepas itu anak-anak mereka akan menggunakan nama keluarga suami.

Bte

Bte pula adalah singkatan untuk B=Belong T=To E=Eve, kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita adalah keturunan Eve@Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama iaitu Adam.

Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan Binti.

Penggunaannya Dalam Islam

Di dalam bahasa Melayu dan Arab, Bin merupakan satu istilah yang bererti “anak lelaki kepada” manakala Binti pula mewakili “anak perempuan kepada”.

Ia berasal dari perkataan Arab iaitu “ibn” (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau “binte” (بنت) bagi anak perempuan.

Sebagai contoh, Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki kepada Mohamad.

Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapa berbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galur ibu seperti Isa bin Mariam.

Penggunaan perkataan “bin” atau “ibn” dalam bahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat.

“Ibn” adalah tranliterasi daripada alef-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alef ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai “bin” (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.

Bin dalam Islam adalah menurut perintah Allah dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-

“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai “maula-maula” kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab, Ayat 5.

Penggunaan sistem patronimik membenarkan susur galur seseorang di susur selagi ada, sebagai contoh Ibn Khaldun memberikan nama penuhnya sebagai Abd ar-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Jabir ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Abd ar-Rahman ibn Khaldun.

Di Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara menggunakan sistem penamaan tanpa “bin” bagi pendaftaran anak angkat.

Contoh Ali Murad bererti Ali merupakan anak angkat kepada Murad. (Ali bin Murad menunjukkan anak sebenar).

Tindakan ini bagi menangani lapo ran akhbar pada 12 Julai 2008, yang telah mela porkan bahawa tindakan ini bersalahan dengan hu kum syarak dan perlu menggunakan bin/binti Abdullah.

Patronimik masih digunakan di kebanyakan dunia Arab khususnya Arab Saudi. Bagaimanapun, kebanyakan Dunia Arab telah beralih kepada sistem nama keluarga. Sebagaimana nama Inggeris, nama keluarga masih berasaskan nama yang dahulunya patronimik.

Di Iraq, nama penuh dihasilkan dengan mencantumkan nama orang perseorangan dengan nama bapa (kadangkala nama bapa ditinggalkan, sebaliknya nama datuk digunakan atau kedua-dua nama bapa dan datuk digunakan) bersama-sama dengan nama bandar, desa, atau suku kaum.

Sebagai contoh, Hayder Muhammed al-Tikriti adalah anak Muhammed yang bernama Hayder dan berasal dari bandar Tikrit.

Dari segi ejaan, perkataan bin/binti dieja dalam huruf kecil, sementara nama sebenar dieja sebagai huruf besar.

Ini kerana dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun.

Wallahualam …

ISU BIN BINTI DAN BTE TERKINI.

Baru-baru, kami amat tertarik dengan sebuah pertubuhan Islam yang telah mendedahkan terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang. Betulkah sampai begitu sekali?

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.

Dan ini antara sebab-sebab yang lebih terperinci kenapa Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman risau sangat dengan isu ini…..

Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat. Kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini. – Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama. Penghapusan Bin Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan. – menurut perlembagaan, Melayu dan islam diberi keistimewaan, even Prof Aziz Bari pun kata Malaysia bukanlah negara sekular.

Kami pun tak pasti apa yang bukti yang menyebabkan Presiden ISMA tiba-tiba sahaja mengeluarkan isu ini. Samada betul atau tidak, hanya beliau sahaja yang tahu. Cuma pada pandangan kami tiada isu apa pun sebenarnya benda ini. Sebabnya tiada paksaan pun untuk mana-mana rakyat Malaysia meletakkan bin ataupun binti pada kad pengenalan.

Letak bin binti “belum tentu Islam”, tetapi orang Islam yang mengamalkan ajaranNya itu lebih dipandang mulia di sisiNya”

Dalam Islam tak wajib untuk seseorang itu meletakkan bin atau binti pada kad pengenalan. Satu lagi, kami agak tak bersetuju dengan “hukuman yang diberikan kepada anak luar nikah”. Kalau ikut pemahaman Presiden ISMA ini; anak luar nikah tak boleh didaftarkan IC? Tak boleh dianggap warganegara?

Dahla…..anak luar nikah ini berpunca daripada kegiatan daripada pasangan tidak ada moral. Kemudian apabila mereka lahir, kita hukum mereka lagi dengan dasar yang seperti ini. Kesian mereka. Mereka pun tidak mahu rasanya dilahirkan sebegini rupa. Anak-anak ini tidak bersalah, mereka tidak sepatutnya dihukum sebegini rupa.

Jikalau disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Ini terbukti apabila terdapat penggunaan bin dan binti dalam masyarakat Kadazan, Dusun yang bukan beragama Islam. Malah di negara Arab juga, penggunaan bin dan binti tidak tertakluk kepada individu yang beragama Islam. Oleh hal yang demikian itu, isu agama tidak wujud dalam hal ini.

Ini semua terpulang kepada rakyat Malaysia, kalau nak guna, dipersilakan. Kalau tidak mahu, tiada paksaan pun sebenarnya. Isu ini bagi kami tiada kena mengena dengan Islam tetapi lebih kepada soal pengurusan dan pentadbiran sahaja. Mengapalah benda khilaf tiada dalam hukum agama menjadi keutamaan dalam pertubuhan ini.

Macam apa yang kami sebelum ini, tak perlu nak beria-ria nak tekankan juga perlunya wujud Bin Binti tu..sedangkan dalam Islam pun, tak perlu. Lainlah kalau memang ianya undang undang negara termaktub dalam perlembagaan negara. Ia lebih kepada HAK INDIVIDU..sebab nama ialah hak masing masing. Kalau nak letak Bin/Binti, letak…..kalau tidak mahu letak, terpulang. Senang kan begitu?

Sumber : ohgebang 
Jangan Lupa Like, Share & Komen

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://selongkar10.blogspot.com/2023/01/maksud-di-sebalik-penggunaan-istilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Pelaburan Skim Cepat Kaya Menggunakan Logo Dan Nama Bursa Malaysia

Waspada Pelaburan Skim Cepat Kaya Menggunakan Logo Dan Nama Bursa Malaysia

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 199 hits
Menurut kenyataan media Bursa Malaysia Bursa Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati hati dengan skim cepat kaya Scammer sering menyalahgunakan logo Bursa Malaysia dan juga imej perancang kewangan berlesen untuk m
Malaysia Kutuk Sekeras Kerasnya Tindakan Israel Ceroboh Masjid Al Aqsa

Malaysia Kutuk Sekeras Kerasnya Tindakan Israel Ceroboh Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 121 hits
MALAYSIA mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu semalam Pencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben Gvir dan tentera rejim Israel adalah provokasi d...
Permohonan Protege Rtw Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2023

Permohonan Protege Rtw Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 392 hits
Permohonan bagi program Protege RTW oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia kini telah pun dibuka bagi tahun 2023 Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 6 Januari 2023 Terdapat 40 kekosongan pelb...
Desorden Kumpulan Hacker Yang Berdendam Dengan Media Malaysia

Desorden Kumpulan Hacker Yang Berdendam Dengan Media Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 217 hits
Di BreachForum ketika ini ada sekumpulan hacker yang menggelar diri mereka sebagai DESORDEN ID DESORDEN juga sudah berstatus GOD di BreachForum menunjukkan kumpulan ini sangat aktif menyerang dan membocorkan data data berprofil tinggi Jika ...
Laksa Indonesia Lebih Popular Daripada Laksa Malaysia

Laksa Indonesia Lebih Popular Daripada Laksa Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 242 hits
Bila sebut Malaysia ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan Malah Malaysia juga disebut syurga makanan Sebut sahajalah apa apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media ...
Malaysia Condemns Israel S Incursion Into The Al Aqsa Mosque

Malaysia Condemns Israel S Incursion Into The Al Aqsa Mosque

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 157 hits
Israeli police secure the Al Aqsa Mosque compound known to Muslims as the Noble Sanctuary and to Jews as the Temple Mount in the Old City of Jerusalem Tuesday Itamar Ben Gvir an ultranationalist Israeli Cabinet minister visited the flashpoi...
5 Tourist Attractions In Malaysia Represent Countries Around The World

5 Tourist Attractions In Malaysia Represent Countries Around The World

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 304 hits
Everyone definitely wants to visit several countries in the world But if you want to do the trip it takes a lot of money But don t worry there are other alternatives You can go around the world only from Malaysia This country with a monarch...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco