Sejarah Kewujudan Duit Sebagai Alat Pertukaran Nilai
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aku banyak membaca dan belajar mengenai teknologi rantaian blok (baca: blockchain) dan juga cryptocurrency atau duit digital.
Ianya ada satu perkembangan dan revolusi dalam pengurusan data. Andai kita mengambil keputusan untuk tidak belajar, tidak mengapa. Kita mungkin hanya akan dipaksa untuk tahu atau gunakan suatu ketika nanti.
Pada tahun 2004, aku mengambil keputusan untuk belajar mengaturcara laman sesawang sebab ketika itu, masih tidak ramai yang ingin atau mampu membina laman sesawang.
Dipercepatkan masa, 10 tahun kemudian, sesiapa sahaja boleh mempunyai laman sesawang, dan ianya memberikan impak yang positif. Langkah untuk belajar ketika itu adalah langkah tepat yang telah diambil.
Duit hanya sebagai alat pertukaran nilai
Duit kertas yang kita gunakan ini sebenarnya hanyalah sebagai alat atau medium pertukaran nilai yang memudahkan. Suatu ketika dahulu, kita bermula dengan sistem barter apabila pertukaran barang dilakukan atas persetujuan bersama.
Kemudian ianya berubah kepada beberapa evolusi kewangan yang menyebabkan kita menggunakan duit kertas pada ketika ini. Namun dengan kemunculan cryptocurrency atau wang digital, kita sedang dalam proses perubahan yang seterusnya walaupun masih ramai yang tidak mahu ambil cakna.
Aku ada menonton satu video evolusi dan sejarah kewangan yang cukup mudah untuk difahami, andai anda ingin menambah pengetahuan mengenai perubahan era kewangan dan dunia ini, jemput untuk tontong video di bawah.
Sejarah kewujudan duit bahagian 1
Sejarah kewujudan duit bahagian 2
Sejarah kewujudan duit bahagian 3
Sejarah kewujudan duit bahagian 4
Sejarah kewujudan duit bahagian 5
Sejarah kewujudan duit bahagian 6
Selepas anda menonton 6 bahagian video ini, anda akan memahami bagaimana daripada awal pertukaran barter dibuat sehinggalah duit kertas yang kita gunakan sekarang ini wujud.
Ianya memberikan kita pemahaman yang mendalam proses bagaimana ekonomi dunia itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman.
Seterusnya mari kita menonton video ini untuk memahami kesinambungan daripada sejarah kewujudan duit kertas yang telah kita pelajari dalam video sebelum ini.
Perkembangan duit kertas dan cryptocurrency
Apabila kita cuba memahami proses bagaimana evolusi kewangan ini telah berkembang daripada pelbagai cara pertukaran, tidak mustahil duit digital akan boleh mengambil alih sistem duit fiat yang sedang kita gunakan sekarang.
Ianya memang sukar untuk kita terima secara membuta tuli, namun ambillah masa untuk belajar perkara disebaliknya. Ada perkara baik yang akan kita nikmati disebalik teknologi rantaian blok yang digunakan untuk menguruskan duit digital ini.
Andai duit kertas itu hanyalah nilai yang dipersetujui, ianya boleh juga berlaku dalam dunia duit digital. Walaupun kita nampak perubahan nilai yang ketara dalam nilai Bitcoin dan lain-lain cryptocurrency seperti FOIN, Ethereum, Ripple dan sebagainya.
Semua ini hanyalah sebahagian daripada proses sesuatu evolusi itu akan berlaku. Perlu kita ingat, duit kertas yang kita gunakan sekarang ini hanya wujud beberapa puluh tahun kebelakangan ini sahaja. Ianya bukanlah duit yang telah digunakan sejak beribu tahun dahulu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/sejarah-kewujudan-duit-sebagai-alat-pertukaran-nilai/