Kejam Penjual Supplement Hanya Melihat Pesakit Sebagai Lubuk Duit Ustaz Abdullah Bukhari


KEJAM! PENJUAL SUPPLEMENT HANYA MELIHAT PESAKIT SEBAGAI LUBUK DUIT - USTAZ ABDULLAH BUKHARI. Dah 3 minggu rancangan diskusi Analisis TV Alhijrah mendapat sambutan hangat & viral di media sosial kerana membawa topik yang memang hangat menjadi pendepatan di sosial media. Semalam (Jumaat 1 March) membincangkan topik Manipulasi supplement


Tengok juga semalam selepas menonton bicara pengguna TV1 yang membincangkan topik Vaksin & difteria. Semua topik memang tengah hangat kat social media harus la tengok kalau ada kesempatan kan? Mengutip secebis ilmu yang di kongsikan oleh pakar bertauliah bukan pakar jadian yang guna gelaran freelance bagai tu. Yang nak terima atau menolak vaksin memang pilihan masing masing tapi make sure jika ada penyakit yang boleh di cegah dengan vaksin hinggap pada hangpa & anak anak hangpa yang tak vaksin tu jangan sampai menjangkiti orang & anak orang lain yer..

Berbalik kepada isu yang di bincangkan secara live di pentas Analisis semalam.. Saya share serba sedikit info info penting. Produk Supplement ni bukan ubat yer.. Ia cuma produk makanan tambahan sebab tu kalau selalu ikuti Dr Pakar Buah Pinggan Dr Rafidah kat social media dia tak suggest ambil supplement. Dia lebih prefer mengambil makanan sihat & diet seimbang sebab benda benda tu boleh dapat dari sumber makanan yang kita makan. Terutama orang yang sihat.. Memang tak perlu mengambil apa apa supplement.

Point yang paling best adalah dari Ustaz Abdulllah Bukhari yang menyifatkan segelintir penjual supplement/ubat tradisonal/jus sunah punah ranah bagai ni yang melihat seorang pesakit sebagai lubuk duit bagi mereka. Yer.. saya akui benda tu memang berlaku. Sebab orang yang sakit memang harap dapat sembuh tapi tu la bukan semua orang ada knowledge pasal perubatan, produk & sebagainya. Kena pulak jenis penjual produk yang pandai bercakap.. pandai manipulasikan fakta kesihatan.. Lagi la mudah nak memperdaya golongan yang sakit ni.

Kejam bunyinya tapi itulah realiti yang banyak berlaku. Masing masing kejar nak kaut untung dari penjualan produk tu.. Maka ada sesetengah yang tak beretika sanggup membuat tuntutan yang overclaim & menyalahi peraturan yang KKM tetapkan sehingga merisikokan golongan yang sakit. Paling bahaya mereka yang ada penyakit kronik seperti buah pinggang ni.

tak cukup manipulasi fakta perubatan & kesihatan untuk menyakinkan pembeli dengan produk depa.. Ada satu golongan paling tak guna menggunakan agama aau kita biasa gelar penunggang agama. Jual produk konon dah di rukyah bagai.. di bacakan yassin bla.. bla.. Harga jangan tanya. Tel Aviv punya harga.

Satu lagi yang jenis produk claim menurunkan berat badan.. Kena hati hati. Ni copy dari page PW Community yer..  Weight loss product kebanyakannya mengandungi synephrine yang boleh memberi komplikasi kepada cadiovascular system. Synephrine telah diharamkan di beberapa negara. Selebihnya baca kat bawah point yang di tulis semula oleh PW Community dari rancangan Analisis semalam..

KUPASAN PROGRAM ANALISIS BERSAMA FINAZ 
1. Produk supplement bukan ubat, hanya bahan tambahan makanan. Maka ada cara lain untuk dapatkan zat yang mengcukupi iaitu pemakanan yang seimbang. 2. Bagi individu yang sihat, tidak perlu apa-apa supplement. mengambil supplement hanya menghasilkan expensive urine. Supplement hanya perlu diambil jika ada indikasi. 3. Careful dengan fat soluble vitamins (A, D, E, K) kerana pengambilan berlebihan menyebabkan pengumpulan di hati dan adipose tissue. Pengambilan berlebihan dalam jangka panjang boleh menyebabkan liver toxicity. 4. Penjual supplement khususnya penyamun MLM bukannya nak bantu kita sihat, tetapi hanya untuk jadikan lubuk duit. 5. Ustaz Abdullah tidak nafi keberkesanan air yang telah diruqyah, tetapi menjual air yang dibaca ayat-ayat Al Quran secara commercial adakah tindakan yang menunggang agama. 6. Pemakanan Sunnah tidak bertumpu kepada habbatussauda, madu dan kurma sahaja. Apa saja makanan yang sihat dan menepati kaedah kajian saintifik yang tidak bercanggah dalam islam, itu lah makanan Sunnah. 7. Suntikan vitamin C adalah menyalahi Akta Perubatan kerana bla melibatkan suntikan mestilah dilakukan oleh ahli perubatan bertauliah. 8. Weight loss product kebanyakannya mengandungi synephrine yang boleh memberi komplikasi kepada cadiovascular system. Synephrine telah diharamkan di beberapa negara. 9. Sebaiknya dapatkan sumber vitamin C dari buah-buah segar seperti orange, jambu batu dan apple kerana kita juga akan perolehi dietary fibres untuk mengatasai masalah constipation. Vitamin C ialah water soluble, jika diambil berlebihan ianya akan dikumuhkan di kidney. Untuk mencapai optimal concentration of vitamin C in blood plasma hanya perlu mengambil 100 mg per day melalui diet (atau supplement). 10. Doktor-doktor yang bertauliah dan berdaftar dengan MMC dilarang sama sekali mempromosi atau menjual supplement. Guna gelaran doktor untuk promote supplement boleh lonjakkan jualan, tetaipi ianya adalah tindakan yang tidak beretika dan melanggar akta. Doktor yang menjual supplement boleh dilaporkan kepada MMC. 11. Terima kasih Puan Finaz atas usaha menyediakan program Analisis untuk memberi pencerahan kepada awam. Terima kasih juga kepada Dr. Rafidah, Tn Dziehan dan Ustaz Abdullah atas perkongsian pandangan dan pengetahuan. Semoga program ini memberi banyak manfaat demi kepentingan awam.Sumber : PW Community
Sekarang ni banyak sangat produk yang jenis jus jual. Produk di bawah pengkelasan makanan tapi claim yang di buat ada tuntutan perubatan yang tidak di benarkan termasuk menguruskan badan, memutihkan kulit & sebagainya. Ada yang tayang aset dengan bangganya & konon bagi nasihat kat orang nak berniaga kena jujur bla.. bla.. bagai padahal dia jual produk jus yang claim turunkan berat badan @ kuruskan badan. Bagi nombor rujukan surat pengkelasan makanan konon lulus KKM. Jujur celah mana pun tak tau kalau kat situ pun dah terang terang hang menipu cik jambu OOi (Cik Jambu bukan nama sebenar). Produk jus @ supplement yang ada tuntutan turunkan berat badan atau kuruskan badan kena berdaftar sebagai MAL KKM. Dimana produk perlu melalui analisa di lab KKM untuk memastikan kandungan bahan bahan dia ada khasiat seperti yang di tuntut pada produk & produk bebas bahan terlarang yang merbahaya sebelum dapat kelulusan dari KKM untuk di pasarkan. Hope pengasas/penjual/pengedar produk produk macam ni alert sikit pasal claim pada produk ni yer.. Takut yelah.. rezeki kita dapat tu Istidraj. Kena tegur secara general je. Bukan boleh tegur secara personal nanti di katakan dengki dengan rezeki orang

Satu lagi kena hati hati.. Semalam saya dengar statement dari Panel jemputan rancangan Analisis Dziehan Mustapha, aitu Seorang ketua Penolong Pengarah Farmasi KKM yang bagitahu sesetengah produk supplement, ubat, ubat herba tradisonal yang mendapat kelulusan MAL KKM ni.. masa hantar sampel memang bersih tiada bahan terlarang tapi bila di pasarkan di tambah bahan bahan terlarang untuk melariskan produk. Ada juga tau jenis pengeluar produk macam tu. Bahaya OK! Sepatut produk yang ada MAL KKM tu dah melalui labtest KKM & bebas bahan merbahaya tapi bila di buat macam tu pengguna yang menanggung risiko. Bila KKM dapat aduan & buat test sekali lagi pada sampel produk di pasaran baru tahu produk tu dah di modifikasi dengan bahan terlarang

Dr Rafidah ada juga berkongsi.. Malaysia ada paling terendah menerima pendaftaran penderma organ seperti buah pinggang jadi please jaga buah pinggang anda dengan baik. Jangan ambil sebarang produk terutama yang banyak di jual secara online, toko toko jamu & di kaki kaki lima tu. Sebab kebanyakkan pesakit buah pinggang ni susah nak dapat penderma buang pinggang termasuk dari ahli keluarga sendiri pun. Yang sedia ada pun mengharap keajaiban ada orang dermakan kan buah pinggang so jangan tambahkan lagi waiting list yang ada. Menurut Dr Rafidah pesakit buah pinggang sekarang semakin ramai

Kadang kadang dalam diri sendiri pun ada timbul rasa kesal sebab dulu saya pun jahil pasal benda benda ni semua. Memang tak tahu apa boleh & tidak di tulis sebagai tuntutan pada sesuatu produk. Review base on detail yang di beri client. Hope.. blogger blogger lain juga alert pasal perkara ni sebelum membuat apa apa review produk. Takpe la dulu bodoh jangan selamanya bodoh ye dak. Atau saja buat buat bodoh janji masyukkkk.

Moral of the story.. Takpe la kalau orang benci dengan perkongsian yang saya buat niat saya membantu golongan ber autoriti menyampaikan kesedaran sesambil saya sendiri pun boleh belajar walau amat mustahil la mampu jadi pakar setakat belajar secara tak formal macam ni kan? At least mampu protect diri sendiri & keluarga dari terpedaya dengan produk produk berisiko yang ada di pasaran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2019/03/kejam-penjual-supplement-hanya-melihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Yang Keliru Tugas Doula Bidan Doula Hanya Sebagai Peneman Ibu Sahaja

Ramai Yang Keliru Tugas Doula Bidan Doula Hanya Sebagai Peneman Ibu Sahaja

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 449 hits
Menerusi TV AlHijrah semalam program Analisis yang dikendalikan oleh Finaz Yunus dengan tajuk Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor turut menjemput dua panel iaitu Prof Dr Imelda Balchin dan Freelance Doula Hayati Muzaffar untuk membincan...
Kami Keluar Hanya Sebagai Kawan Tidak Lebih Dari Itu Oktovia Manrose Jawab Tuduhan Curang Dengan Aliff Aziz

Kami Keluar Hanya Sebagai Kawan Tidak Lebih Dari Itu Oktovia Manrose Jawab Tuduhan Curang Dengan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1431 hits
PELAKON Oktovia Manrose tampil menyangkal dakwaan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan aktor itu Oktovia berkata tuduhan dia berkunjung ke sebuah kelab malam bersama Aliff juga tidak berasas ke...
Sejarah Kewujudan Duit Sebagai Alat Pertukaran Nilai

Sejarah Kewujudan Duit Sebagai Alat Pertukaran Nilai

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku banyak membaca dan belajar mengenai teknologi rantaian blok dan juga cryptocurrency atau duit digital Ianya ada satu perkembangan dan revolusi dalam pengurusan da...
10 Sebab Anda Kena Mula Melabur Saham Mulai Sekarang Lubuk Duit Untuk Semua

10 Sebab Anda Kena Mula Melabur Saham Mulai Sekarang Lubuk Duit Untuk Semua

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 424 hits
10 SEBAB KENAPA SAHAM ADALAH LUBUK DUIT UNTUK SETIAP INDIVIDU DAN KENAPA ANDA PERLU MULA MELABUR SAHAM Sebelum admin nak bercerita panjang pasal pelaburan saham admin nak jelaskan bahawa ini bukan pelaburan forex emas dan sebagainya Pelabur...
Wapres Jusuf Kalla Minta Ustaz Tak Hanya Bicara Soal Surga Dan Neraka

Wapres Jusuf Kalla Minta Ustaz Tak Hanya Bicara Soal Surga Dan Neraka

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 205 hits
Dia menganjurkan agar khotbah para ustaz harus memiliki nilai 60 persen agama dan 40 persen pengetahuan umum Jusuf Kalla mencontohkan para ustaz bisa menyampaikan ceramah dengan tema seperti pertanian pendidikan
Duit Sebagai Nadi Perniagaan Dan Kehidupan

Duit Sebagai Nadi Perniagaan Dan Kehidupan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 392 hits
Duit merupakan penggerak dan matlamat utama aktiviti harian atau untuk jangka pendek Senangkan hati majikan Mudahkan kerja mereka mengurus dan mengembangkan perniagaan Kurangkan kos Perelokkan kualiti Kurangkan reject Naikkan produktiviti P...
Gerakan Mahathir Untuk Nafikan Anwar Sebagai Pm

Gerakan Mahathir Untuk Nafikan Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 305 hits
Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Hamidah Osman tidak yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Menurutnya ini berdasarkan perkembangan politik sem...
Menggunakan Perkhimatan Monyet Sebagai Pelayan

Menggunakan Perkhimatan Monyet Sebagai Pelayan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 452 hits
Restoran Kabayuki Tavern yang terletak di utara Tokyo menjadi terkenal kerana memberikan pekerjaan kepada monyet sebagai pelayan Monyet monyet mahir itu mampu mengelap meja membawa minuman dan menghiburkan pengunjung dengan tarikan Pemilik ...
8 Pangeran Ganteng Yang Siap Gantikan Harry Sebagai Bujangan Idaman Wanita

8 Pangeran Ganteng Yang Siap Gantikan Harry Sebagai Bujangan Idaman Wanita

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 414 hits
8 Pangeran ganteng yang siap gantikan Harry sebagai bujangan idaman wanita Antara lain Pangeran Mateen dari Kerajaan Brunei Pangeran Constantine Alexios dari Yunani dan Denmark dan Pangeran Nikolai dari Denmark
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak

Teringin Nasi Orang Kahwin