Sejak Zaman Bn Baju Melayu Dipakai Sidang Dun Hari Jumaat



Sekali lagi dewan kecoh dengan isu kononnya Tuan Speaker Y.B Ng Suee Lim tidak menghormati Ahli Dewan Negeri yang ingin memakai Baju Melayu. Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri, saya sangat terkilan dengan sikap Ahli-ahli Dewan Negeri UMNO yang hanya ingin memainkan politik perkauman walaupun pada ketika ini, satu saat yang penting untuk kita fokus kepada pembinaan negara dan anak muda.
Sejak dahulu lagi, Tuan Speaker memang seorang yang tegas terhadap etika permakaian kerana pada beliau, etika pemakaian perlu dihormati bagi melambangkan maruah dan integriti yang professional. Ini tiada sebarang kaitan dengan isu Tuan Speaker sengaja menyekat pemakaian Baju Melayu.
Jangan lupa, pada Mac tahun lepas (2019), Y.B Elizebeth Wong juga pernah dikritik oleh Tuan Speaker apabila beliau memakai ‘blazer’ putih ketika berbahas di dalam sidang dewan. Ketika itu, Y.B. Elizebeh juga tidak berpuas hati kerana tidak ada peraturan yang melarang wanita memakai baju berwarna terang dan menambah bahawa dia mengenakan jaket yang sama beberapa kali selama bertahun-tahun sebelum ini tanpa masalah.
Walaupun begitu, akhirnya beliau tetap akur. Ini membuktikan Y.B. Elizebeth Wong seorang yang berjiwa besar kerana walaupun beliau tidak bersetuju dengan Tuan Speaker dari segi pandangan, beliau faham faham urusan dewan dan perdebatan tentang isu rakyat lebih penting daripada “blazer putih”. Inilah sifat yang seharusnya dimiliki oleh seseorang Ahli Dewan Negeri yang bertanggung jawab.
Setiap Speaker dewan mungkin mempunyai “style” ataupun cara menjadi Speaker secara berbeza. Kita mungkin tidak bersetuju dengan kesemua pandangan dan cara Speaker menguruskan dewan. Tetapi kita seharusnya bertindak professional dan memberikan Speaker ruang untuk beliau menjalankan tugas beliau sebagai individu yang telah diamanahkan untuk menjaga peraturan dewan.
Tapi hari ini, Ahli Dewan Negeri UMNO memilih untuk menjadikanya sebuah komplot bagi meniupkan api perkauman dalam dewan (walaupun sudah bertahun-tahun, pemakaian Baju Melayu Ketika sidang dewan hanya digalakkan pada hari Jumaat).
Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri muda yang mewakli anak-anak muda di Selangor dan Malaysia. Saya ingin mengatakan : Enough is enough!
Identiti Melayu takkan bertambah ataupun berkurang dengan hanya ‘wayang’ Baju Melayu semata-mata. Sekiranya memang berbangga menjadi Melayu, kita seharusnya menonjolkannya melalui sifat dan akhlak yang baik, kesopanan dan kesusilaan, supaya kita dihormati oleh kaum lain kerana akhlak dan identiti Melayu yang penuh dengan kesantunan.
Hentikan permainan politik perkauman dan fokus pada pembangunan negara, terutama sekali ketika saat-saat pendamik Covid-19 ini. Hari ini, oleh kerana gimik politik (political stunt) yang dijalankan oleh kumpulan Ahli Dewan Negeri ini, kita telah kehilangan masa bersidang yang sepatutnya digunakan untuk mendebatkan isu rakyat – isu air, isu peluang pekerjaaan, isu kebajikan, isu yang berpaksikan rakyat.
Tetapi sayang, Ahli Dewan Negeri UMNO dan PAS hanya berminat untuk membangkitkan isu perkauman daripada memberi fokus kepada hal ehwal kebajikan rakyat. Ini bukanlah contoh wakil rakyat yang kita mahukan. Wakil Rakyat tidak dipilih oleh rakyat untuk meniupkan politik kebencian, tetapi seorang wakil rakyat dipilih untuk membela hal ehwal rakyat. Dan Ahli Dewan Negeri UMNO dan PAS sepatutnya malu kepada rakyat yang telah memilih mereka!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30442

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Selangor Yang Dikuasai Ph Tolak Usul Tatacara Pemakaian Baju Melayu Dalam Dewan

Dun Selangor Yang Dikuasai Ph Tolak Usul Tatacara Pemakaian Baju Melayu Dalam Dewan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 332 hits
Pembangkang Selangor kecewa apabila usul tatacara pemakaian baju kebangsaan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri ditolak hari ini Ketuanya Rizam Ismail berkata pihaknya telah menghantar notis pemberitahuan usul berkenaan kepada Speaker ...
Speaker Dap Dun Selangor Beri Amaran Pembangkang Pakai Baju Melayu

Speaker Dap Dun Selangor Beri Amaran Pembangkang Pakai Baju Melayu

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 426 hits
ADN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini memberi amaran kepada 5 orang ADN pembangkang Selangor daripada BN dan PAS kerana memakai baju Melayu semasa hari pertama sidang DUN Selangor Ng Suee Lim yang sememangnya anti dengan UMNO dan PAS dilihat m...
Pasai Baju Melayu Pun Nak Kecoh Awat Bodo Sangat

Pasai Baju Melayu Pun Nak Kecoh Awat Bodo Sangat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 246 hits
AHMAD SHAHRIL SHAHRILUMNO PAS tak faham bahasa Melayu atau tak pandai baca peraturan sidang dewan Jangan cuba provok perbalahan perkauman dan agama Sekolah ada kod etika pemakaian Boleh ke budak budak suka hati pakai baju Melayu pergi sekol...
Sah Sidang Dewan Rakyat Separuh Hari Minggu Ini

Sah Sidang Dewan Rakyat Separuh Hari Minggu Ini

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 253 hits
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung separuh hari bermula hari ini hingga Khamis apabila ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga jaga berikutan penularan wabak Covid 19 di negara ini Usul penangguhan itu dikemukakan Menter...
Resepi Talam Berlauk Berinti Daging Kisar Kuih Melayu Zaman Berzaman

Resepi Talam Berlauk Berinti Daging Kisar Kuih Melayu Zaman Berzaman

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 912 hits
RESEPI TALAM BERLAUK BERINTI DAGING KISAR KUIH MELAYU ZAMAN BERZAMANTALAM BERLAUK ADALAH SEJENIS KUIH MELAYU TRADISIONAL SEJAK ZAMAN BERZAMAN
Pasaran Saham As Meningkat Pada Hari Jumaat

Pasaran Saham As Meningkat Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 251 hits
Pasaran saham AS ditutup dengan kenaikan Pada hari Jumaat pasaran saham AS menunjukkan dinamik positif di tengah pengukuhan di pasaran minyak dan gas dan sektor penjagaan kesihatan Dow Jones meningkat 0 54 S P 500 naik 0 52 dan NASDAQ Compo...
Dewan Rakyat Hari Pertama Sidang Provokasi Sudah Dimulakan Oleh Hanipa

Dewan Rakyat Hari Pertama Sidang Provokasi Sudah Dimulakan Oleh Hanipa

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR Tidak sampai tiga jam bersidang pada hari pertama Dewan Rakyat sudah panas dengan pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan wakil rakyat pembangkang Ia bermula apabila Menteri di Jabatan Pe...
Sidang Parlimen Tamat 1 Tengah Hari Mulai Hari Ini Hingga Khamis

Sidang Parlimen Tamat 1 Tengah Hari Mulai Hari Ini Hingga Khamis

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 278 hits
Azhar Azizan Harun mengingatkan ahli Parlimen sentiasa bertenang dan mematuhi SOP PETALING JAYA Dewan Rakyat meluluskan usul yang menamatkan sidang mesyuarat pada 1 tengah hari mulai hari ini susulan kenyataan mengatakan kakitangan positif ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba