Sejak Lahir Uwais Tak Pernah Balik Rumah Masalah Jantung Berlubang Sindrom Down


Sejak dilahirkan sembilan bulan lalu, bayi lelaki yang diberi nama Uwais Razan Mat Saipon Nizar tidak pernah pulang ke rumah berjumpa ahli keluarga yang sudah lama menantinya di kediaman mereka di Kuah, Langkawi.
Sebaliknya anak bongsu daripada empat beradik itu terpaksa menjadi penghuni setia di hospital susulan disahkan mempunyai masalah jantung berlubang sebaik dilahirkan ke dunia ini pada 22 November 2018.

Menurut ibunya, Yuzera Norhanis Mohd Yusof, anak bongsunya itu dilahirkan secara pembedahan kecemasan selepas disedari kurang bergerak dan menyongsang pada minggu ke-37 dalam kandungan.
” Dengan berat hanya 1.58 kilogram, sebaik dilahirkan, doktor mendapati terdapat sedikit komplikasi ke atas anak saya, di mana paru-parunya didapati berkuman kerana telah termakan najisnya.
Selepas beberapa hari dirawat di NICU, doktor mendapati Uwais mempunyai simptom sindrom down sebelum ujian darah kromosom di ambil dan dibawa ke makmal di Hospital Universiti Sains Malaysia untuk diujikaji,”ujarnya.
Menurut Yuzera, selepas dua bulan ujian dilakukan, doktor mengesahkan Uwais sindrom down.“Pastinya berita itu merupakan satu tamparan buat saya sekeluarga sedangkan semasa ujian imbasan ketika proses kehamilan, doktor tidak menemui sebarang masalah.
Tipulah saya tidak sedih dan terkejut namun saya cuba berfikiran positif dan menganggap kami insan yang dipilih Allah mempunyai seorang anak istimewa,” katanya.
Lebih mengejutkan Yuzera berkata, doktor kemudian mendapati terdapat bunyi ‘mur..mur..’ dan disitu bermula episod baharu dalam kehidupannya selepas doktor mengesahkan bayi comelnya itu jantung berlubang.
“Oleh kerana perlu jagaan dan rawatan rapi kerana lubang pada jantung dan degupan jantungnya yang lemah, Uwais ditempatkan di NICU Hospital Langkawi untuk bantuan oksigen dan pemantauan rapi disamping turut dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk ujian-ujian tertentu.Selain Uwais, Yuzera dan suaminya Mat Saipon Nizar Zainon, 37, yang merupakan seorang guru turut mempunyai tiga anak berusia antara tujuh hingga 11 tahun.
Dalam pada itu, Yuzera, 34, berkata ketika usia Uwais enam bulan selepas beratnya mencecah 3 kilogram, Uwais telah diterbangkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan bagi menutup lubang pada jantungnya pada Mei lalu.
“Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Jun lalu, kami sekeluarga berada di hospital menemani Uwais namun suami dan anak-anak perlu kembali ke Langkawi untuk meneruskan sesi persekolahan dan bekerja” katanya.
Baimanapun, katanya selepas tiga bulan, luka pada tempat dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, selain Uwais turut menghadapi komplikasi lain termasuk masalah kuman dalam paru-paru menyebabkan bayi kecil itu terpaksa diberikan antibiotik dan bantuan oksigen untuk jangka masa yang panjang.
“Disebabkan suami dan tiga lagi anak yang masih bersekolah berada di Langkawi, sedangkan saya dan Uwais di Hospital Serdang dalam tempoh masa yang tidak dapat dijangka, doktor akhirnya membenarkan kami pulang ke Langkawi namun Uwais masih perlu mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Bagaimanapun Yuzera yang merupakan suri rumah itu tidak pasti sampai bila perlu tinggal di hospital sedangkan anak-anak lain juga memerlukan perhatian dan jagaan.
Tambah Yuzera, doktor kini dalam perancangan untuk merujuk Uwais dengan pakar paru-paru susulan masalah jangkitan kuman yang masih belum pulih.
Perbelanjaan harian yang diperlukan juga tinggi termasuk kos untuk membeli susu, lampin pakai buang dan kos harian lain kerana suaminya juga menanggung anak-anak yang bersekolah.
“Saya juga perlu berulang alik ke rumah dan hospital malah mungkin kami perlu menyewa mesin oksigen sekiranya Uwais dibenarkan pulang ke rumah,”katanya.
Kepada mereka yang berhasrat menghulurkan sumbangan, bolehlah menyumbang ke akaun Maybank Yuzera Norhanis 164490043765.
The post Sejak Lahir Uwais Tak Pernah Balik Rumah. Masalah Jantung Berlubang & Sindrom Down appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sejak-lahir-uwais-tak-pernah-balik-rumah-disahkan-jantung-berlubang-sindrom-down/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menghidap Jantung Berlubang Ini Kisah Nur Anissa Zaki Yang Lahir Tanpa Tempurung Kepala Dan Otaknya Diluar

Menghidap Jantung Berlubang Ini Kisah Nur Anissa Zaki Yang Lahir Tanpa Tempurung Kepala Dan Otaknya Diluar

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 300 hits
Beberapa hari ini nama Nur Annissa Zaki bayi comel yang dilahirkan tanpa tempurung kepala kerap kali berlegar legar di dinding media sosial Lebih sayu apabila keadaan yang dialami bayi perempuan itu menyebabkan otaknya berada di luar kepala...
Dah Pakai Ihram Di Lapangan Terbang Tapi Terpaksa Patah Balik Rumah

Dah Pakai Ihram Di Lapangan Terbang Tapi Terpaksa Patah Balik Rumah

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 404 hits
SELEPAS isu 26 bakal jemaah haji dari Malaysia yang tidak dapat menunaikan rukun Islam kelima berikutan masalah pada visa haji Furada mereka terdapat beberapa lagi kes bakal jemaah berhadapan masalah menunaikan haji berkaitan visa yang sama...
Detik Detik Warga Kepung Rumah Pelaku Hubungan Sedarah Di Luwu Sulsel Inses Kakak Adik Sejak 2016

Detik Detik Warga Kepung Rumah Pelaku Hubungan Sedarah Di Luwu Sulsel Inses Kakak Adik Sejak 2016

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 267 hits
Kakak beradik berinisial AA dan BI menghebohkan warga Desa Lamunre Tengah Kecamatan Belopa Utara Kabupaten Luwu Sulawesi Selatan karena melakukan hubungan sedarah Bahkan perbuatan hubungan sedarah tak normal itu membuat BI memiliki dua anak...
Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 469 hits
Setelah mendirikan rumah tangga persefahaman dan saling memahami amat penting kalau nak bahagia Jangan cepat melenting membuat kesimpulan selidik dan fahami dulu keadaan isteri di rumah dengan anak anak Suami isteri ibarat gigi dan lidah Ta...
Perghh Pergi Sekolah Naik Lamborghini Balik Rumah Dengan Helikopter Hari Persaraan Guru Ini Sungguh Istimewa

Perghh Pergi Sekolah Naik Lamborghini Balik Rumah Dengan Helikopter Hari Persaraan Guru Ini Sungguh Istimewa

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 507 hits
Pergi sekolah naik lamborghini balik rumah dengan helikopter Hari persaraan guru ini sungguh istimewa DIJEMPUT menaiki Lamborghini sambil diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi dan pulang ke rumah dengan helikopter jenis Bell 407 GX Kejutan ...
Artis Muda Cerai Sebab Suka Kongsi Masalah Rumah Tangga

Artis Muda Cerai Sebab Suka Kongsi Masalah Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 248 hits
Sejak kebelakangan ini semakin banyak kes perceraian melibatkan selebriti Perkara itu turut mendapat perhatian Datuk AC Mizal yang turut bersedih di atas The post appeared first on
Tak Hanya Secara Kesehatan Gigi Berlubang Pada Anak Bisa Sebabkan Masalah Psikologis

Tak Hanya Secara Kesehatan Gigi Berlubang Pada Anak Bisa Sebabkan Masalah Psikologis

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 235 hits
Gigi berlubang menjadi masalah yang paling sering dialami anak usia Sekolah Dasar Pakar kesehatan gigi dan mulut Drg Ratu Mirah Afifah GCClinDent MDSc mengatakan makan manis lengket karbohidrat serta minuman berkarbonasi dapat menyebabkan g...
Cara Menghadapi Masalah Di Dalam Rumah Tangga

Cara Menghadapi Masalah Di Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 429 hits
Seperti yang Anda ketahui bahwa tidak ada seorang pun yang ingin memiliki masalah dalam kehidupan rumah tangganya akan tetapi kehidupan rumah tangga tidak bisa dilepaskan dari yang namanya masalah Setiap pasangan yang sudah menikah memang h...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri