Sejak Bila Kj Dikenali Sebagai Ahli Ekonomi


 
Petang semalam, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan berkaitan hala tuju ekonomi negara dengan sekumpulan manusia yang disebutnya sebagai ahli atau pakar ekonomi.

Antara yang hadir adalah Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Turut hadir ialah bekas Menteri Kewangan Kedua ketika era Najib Rqzak yang kini merupakan Naib Presiden UMNO, Johari Ghani dan bekas Menteri Kesihatan yang dipecat daripada UMNO, Khairy Jamaluddin.

Menurut catatan Anwar di laman sosialnya, pertemuan tersebut sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk mendapatkan buah fikir serta pandangan mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.

Katanya, perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan.

“Segala pandangan yang dikongsikan pastinya akan digunakan untuk membentuk Naratif Ekonomi MADANI yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.


“Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia ke landasan yang betul,” demikian catatan Anwar mengenai perjumpaan yang diadakan di Kementerian Kewangan itu.






Inisiatif Anwar mengadakan perjumpaan dengan ahli serta pakar untuk mendepani keadaan ekonomi negara, terutama di ketika kedudukan bursa saham dan nilai ringgit sedang merudum teruk, harus diakui memang suatu usaha yang baik dan terpuji.

Ini menunjukkan beliau komited untuk memulihkan ekonomi negara dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, di samping pelbagai kesibukan lainnya seperti bertemu pelajar universiti di seluruh negara dan menyantuni rakyat setiap minggu sambil bersolat Jumaat di pelbagai destinasi.

Tetapi, apabila Khairy Jamaluddin atau KJ turut serta dijemput dalam perjumpaan bersama ahli dan pakar ekonomi itu, ramai yang jadi tertanya-tanya – sejak bila KJ dikenali sebagai ahli atau pakar ekonomi dan tersenarai dalam kelompok tersebut?

Apa tujuan beliau dijemput oleh Anwar?

Kenapa Anwar tidak menjemput misalnya, Mustapha Mohamad, seorang bekas menteri yang diketahui banyak idea serta pengalaman berkaitan ekonomi?

Adakah jemputan kepada KJ ada kaitan dengan ura-ura bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal menyertai PN menjelang PRN enam negeri tidak lama lagi?

Dalam menyemarakkan kemungkinannya menyertai PN, KJ bukan saja telah bertemu dengan Mahiaddin Md Yasin serta ditawarkan jawatan Ahli MPT Bersatu dan sebagai calon dalam PRN akan datang ini, malah Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan turut berharap bekas Ketua Pemuda UMNO akan memilih PN sebagai wadah perjuangannya sebagai mengikut jejak beberapa bekas pemimpin UMNO yang sudah berbuat demikian.

 
Jika KJ tidak menunjukkan petanda berminat kepada PN selepas dipecat, adakah Anwar masih teringin berjumpa dengannya?

Tidak dinafikan, Bersatu dan PN memang berharap KJ akan bersama mereka dalam menghadapi PRN ini, khususnya dalam cubaan untuk menawan Selangor.

Bagaimanapun, KJ dalam hal ini amat berhati-hati dalam membuat penentuan dan setakat ini tidak memberi apa-apa kata putus tentang hala tuju barunya.

Apakah dengan dijemput mengadakan perjumpaan dengan Anwar petang semalam dan KJ pula sudi menerima jemputan itu, ini menandakan beliau sudah tiada hati lagi terhadap Bersatu dan PN?

Ke mana seterusnya beliau selepas ini?

Apakah KJ akan segera bergerak dalam politik melalui parti baru yang diterajuinya sendiri dan melupakan terus PN?

Adakah dengan kesediaan KJ berjumpa Anwar semalam juga memungkinkan beliau bakal diberikan sesuatu peranan dalam kerajaan perpaduan bagi tujuan “mengikat” menantu Tun Abdullah Badawi itu? – ShahbudinHusin 17/06/2023.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/sejak-bila-kj-dikenali-sebagai-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Makan Gaji Buta Itu Bermoral Dan Ponteng Sebagai Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat Itu Kategori Alim

Mungkin Makan Gaji Buta Itu Bermoral Dan Ponteng Sebagai Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat Itu Kategori Alim

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 298 hits
Seronok dia kata orang tak bermoral Sedangkan jelas dakwaan yang dikenakan sebelum ini adalah suatu fitnah Tapi mana dia perasan Dia tak ikuti perbicaraan Sibuk mencandat sotong je masa tu Zahid Hamidi pun belum didapati bersalah Bicara mas...
Hisham Persoal Keikhlasan Zahid Sedia Terima Semula Ahli Dipecat Digantung

Hisham Persoal Keikhlasan Zahid Sedia Terima Semula Ahli Dipecat Digantung

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 12 2023Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein mempersoalkan kesediaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menerima kembali ahli parti yang digantung serta dipecat Menurut Ahli Parlimen Sembrong itu ...
Sebutan Kes Ahli Perniagaan Didakwa Lakukan Hubungan Seks Guna Objek 17 Julai

Sebutan Kes Ahli Perniagaan Didakwa Lakukan Hubungan Seks Guna Objek 17 Julai

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 187 hits
BernamaKes seorang ahli perniagaan yang didakwa atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang pegawai bank menggunakan objek tanpa kebenarannya di tandas wanita ditetapkan untuk sebutan pada 17 Julai Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin...
Nasihat Untuk Ahli Umno

Nasihat Untuk Ahli Umno

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 158 hits
Mohd Faisal Dalam politik saya suka mengambil kira peristiwa yang lepas2 sebagai ukuran atau panduan Apa yang berlaku hari ini adalah ulangan peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 2015 dan 2016 Menjatuhkan orang yang sedang memegang...
Takut Kalah Prn Zahid Kata Umno Sedia Pertimbang Rayuan Ahli Digantung

Takut Kalah Prn Zahid Kata Umno Sedia Pertimbang Rayuan Ahli Digantung

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 257 hits
agendaily com11 06 2023Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Kebimbangan UMNO bakal kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sedia menimbang rayuan bekas ahlinya yang digantung sebelum ini Pengumuman Preside...
Umno Sudi Terima Kembali Bekas Ahli Tarik Balik Penggantungan Jika Tak Serang Dari Luar

Umno Sudi Terima Kembali Bekas Ahli Tarik Balik Penggantungan Jika Tak Serang Dari Luar

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 197 hits
Pimpinan Umno terbuka untuk menerima saranan para perwakilan tentang menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin kata Presiden Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Umno sudi menerima kembali bekas ahli dan mereka yang digantung keahlian sek...
Ahli Parlimen Dap Dikecam Selepas Gesa Gelaran Tun Ditarik

Ahli Parlimen Dap Dikecam Selepas Gesa Gelaran Tun Ditarik

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 259 hits
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dikecam selepas dikatakan membuat tuduhan dangkal dan membuta tuli serta mendakwa dua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta Muhyiddin Yassin berhasrat untuk memusnahkan negara Semalam Rayer di pers...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights