Sejak Beri Wang Nafkah Bulanan Buat Isteri Rezeki Semakin Mencurah Curah



Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh Kak Long & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham

“Suami memang wajib beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan dan kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham

“Bestlah jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. Wajib, melainkan kalau isteri dia kata tak payahlah.” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tak tahu. Ada juga langsung tak ambil tahu. Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu wajib. Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan dan menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa


Berilah duit nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”
“Loan kereta Myvi bulan ini Ayang bayar yer, Abang tak cukuplah duit bulan ini sebab nak kena tukang baiki dapur tu”
Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam itu pada isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira saja nak menolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga

Aku takut berdosa. Aku juga pernah tidak tahu mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga. Aku tidak malu mengakui yang kami sama-sama tidak tahu perkara ini sewaktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu

Masa itu student lagi. Di luar negara pula pada masa itu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku tidak tahu mengenai perkara ini. Isteriku juga tidak tahu. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi

Tetapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk. Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula tahu mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu dan bila sahaja dia mahu

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, tak ada salahnya kan

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku dan aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. Alhamdulillah isteriku halalkan. Alhamdulillah leganya hati. Lapangnya dada

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah dan mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang dan mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)
Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah

Kongsikan dengan suami-suami di luar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki dan kelapangan dalam kehidupan

Sumber: Dr Mahyuddin Mohamed

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/01/sejak-beri-wang-nafkah-bulanan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Tapi Ramai Suami Tak Ambil Tahu

Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Tapi Ramai Suami Tak Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 700 hits
Nafkah Untuk Isteri Tak Termasuk Keperluan Barang Dapur Tapi Ramai Suami Tak Peduli Nafkah isteri diberi tanpa syarat RM100 tu si isteri nak beli apa pun ikut suka dia lah Dia nak simpan nak beli apa apa Itu hak dia Ini baru betul Cukup nas...
Isteri Berhak Tuntut 5 Nafkah Wajib Ini Daripada Seorang Suami

Isteri Berhak Tuntut 5 Nafkah Wajib Ini Daripada Seorang Suami

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 512 hits
Nafkah Bukan Bebanan Tetapi Pemberian Dari Hati Dan Jiwa Seorang Suami Andai suami tiada duit boleh berbincang dan bertolak ansur dengan isteri Nescaya rezeki seorang suami akan berlimpah limpah kerana pemberian yang diberikan Ini soal nafk...
Geram Nafkah Batin Tak Dilayan Suami Ajak Adik Beradik Rogl Isteri Yang Baru Dinikahi Sampai Parah

Geram Nafkah Batin Tak Dilayan Suami Ajak Adik Beradik Rogl Isteri Yang Baru Dinikahi Sampai Parah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 1040 hits
Geram Tak Dilayan Suami Ajak Adik Beradik Rogol Isteri Yang Baru Dinikahi Satu kes jenayah rogol yang belum terjadi sebelumnya telah menggemparkan negeri aceh yang dijuluki dengan nama serambi mekkah itu Empat lelaki yang merupakan adik ber...
Perihal Nafkah Kepada Isteri

Perihal Nafkah Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 311 hits
Assalamualaikum wbt Pada hari ini Abam Kie akan berkongsi dengan kawan2 blogger tentang NAFKAH Kebanyakan isteri sekarang bekerja demi membantu ekonomi keluarga Walaupun isteri bekerja walaupun isteri bergaji lebih besar dari suami keperlua...
Rajin Solat Dhuha Usaha Isteri Ternak Rezeki Untuk Suami

Rajin Solat Dhuha Usaha Isteri Ternak Rezeki Untuk Suami

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 397 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Isteri Cantik Tapi Suami Biasa Biasa Saja Namun Hubungan Tetap Utuh Amp Setia Ini Rahsianya

Isteri Cantik Tapi Suami Biasa Biasa Saja Namun Hubungan Tetap Utuh Amp Setia Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 420 hits
Wow isteri cantik tapi tengok suami dia biasa biasa je kan Itulah dinamakan jodoh Biasa tak anda dengar seperti dialog di atas terutama bila menghadiri majlis perkahwinan Wajah kedua dua raja sehari mestilah ditunggu tunggu oleh para jemput...
Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 632 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Pelakon Amar Asyraf Ceraikan Isteri Kedua Dengan Talak Tiga

Pelakon Amar Asyraf Ceraikan Isteri Kedua Dengan Talak Tiga

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 915 hits
Isteri kedua kepada pelakon Amar Asyraf mengesahkan bahawa telah diceraikan dengan talak tiga secara bersemuka oleh pelakon itu pada 4 November 2019 yang lalu Bagaimanapun kata Vivy Jefferi Amar Asyraf masih menyepikan diri dan enggan beker...
Keajaiban Buah Nanas Suami Isteri Harus Tahu

Keajaiban Buah Nanas Suami Isteri Harus Tahu

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 746 hits
Jangan biarkan keistimewaan dan keajaiban buah nanas terbiar begitu saja Buah nanas hidup subur dan biasanya banyak ditanam di negara negara tropika dimana iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun Buah ajaib ini bukan saja lazat berju...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025