Sehari Di Negeri Selangor Jom Lawati Daerah Gombak


Daerah Gombakyang mengagumkan ini pada dasarnya merupakan sebuah sempadan bagi kota Kuala Lumpur di samping kawasansempadan yang lain seperti Rawang dan Batu Arang.Di Daerah ini, anda pasti akan terpukau dengan pelbagai tempatmenarik yang dapat anda lawati pada suatu hari kelak. Di sini, Tourism Selangor mengesyorkan senarai aktiviti yang boleh dilakukan untuk kunjungan satu hari ke Daerah Gombak!
8.00 pagi - Nikmati sarapan pagi yang enak di Restoran Teratak Nogori

9.00 pagi - Terokai Air Terjun Kanching yang menakjubkan

10.00 pagi –Membuat lawatan safari ke Zoo Negara

12:00 malam - Makan tengah hari di Coca Seafood Restaurant

1.00 petang - Berjalan-jalan di sekitar Batu Caves yang terkemuka

2.30 pm –Rasai debaran adrenalin di Gua Damai Extreme Park

3.45pm - Bersiar-siar di sekitar Muzium Orang Asli

4.45pm - Singgah di Durian Cendol @ Mel's Corner Batu Caves

5.45pm - Berbelanja di Melawati Mall

7.00pm - Makan malam di Wira Seafood Ikan Bakar



1)     Nikmati sarapan pagi yang enak di Restoran Teratak Nogori

Pengembaraandi Daerah Gombak melibatkan perjalananke tempat-tempatyang menyajikan sarapan pagi yang seringkali dipilih oleh orang ramai di bandar! Nikmati pelbagai hidangan Malaysia yang enak seperti Nasi Lemak dan Lontong yang sudah pastinya merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memulakan perjalanan anda pada siang hari. Sarapan pagi yang luar biasa adalah salah satu sebab Daerah ini seringkali dikunjungi oleh penduduk setempat dan para pelancong. Sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan!



2)     Terokai Air Terjun Kanching yang menakjubkan

Terletak betul-betul di antara Rawang dan Kuala Lumpur, air terjun di Taman Eko Rimba Kanching adalah satu tempat yang menyeronokkan untuk pengembara di Daerah Gombak. Di dalamnya, anda akan dibawa ke tujuh tingkat air terjun yang dikelilingi dengan pemandangan alam yang sungguh menarik. Air terjun tahap kedua dan ketiga adalah yang terkenal di sana; jadi pastikan anda tidak lupa untuk berhenti di situ!  Sekiranya anda sedang mencari kawasan untuk bersantai pada awal hari, Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat riadah yang paling sesuai!



3)     Membuat lawatan safari ke Zoo Negara

Apabila ianya berkaitan dengan lawatan safari yang menggembirakan, Zoo Negara di Daerah Gombak adalah zoo yang terkenal yang mesti anda sertakan dalam jadual perjalanan anda! Terdapat lebih daripada 5173 spesimen yang terdiri daripada 476 spesis haiwan yang boleh anda saksikan di sana. Selain menjadi tempat pameran haiwan, anda juga boleh mengadakan pelbagai acara di sini sama ada pesta ulang tahun untuk anak-anak anda,hari keluarga, bahkan apa sahaja acara yang anda impikan.



4)     Nikmati makan tengah hari di Coca Seafood Restaurant

Anda semestinya benar-benar ketinggalan sekiranya anda tidak singgah keRestoran Coca Seafood sepanjang perjalanan anda ke Gombak. Restoran ini terkenal dengan mee kari yang bersaiz besar yang seringkali menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong. Hidangan istimewa mereka tersebut disajikan dengan pilihan sampingan seperti Ayam Kari yang sudah pasti akan meliurkan anda



5)     Berjalan-jalan di sekitar Batu Caves yang mewah

Apakah makna sebuahpengembaraanke Daerah Gombak tanpa berkunjung ke Batu Caves yang terkemuka? Umum mengetahui, lokasi ini dikunjungi oleh begitu ramai pelancong pada setiap hari. Senibinanya yang hebat merupakan perkara yang paling utama yang menarik minat orang ramai ke sana. Malahan, perayaan Thaipusam yang terbesar juga turut diadakan di sini pada setiap tahun yang secara amnya seringkali melibatkan ribuan orang ramaisebelum pandemik Covid-19.



6)     Rasai debaran adrenalin di Gua Damai Extreme Park

Aktiviti sukan yang mendebarkan pasti menarik minat penggemar sukan ekstrim. Pendakian batu di Gua Damai Extreme Park yang ikonik yang terletak sangat dekat dengan Batu Caves perlu menjadi salah satu aktiviti ketika berkunjung ke Daerah Gombak! Menyediakan aktiviti rekreasi dan eko kepada anda, terdapat juga pelbagai tahap pendakian untuk memenuhi keperluan setiap peminat sukan sama ada amatur mahupun profesional.



7)     Bersiar-siar di sekitar Muzium Orang Asli

Sekiranya anda ingin belajar mengenai sejarah Daerah Gombak, Muzium Orang Asli pasti menepati keinginan anda. Anda boleh bersiar-siar di sekitar Muzium ini untuk mengetahui sejarah dan menyaksikan artifak kuno Orang Asli yang menetap di sini. Tidak ketinggalan, di sini juga terdapat sebuah galeri pameran yang menakjubkan sertasebuah dewan teater mini.



8)     Singgah di Durian Cendol @ Mel's Corner Batu Caves

Setelah perjalanan panjang di Daerah Gombak, anda mungkin ingin berehat sebentar dan mengembalikan tenaga anda. Oleh itu, pastikan anda singgah ke Mel's Corner untuk merasai Durian Cendol yang paling beraroma di sini. Anda boleh membeli Durian Cendol yang bersaiz besar serta disediakan dengan tembaga durian dan ais krim tempatan pada harga RM20 sahaja. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa harganya mungkin akan berubah bergantung pada musim durian, jadi pastikan anda memeriksa senarai harga secara atas talian dari masa ke masa!



9)     Berbelanja di Melawati Mall

Membeli-belah adalah salah satu sesi terapi terbaik semasa mengembara. Hanya dengan membeli-belah, seseorang dapat menurunkan tahap tekanan mereka dengan mudah terutamanya pada hari yang panjang dan melelahkan. Melawati Mall di Daerah Gombak pada dasarnya adalah sebuah Pusat Beli-belah pinggir bandar dengan lebih daripada 200 kedai yang memenuhi semua keperluan dan keinginan anda, Di sini, anda boleh mendapatkansebuah pengalaman membeli-belah terbaik



10)   Makan malam di Wira Seafood Ikan Bakar

Untuk makan malam yang enak di Daerah Gombak, pastikan anda menjamu selera di Restoran Makanan Laut Ikan Bakar yang terkenal di Taman Sri Gombak! Memang tidak dapat dinafikan lagi, adalah berbaloi untuk singgah ke sini kerana mereka menawarkan pelbagai jenis menu makanan laut yang enak yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah Ikan Bakar, Nasi Lemak dan Kerabu yang juga terkenal sebagai hidangan istimewa di restoran tersebut!
Gombak sememangnya dikenali sebagai Daerah yang terkenal dan luar biasa di Negeri Selangor. Namakan sahaja, semua yang anda cari untuk memenuhi perjalanan anda ada terdapat di sini, Dari tarikan persekitaran semula jadi yang menarik sehinggalah ke pelbagai bangunan budaya yang mewah dengan sejarah yang tulus, semuanya boleh didapati di Daerah ini.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : 8 Perkara Menjadikan Selangor Syurga Membeli-belah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/04/sehari-di-negeri-selangor-jom-lawati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Ezam Dan Ibrahim Ali Mb Selangor Juga Akan Lawan Azmin Di Gombak

Selepas Ezam Dan Ibrahim Ali Mb Selangor Juga Akan Lawan Azmin Di Gombak

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 169 hits
April 12 2021 Parlimen Gombak dijangka akan menyaksikan pertembungan antara Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan bekas penyandang jawatan itu Azmin Ali dalam pilihan raya umum akan datang Jangkaan itu dibuat berdasarkan data yang dikum...
Ecrl Kebimbangan Sultan Selangor K Jaan Negeri Sudah Ditangani Kata Wee

Ecrl Kebimbangan Sultan Selangor K Jaan Negeri Sudah Ditangani Kata Wee

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 675 hits
Dengan bantahan berterusan kerajaan negeri Selangor Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menegaskan bahawa Putrajaya mesti bergerak ke hadapan dengan membina fasa terakhir projek Landasan Keretapi Pantai Timur Jelas Wee semua kebimbangan keraj...
Ph Tadbir Selangor 3 Penggal Pastikan Negeri Lain Bersama Kita

Ph Tadbir Selangor 3 Penggal Pastikan Negeri Lain Bersama Kita

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 215 hits
Ketua Wanita KEADILAN Selangor Rodziah Ismail menyeru agar wanita Selangor memainkan peranan lebih agreasif dalam memastikan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke 15 Katanya meskipun Selangor telah ditadbir PH selama 3 pengga...
8 Perkara Ini Menjadikan Negeri Selangor Syurga Beli Belah

8 Perkara Ini Menjadikan Negeri Selangor Syurga Beli Belah

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 374 hits
Beli belah Tanpa Kerisauan di Pelbagai Pilihan di Negeri Selangor Trend beli belah telah berkembang dengan pesat kerana ianya kini memainkan peranan penting dalam gaya hidup pembeli Pengunjung bukan sahaja mengharapkan pusat beli belah berf...
A Day In Selangor Let S Visit Gombak

A Day In Selangor Let S Visit Gombak

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 421 hits
This small and vibrant yet hilly district of Gombak is essentially a border to the bustling city of Kuala Lumpur along with the other remaining areas under it such as Rawang and Batu Arang In this amazing district you surely will be captiva...
Wanita Ini Rentas Negeri Tanpa Roadblock Dapur Di Kl Ruang Tamu Di Selangor

Wanita Ini Rentas Negeri Tanpa Roadblock Dapur Di Kl Ruang Tamu Di Selangor

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 476 hits
Wanita ini rentas negeri tanpa roadblock dapur di KL ruang tamu di Selangor Majlis kahwin kena pacak bunga manggar sepanjang jalan Ahad 11 April 2021 7 00 AMSharina menunjukkan dapur rumah ibu bapanya terletak di Kuala Lumpur manakala ruang...
Macam Mana Pn Mahu Rampas Selangor Putrajaya Belum Tentu Selamat Halimey

Macam Mana Pn Mahu Rampas Selangor Putrajaya Belum Tentu Selamat Halimey

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 230 hits
Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan kononnya Perikatan Nasional akan merampas Selangor dalam pilihan raya akan datang sebagaimana dilapor Sinar Harian semalam dipertikaikan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Selangor Hal...
Kadar Takungan Air Empangan Selangor Lebih 90

Kadar Takungan Air Empangan Selangor Lebih 90

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 332 hits
Hanya dua empangan berada di bawah kadar itu Sungai Tinggi dan Sungai Langat masing masing mancatat kadar takungan sebanyak 88 72 dan 87 96 Lembaga Urus Air Selangor telah melaksanakan pemantauan rapi dan bersedia dengan langkah mitigasi ba...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa