Selepas Ezam Dan Ibrahim Ali Mb Selangor Juga Akan Lawan Azmin Di Gombak


 



April 12, 2021 Parlimen Gombak dijangka akan menyaksikan pertembungan antara Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan bekas penyandang jawatan itu, Azmin Ali dalam pilihan raya umum akan datang (PRU15).
Jangkaan itu dibuat berdasarkan data yang dikumpul sebuah badan bukan kerajaan (NGO), KUASA, yang turut melancarkan laman sesawang bagi membantu orang awam mendapatkan maklumat menjelang PRU15.
Dalam sidang media hari ini, Presiden KUASA Praba Ganesan berkata, pertembungan kerusi Parlimen Gombak itu adalah salah satu perkembangan penting tentang PRU15 yang diperoleh NGO itu berdasarkan kajian.
“Penyandang (kerusi Parlimen Gombak) Azmin boleh menjangkakan persaingan daripada Umno dan PKR kerana terdapat spekulasi bahawa Amirudin akan bertanding kerusi itu,” kata beliau.
Amirudin sebelum ini dikatakan adalah sekutu Azmin sebelum Azmin melompat ke parti PPBM tahun lalu. Azmin kini adalah seorang menteri kanan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Dengan situasi Umno dan PPBM yang berpecah, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga dijangka berdepan persaingan sengit daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said dari Umno bagi kerusi Parlimen Pagoh.
“Bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dijangka berdepan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Ramlan Askolani, selain kemungkinan kemunculan mengejut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mungkin turut bertanding,” kata beliau.
Bercakap mengenai keperluan laman web seperti yang baru dilancarkan NGO tersebut, Praba berkata, kebanyakan rakyat masih tidak tahu siapa calon yang akan bertanding di kawasan mereka walaupun setelah hari penamaan calon.
“Ini bermakna, rakyat ada kira-kira lapan hingga 10 hari sebelum hari pengundian untuk mengenali calon yang bertanding di kawasan mereka, masa yang terlalu singkat untuk membuat keputusan siapa calon terbaik untuk mewakili mereka,” kata beliau.
Tambah beliau, laman sesawang KUASA itu akan menyediakan maklumat terperinci mengenai kawasan-kawasan pilihan raya, termasuk calon yang pasti mahupun yang diura-urakan, berdasarkan laporan berita dan sumber dalaman parti, selain media sosial, sebelum hari pencalonan.
Kata beliau, pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung calon, parti bertanding dan isu berkaitan turut disediakan, dan beliau percaya maklumat awal seperti ini dapat memberi peluang kepada pengundi memberi maklum balas kepada parti-parti bertanding tentang calon mereka.
“Ahli parti juga boleh menggunakan maklumat di laman sesawang kami kerana perbincangan mengenai calon dan rundingan agihan kerusi biasanya tidak didedahkan kepada mereka,” kata beliau.
Menurut Praba, laman sesawang itu setakat ini hanya menyediakan maklumat mengenai pertandingan di 20 kawasan Parlimen disebabkan sumber yang terhad, namun di masa hadapan, maklumat tentang lebih banyak kerusi akan tersedia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Laman sesawang berkenaan, mykuasa.org/pru15, akan mula beroperasi pada tengahari Rabu ini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/selepas-ezam-dan-ibrahim-ali-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibrahim Ali Intai Kerusi Gombak Runding Parti Menang Pru

Ibrahim Ali Intai Kerusi Gombak Runding Parti Menang Pru

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR 11 April Parti Bumiputera Perkasa Malaysia tidak akan menyertai mana mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu kata Presidennya Datuk Ibr...
Selain Ibrahim Ali Ramai Lagi Dijangka Bertanding Di Gombak Awas Taktik Ini

Selain Ibrahim Ali Ramai Lagi Dijangka Bertanding Di Gombak Awas Taktik Ini

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 156 hits
Panas Selepas Ezam Ibrahim Ali umum lawan Azmin di GombakApril 12 2021 Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Ibrahim Ali sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak yang kini dipegang oleh Mohamed Azmin Ali atau ...
Ezam Nak Lawan Mb Selangor Di Dun Sungai Tua

Ezam Nak Lawan Mb Selangor Di Dun Sungai Tua

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 181 hits
April 11 2021Bekas senator Ezam Mohd Nor memberi bayangan bahawa dia akan membuat kemunculan pada pilihan raya umum ke 15 nanti dengan menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Dewan Undangan Negeri Sungai Tua Saya dah dapat banyak...
Anwar Ibrahim Sindir Azmin Ali

Anwar Ibrahim Sindir Azmin Ali

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 207 hits
Anwar Ibrahim Sindir Azmin Ali Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan Mohamed Azmin Ali sebagai memang pandai mengenai isu audio dan video dalam apa yang dilihat sebagai rujukan sinis kepada isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Penera...
Ezam Akan Sertai Pru15 Dan Akan Cabar Mb Selangor Yang Dikatakan Sebagai Orang Azmin

Ezam Akan Sertai Pru15 Dan Akan Cabar Mb Selangor Yang Dikatakan Sebagai Orang Azmin

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 213 hits
Bekas senator Ezam Mohd Nor memberi bayangan bahawa dia akan membuat kemunculan pada pilihan raya umum ke 15 nanti dengan menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Dewan Undangan Negeri Sungai Tua Saya dah dapat banyak saranan dari...
Ollerenshaw Pelik Sikap Bangga Lebih Feichtenbeiner Selepas Selangor Ii Ikat Jdt Ii

Ollerenshaw Pelik Sikap Bangga Lebih Feichtenbeiner Selepas Selangor Ii Ikat Jdt Ii

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 147 hits
Bekas penyerang import dan legenda Sabah Scott Ollerenshaw meluahkan rasa pelik beliau akan sikap pengendali Selangor II Michael Feichtenbeiner selepas anak buahnya berjaya mengikat skuad JDT II yang jauh lebih berpengalaman Dalam perlawana...
Azmin Dijangka Bertembung Amirudin Di Gombak Pada Pru15

Azmin Dijangka Bertembung Amirudin Di Gombak Pada Pru15

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 279 hits
Parlimen Gombak dijangka akan menyaksikan pertembungan antara Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan bekas penyandang jawatan itu Azmin Ali dalam pilihan raya umum akan datang Jangkaan itu dibuat berdasarkan data yang dikumpul sebuah bad...
Gelabah Bila Ezam Umum Bertanding Lawan Mb

Gelabah Bila Ezam Umum Bertanding Lawan Mb

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 119 hits
Wahh hebat SUTPOL MB ni Dia suruh parti ambil tindakan kepada ahli ahli yang serang kepimpinan parti Waktu Azmin dan Zuraida serang Presiden berkali kali dulu kamu berada di mana Dalam gua Waktu itu tak kata pun macam yang kamu kata sekaran...
A Day In Selangor Let S Visit Gombak

A Day In Selangor Let S Visit Gombak

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 373 hits
This small and vibrant yet hilly district of Gombak is essentially a border to the bustling city of Kuala Lumpur along with the other remaining areas under it such as Rawang and Batu Arang In this amazing district you surely will be captiva...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer

Onsen Tamago

Panas Tikam Belakang Cubaan Bekas Pemimpin Ph Hati Hitam

Rebus Ubi Kayu Kena Air Bersih