Sedondon Di Hari Raya
Paling tak sabar pula nak raya sebab nak cuti panjang weh. Penat gila sekarang kerja jaga site tengah panas. So raya nanti aku nak cari orang yang guna hp ada beauty effect je untuk bergambar. Aci tak? hahahha Brightness kena tinggi sebab aku dah sunburn gelap!!! arghhh stress nya. Rosak la gambar raya aku tahun ni. Tak boleh nak bayang ni apa rupa nanti. Kalau kaya dah beli Huawei P30 Pro dah sebab kamera lawa. hahah
Seperti tahun sudah. Tiap kali raya kena la ada tema. Tema raya ni bagi setengah orang tak kisah tapi aku suka sebab macam meriah je sedondong semua anak beranak. Sejak kahwin ni je aku concern lebih part baju raya anak beranak. hahhaha. Kalau masa bujang memang mama la urus kan semua. Dah kahwin nah pepandai sendiri la kau. hahhahahahhahaha Dah la aku ni memang sedia maklum kurang sikit bab baju tradisional ni. Baju kurung pun mama beli tempah sesiap biasa nya. Aku tahu balik ada baju raya. hahahha Teruk kan? Kalau mama tak buat kan memang aku okay je pakai baju recycle mana ada. Begitu la tahap tidak kisah aku.
Kali ni aku nak throwback sikit gambar raya tahun-tahun sudah
Tahun 2013
Tahun ni aku nikah 4 Syawal (11 Ogos 2013) so gambar raya macam dah bercampur aduk. Kira raya juga ni kan. hahahha sebab semua pun sedondon ha. Last raya solo lepas tu kahwin. hehheh
Tahun 2014
Tahun ni sedih sikit sebab aku dalam pantang. hahahha Gambar pun tak ada yang elok pun. Lupa pun iye masa ni nak ambil gambar elok-elok sikit. Baju pun tak sempat fikir sedondon ke apa sebab masa ni fikir nak beranak je kan. hahahah Tahun pertama juga beraya bersama pakej sekali anak. hahah
Tahun 2015
Masa ni Ahmad Asyraf setahun lebih dan dah pandai jalan. Alahai mama geram tengok muka budak tu masa ni.
Tahun 2016
Kami beraya rumah nenek aku dekat Kuala Krai.
Tahun 2017
Masih beraya bertiga masa ni.
Tahun 2018
Surprise!! Beraya berempat tahun ni untuk pertama kali. hahahahahha Alhamdulilah keluarga kecil kami bertambah dengan si gebu gebas itu. Ye laki aku repeat baju tahun sudah sebab tahun ni busy ya amat dan minggu plan nak cari baju tu pula anak demam panas. Baju Asyraf pun tokma dia tolong belikan weh. Baju laki aku je habis saiz dan color masa ni. Nasib baik la tahun sudah warna seakan juga. Tak lari jauh kan. hahahhaha
Alhamdulilah alhamdulilah dan aku bersyukur sangat dengan apa yang kami ada. Tahun ni tahun ke 6 kami. Baju raya dah siap beli sedondon juga. Bila dah banyak tahun ni rasa seronok pula throwback baju gambar sedondon ni. Kami suka. Tahun ni laki aku minta jalan raya pun kalau boleh sedondon. Okay2 bini mu cuba susun color ikut sedondon. Tak perlu baju baru tapi kena pandai mix and match apa yang ada kan. So mari lah mengemas wahai kaum bini-bini se Malaysia. hehehhe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.athirahassin.com/2019/06/sedondon-di-hari-raya.html