Juadah Popular Di Pagi Hari Raya Mana Yang Korang Suka


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pejam celik pejam celik kita dah menghampiri penghujung bulan Ramadan. Maghrib malam ni akan mula sibuk untuk meneropong anak bulan adakah esok puasa atau betul jatuh pada hari Rabu. Macam mana kalau katakan esok puasa dah siap sedia ker semua keperluan untuk beraya. Dah masak ker juadah untuk disajikan kepada tetamu pagi raya nanti.


Jangan risau kalau tak tahu apa nak buat untuk juadah pagi raya Maha senaraikan beberapa resipi istimewa untuk pagi raya. Selalu orang akan masak rendang, lemang, ketupat dan macam-macam lagi lah. So sini ada 5 resipi juadah istimewa pagi raya yang boleh korang ikut. Mudah, cepat dan Insha Allah sedap kalau ikut betul-betul sebab memang Maha dan buat resipi ni semua. Jom kita tengok

1) Kuah Kacang
Ini paling ramai orang buat kerana sangat mudah dan senang nak sediakan. Pulak tu boleh makan denga pelbagai juadah pagi raya selalu orang akan makan Kuah Kacang ni dengan Nasi Impit atau dengan Ketupat. Banyak version Kuah Kacang ni juga ada setengah orang akan campurkan dengan ayam atau daging. Apa pun ia menjadi tradisi untuk hapir setiap rumah masak Kuah Kacang kalau tak pun beli yang segera jer wakakaka. Korang boleh tengok Resipi Kuah Kacang yang Maha pernah buat ini tapi versi orang bujang punya hehehe

2) Rendang Tok
Resipi rendang pun sangat popular di kalangan orang Melayu bila tiba hari raya. Tapi ini Rendang Tok Perak yang begitu sinonim dengan negeri tersebut. Cara nak masak rendang ini pun memerlukan masa yang lama sehingga berejam-rejam juga nak bagi daging empuk dan rempah ratus serap. Tapi sekarang dah ada peralatan moden semua boleh buat dengan mudah dan cepat. Korang bolah ikut resipi yang Maha sediakan kat situ ok. 
3) Lontong a.k.a Kuah Lodeh
Selalu resipi Lontong ini tak silap Maha orang Johor yang suka masak betul tak. Kat sana mereka panggil Lontong kalau sesetengah negeri akan panggil Kuah Lodeh. Tapi lebih kurang jer cara masaknya tak jauh beza. Mungkin setengah orang akan letakkan dalam tu Tempe, Tauhu dan juga pelbagai jenis sayur-sayuran. Makanan ni lagi sedap kalau campur dengan sedikit sambal dalam tu lagi urmmmm

4) Rendang Ayam
Tadi Rendang Tok guna daging ini pula rendang menggunakan ayam. Family Maha suka masak Rendang Ayam ini kerana ayah tak makan daging. Rendang ini pun mudah jer nak buat dan ada macam-macam cara nak memasak. Ada sesetengah tu rendang mereka lebih gelap dan pekat ada juga yang akan masak rendang ayam warna kuning dan juga sedikit berkuah. Kalau yang rendang kuning dan pedas tu popular kat Negori Sembilan kerana campur cili padi kan. 
5) Sambal Goreng Jawa
Juadah ini juga begitu popular tak silap Maha kat Johor dan Selangor kerana kat sana banyak masyarakat Jawa. Sambal Goreng Jawa ini pun ada banyak version ada yang sedikit berkuah menggunakan santan dan juga asam jawa. Tapi yang Maha buat ini kering menggunkan kicap sahaja dan dipedaskan lagi dengan cili kering. Selalu kalau sambal jawa orang makan dengan Nasi Impit dan Ketupat juga kan

Mungkin ada banyak lagi juadah istimewa pagi raya seperti Soto, Mee Sup, kalau orang Utara popular dengan Laksa, manakala orang Kelantan dan Terengganu dengan Nasi Dagang atau Nasi Kerabu mereka hidang bersama dengan Kuah Percik pagi raya. Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai jenis makan tapi cuma satu jer makan ikut keperluan dan jangan membazir. Ini kerana setiap hari kita membazir lebih kurang 3,000 tan makan dan ia berganda apabila tiba hari raya. Fikir sendirilah ok. Selamat Hari Raya semua










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/06/juadah-popular-di-pagi-hari-raya-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya

5 Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 467 hits
Alhamdulillah sempurna sudah Ramadan kita pada 1440H kali ini Tahun 2019 ini umat Islam di Malaysia khususnya berpuasa di bulan Ramadan cukup 30 hari yang jarang kita peroleh sebelum sebelum ini Sekali gus ia memberi lebih masa untuk kita t...
10 Juadah Hari Raya Yang Wajib Ada Pada Setiap Kali Menjelang 1 Syawal

10 Juadah Hari Raya Yang Wajib Ada Pada Setiap Kali Menjelang 1 Syawal

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 2205 hits
1 Syawal menjelang tiba Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan berpuasa sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri Persiapan raya sudah siapkah Minggu terakhir berpuasa pasti anda sibuk mempersiapkan pakaian kuih muih dan duit r...
Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Panduan Dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 503 hits
PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRISolat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada...
Senarai Lokasi Rumah Terbuka Hari Raya Yang Boleh Pergi

Senarai Lokasi Rumah Terbuka Hari Raya Yang Boleh Pergi

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 892 hits
Menyambut perayaan Aidilfitri tanpa menghadiri jamuan rumah terbuka memang akan kurang sesuatu Namun aktiviti rumah terbuka juga selalunya dilakukan oleh golongan yang berkemampuan Raja raja melayu dan ahli politik turut tidak melepaskan pe...
Malaysians Usher In Hari Raya At Pm S Open House

Malaysians Usher In Hari Raya At Pm S Open House

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 373 hits
PUTRAJAYA As Hari Raya is celebrated all over the country some members of the public are gathering to usher in the first day at the Prime Minister s open house event Crowds can already be seen at 9am outside the Seri Perdana complex near he...
Dr M Gives A Nod To Efforts Of Foreign Workforce In Hari Raya Message

Dr M Gives A Nod To Efforts Of Foreign Workforce In Hari Raya Message

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 253 hits
ReutersPETALING JAYA Malaysians have much to be thankful for this Hari Raya Aidilfitri in particular the stability of the nation that has allowed Muslims to carry out a month of fasting without any untoward incidents says Prime Minister Tun...
Eratkan Hubungan Sesama Islam Pada Hari Raya Sultan Mizan

Eratkan Hubungan Sesama Islam Pada Hari Raya Sultan Mizan

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 366 hits
KUALA TERENGGANU 1 Syawal 1440H Rabu Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak menyambut hari raya dengan keseronokan semata mata tetapi hendaklah menyambut hari kebesaran ini mengikut lunas...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk