Sedih Sangat Apabila Kawan Yang Kenal Lebih 20 Tahun Hanya Sekadar Beri Rm10 Untuk Majlis Kahwin Anak




Hari ini hujan lebat sejak awal pagi dan sejuknya mencucuk sehingga ke tulang hitam. Saya mula terdetik, mungkin inilah sebabnya ramai orang bernikah/berkahwin pada bulan September. Buktinya, di newsfeed Facebook saya, ramai benar sahabat yang meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada bulan ini.

Saya juga tidak terkecuali. Mengenai kahwin bulan September, sebenarnya saya sudah menerima tiga undangan perkahwinan bagi tarikh 17 September 2016. Sementelah ia adalah hari Sabtu dan cuti sekolah pula. Ia juga masa yang sesuai untuk berkahwin dan membuat persiapan, memandangkan hari Sabtunya, 16 September 2016 merupakan hari cuti umum, Hari Malaysia. Di awal minggunya pula adalah hari raya korban.

Bakal pengantin boleh bercuti panjang mempersiapkan majlis dan diri. Inilah masa terbaik juga bagi keluarga dan sahabat untuk meraikan mempelai di hari bahagia mereka. Bercerita mengenai sahabat yang meraikan perkahwinan sahabat atau anak-anak sahabat, saya ada satu cerita.

Ia berlaku pada tahun lepas di mana ketika itu saya menemui sahabat saya itu setelah dia berjanji untuk memberikan sampul duit raya yang diterimanya semasa ‘salam kaut’ untuk simpanan saya. Iyalah, saya kan pengumpul sampul duit raya. Dapat sampul terpakai pun tak mengapa jika hati sudah suka dengan hobi ini. “Man, ini semua sampul yang aku dapat semasa majlis kahwin anak perempuan aku tu.

Ada yang cantik dan ada yang sudah renyuk berlipat. Kau pilihlah sendiri ye,” katanya setelah kami memesan minuman di restoran mamak pada malam itu. Saya menerimanya dan mengucapkan terima kasih. Sebagai orang yang beradab, saya tidak terus membeleknya biarpun hati saya begitu gelojoh untuk melihat sampul-sampul itu.

Saya sekadar meletakkannya di sisi saya dengan hormat. Saya mula berbual kosong mengenai kelancaran majlis kahwin anaknya itu. “Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Harga lauk dan katering dapat balik tetapi tak ada untung sangatlah.

“Cuma aku sedih bila malam tu, buka sampul yang mereka bagi tu, ada juga yang letak tisu kosong. Tak kisahlah! Cuma aku sedih bila ada kawan yang sudah 20-30 tahun berkawan tetapi beri RM10 sahaja. Itu ke nilai kawan?” katanya meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.

Saya membiarkannya terus meluahkan rasa dan akhirnya saya mula bersuara. “Bang, kalau saya, saya sepatutnya tidak menerima duit itu biar berapa pun nilainya,” Dia tersentak. “Kita buat majlis kahwin anak untuk beritahu orang yang anak kita sudah berumah tangga.

Kita mahu ia diraikan dan dikenali oleh sanak saudara dan rakan tauladan dan sanak saudara. Pada saya perlu bagi duit salam kaut itu sebagai tanda hormat. Orang-orang tua kita dulubiasa amalkan. Cuma pada masa itu, mereka beri kain sarung, kain batik atau beri beras untuk pengantin memulakan hidup sendiri.

“Bagi sahabat, pada saya datang tunjuk muka sudah memadai. Kalau dapat kawan yang dapat datang bantu semasa kenduri lagi bagus, Kenapa saya kata begitu? “soal saya, dia mengangguk, mahu tahu. “Sanak saudara tetap sanak saudara. Hubungan nasab itu membawa sampai mati.

Gaduh hari ini, esok lusa berbaik semula. Tetapi sahabat, lain hubungannya. Ada orang bersahabat untuk diri sendiri sahaja, suami dan isteri mereka tidak bersahabat dengan sahabat suami atau isteri mereka. Jadi, apabila suami atau isteri meninggal dunia atau bercerai, persahabatan itu putus,

“Alangkah indah jika kita bersahabat dan melanjutkan persahabatan itu hingga kepada anak-anak kita. Tak semestinya kita bersahabat kerana dia kaya dan berkedudukan politik atau berpangkat dalam sesuatu syarikat untuk dapat kabel. Tetapi sebagai pihak rujukan dan nasihat apabila kita sudah tiada atau anak-anak perlu nasihat berkecuali. Abang nampak tak ‘point’ saya?” dia mengangguk sambil menghirup perlahan air nescafe panasnya.

“Kita rasa buat kenduri pada hari cuti atau cuti sekolah, semua orang senang datang. Tetapi kita silap. Ada masanya, sahabat kita itu sebenarnya sudah menempah percutian keluarganya enam bulan atau setahun awal. Namun, untuk menghormati kita, dia terpaksa mengubah cuti. Kadang-kadang pakej tak boleh ubah dan duit mereka ‘burned’ begitu sahaja. Ada juga yang dikenakan caj tambahan.

“Lebih menyedihkan lagi apabila sahabat itu terpaksa bermasam muka dengan isteri dan anak-anak mereka semata-mata ingin menghadiri kenduri kita atau anak-anak kita yang tiada kaitan dengan mereka. Kita tidak tahu apa yang terjadi di belakang kita semata-mata ada sahabat yang utamakan setiakawan itu.

”Saya belum cerita lagi bab kos perjalanan seperti minyak, tol dan ada juga sahabat yang terpaksa bermalam di hotel. Sukakah abang kalau sahabat baik kita tidak dapat datang ke kenduri kahwin anak kita dan sebagai ganti hanya mengirimkan duit RM100?” soal saya. Dia menggelengkan kepala. “Jadi, jangan tengok RM10 yang diberi di tangan kita.

Tidak perlu juga tengok atau tanya berapa duit yang sahabat kita habiskan untuk datang ke majlis itu. Tetapi tengoklah nilai persahabatan yang membawanya ke majlis itu. Itu sudah lebih dari cukup.

“Apabila persahabatan dibina dengan nilai ikhlas, insyaAllah sahabat itulah yang akan berada mengiringi kita ke tanah perkuburan nanti, yang akan menjadi mata telinga kita memerhatikan anak-anak kita dan akan menyebut nama kita dalam setiap doanya,” jelas saya panjang lebar. Dia meluru ke arah saya dan memeluk leher saya sambil menangis. Saya cuma terdiam sambil menundukkan kepala.

Saya biarkan dia menangis bagi membasuh noda menilai setiakawan semata-mata nilai salam kaut RM10. Celaka betul, ramai pula yang senyum-senyum melihat dua lelaki dewasa berpelukan di khalayak ramai di kedai mamak pada malam itu. Sumpah aku takkan jejak lagi ke restoran ini seumur hidup. Hahaha!

Kredit: Izman Pauzi/The Reporter © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/sedih-sangat-apabila-kawan-yang-kenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 2 Tahun Kahwin Soal Anak Hazama Serah Pada Allah Tak Mahu Streskan Isteri

Lebih 2 Tahun Kahwin Soal Anak Hazama Serah Pada Allah Tak Mahu Streskan Isteri

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 476 hits
Lebih dua tahun berkahwin penyanyi Hazama akui dia dan isteri Genervie Kam sama seperti pasangan lain iaitu sentiasa mengimpikan cahaya mata dalam perkahwinan Namun Hazama berkata dia percaya dengan ketentuan Allah untuk bila masa yang sesu...
Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 535 hits
Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya s...
Masa Dia Kecil Saya Sibuk Sangat Kerja 12 Tahun Saya Terlepas Moment Tu Ibu Ini Kongsi Hargai Masa Bersama Anak

Masa Dia Kecil Saya Sibuk Sangat Kerja 12 Tahun Saya Terlepas Moment Tu Ibu Ini Kongsi Hargai Masa Bersama Anak

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 726 hits
Bermula seawal 5 pagi ibu ibu yang bekerjaya akan sibuk menguruskan anak anak untuk dihantar ke pusat asuhan dan sekolah Waktu pulang anak anak kecil ini pula terkadang sehingga 8 malam jika si ibu mempunyai tugasa yang banyak di pejabat Ha...
Selepas Dua Tahun Kahwin Masih Ramai Tak Kenal Isteri Hazama Ini Biodata Genervie Kam Yang Bukan Calang Calang

Selepas Dua Tahun Kahwin Masih Ramai Tak Kenal Isteri Hazama Ini Biodata Genervie Kam Yang Bukan Calang Calang

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1412 hits
Penyanyi Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam atau nama sebenarnya Kam Shi Ling dengan sekali lafaz pada 15 Januari 2017 Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat kedua dua be...
Mudah Je Tak Adalah Teruk Sangat Potty Training Ibu Kongsi Tip Latih Anak 2 Tahun Ke Tandas

Mudah Je Tak Adalah Teruk Sangat Potty Training Ibu Kongsi Tip Latih Anak 2 Tahun Ke Tandas

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 553 hits
Seiring pertambahan usia ibu perlu melatih si kecil untuk menggunakan tandas Ia boleh dilakukan apabila anak bersedia Tip yang dikongsikan ibu ini boleh membantu Ibu Puan berkongsi apa yang dilakukan kepada anaknya Imani yang berusia 2 tahu...
Perjalanan Ke Klia Dan Klia2 Menjadi Lebih Murah Dengan Tambang Hanya Rm10

Perjalanan Ke Klia Dan Klia2 Menjadi Lebih Murah Dengan Tambang Hanya Rm10

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 273 hits
Bagi memberikan kelancaran perjalanan dan kemudahan kepada penumpang yang menuju ke KLIA dan KLIA2 Kementerian Pengangkutan di bawah Anthony Loke telah mengumumkan perkhidmatan bas ulang alik pada bulan lalu Kini penumpang juga bakal menikm...
Kami Keluar Hanya Sebagai Kawan Tidak Lebih Dari Itu Oktovia Manrose Jawab Tuduhan Curang Dengan Aliff Aziz

Kami Keluar Hanya Sebagai Kawan Tidak Lebih Dari Itu Oktovia Manrose Jawab Tuduhan Curang Dengan Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1438 hits
PELAKON Oktovia Manrose tampil menyangkal dakwaan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan aktor itu Oktovia berkata tuduhan dia berkunjung ke sebuah kelab malam bersama Aliff juga tidak berasas ke...
Gara Gara Beri Handphone Ikut Kehendak Anak Tak Kira Siang Atau Malam Kanak Kanak 3 Tahun Disahkan Rabun Juling

Gara Gara Beri Handphone Ikut Kehendak Anak Tak Kira Siang Atau Malam Kanak Kanak 3 Tahun Disahkan Rabun Juling

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 938 hits
Memang menjadi trend ibu bapa zaman sekarang memberikan anak gajet dengan alasan anak akan kurang mengamuk dan senang untuk dijaga Namun kesan gajet amat membahayakan kesihatan anak Mata boleh menjadi rabun anak kurang social interaction st...
Enam Ketul Bertih Jagung Tersekat Dalam Paru Paru Nash Padah Beri Anak Kudapan Ini Jika Mereka Di Bawah Usia 5 Tahun

Enam Ketul Bertih Jagung Tersekat Dalam Paru Paru Nash Padah Beri Anak Kudapan Ini Jika Mereka Di Bawah Usia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 402 hits
Sudah menjadi kebiasaan kalau menonton filem kita gemar mengunyah bertih jagung bahkan ini jugalah kudapan yang akan kita berikan kepada anak anak supaya mereka leka ketika filem sedang ditayangkan dan tidak merengek itu ini Tahukah anda ta...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord