Sedih Owhh Tidak Lawan Tetap Lawan
SIRI 1
MOHD MUKHLIS
Ada yang DM saya tadi kata sedih PH tak dapat balik kuasa, ada juga yang sindir gelak kata PM tepi, ada yang gelak kata Anwar gagal dari 1997, tak kurang juga yang kata sudah putus harapan dengan sistem demorakrasi sebab sia-sia sahaja turun undi. Tapi sebenarnya kita berjaya pada 2018; jangan lupa kita berjaya pecah mitos yang UMNO tak boleh di kalahkan.
Jadi orang melayu boleh hidup tanpa UMNO. Bezanya kalau Mahiadin jadi PM sampai PRU15, PH susah nak menang balik sebab UMNO boleh kata mereka bukan PM. Jadi bila mereka PM, dan gagal mereka tak ada alasan lagi. Silap-silap dengan GPS sekali kena tapau di Sarawak; ingat rakyat memerhati, sosial media penetration kita antara yang tertinggi di dunia, 86% tu.
Tuan-tuan, setiap zaman pada akan ada ujian untuk mereka sendiri. Dan ujian kita di Malaysia ini adalah untuk mencerdikkan bangsa kita dari penipuan ahli politik yang rakus dan khianat. Kena terus istiqamah mengajak pada kebenaran dan kebaikan.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang beruntung" (QS Ali Imran: 104).
Saya ulang balik pada rakan-rakan saya yang duk gelak pasal PM tepilah, saya kata dia PM tepi pun elaun MP tetap masuk, MP ada keistimewaan boleh boleh rentas negeri.
Sebelum nak gelak dekat orang, awak tu dah berapa lama tak boleh balik kampung tengok orang tua?
Raya lepas berapa kali berapa kali raya tak dapat cium tangan ibu bapa, atau ibu bapa yang berapa lama tak dapat
peluk
anak-anak? Berapa ramai atuk dan nenek yang tak dapat pegang cucu sendiri?
Berapa ramai kenalan dekat dan jauh anda yang dah meninggal akibat Covid? Brought In Dead itu contoh kegagalan yang nyata. Benda ini jadi sebab mereka tak sempat di rawat di hospital. Ada yang kata mereka dah cuba sedaya upaya, kalau sedaya upaya tak ada lah banyak BID tu, BID tu tanda kegagalan yang nyata. Ini tak termasuk varian delta, gamma, lambda, kappa etc. Negara lain dah start discuss booster shot untuk delta tapi kita masih tak tahu apa.
Patut masalah ini kena bawa di parlimen dan bincang untuk tindakan segera, tapi mereka tak tahu buat apa.
Jadi saya nak tanya, yang awak gembira sangat kenapa? Lain lah cytro JKOM, gaji mereka di bayar untuk pretent rakyat happy. they need to serve their political master.
Saya ada member yang kerja kantin sekolah, dia cakap memang sakit zaman PN. Yang ada kilang pun tutup, buka gerai, kalau habis pakat semua buka gerai tepi jalan, siapa yang nak bayar income tax? Bab tax jangan tanya PakText ya. Yang dah habis duit dalam KWSP tak boleh nak korek apa lagi dah. Adakah awak gembira untuk mereka? Sebab tu fitch report ramal pertumbuhan 0% untuk 2021 (kena faham sikit bab ekonomi baru kita tahu di ke mana duit di belanjakan)
Dari dulu saya kata, sokong apa yang berfaedah untuk kita. Sebab itu saya dari dulu menulis untuk educate rakyat kenapa kena cakna dengan politik.
Tahun ini nak masuk 2 tahun anak kita PdPR, macam Dr Maszlee kata, dia bimbang dengan nasib dan masa depan anak kita. Awak gelak pada orang yang cuba untuk perbaiki nasib dan masa depan anak-anak awak. Kita ini berada di dalam kegagalan kerajaan yang lepas bukan sebab Perdana Menteri sahaja, seluruh kabinet gagal.
Keputusan kabinet adalah secara kolektif, fahamkan ini dulu. Sebab itu bila Mail Sabri kata di dah tutup pintu depan tapi Jemin buka pintu belakang, itu semua wayang. Apa-apa sahaja keputusan kabinet adalah tanggungjawap bersama.
Kalau siapa-siapa anggap Mail Sabri naik akan ada keajaiban, jangan mimpi. Orang putih kata putting an old wine in the new bottle. Alasan saya senang sahaja. 113 sokongan yang di dapat itu bukan percuma pasti ada political patronage. Pasti akan akan yang sibuk lobi TPM, jadi menteri, jadi timbalan menteri atau duta.
Awak ingat di berani nak reform potong separuh dari kabinet? Best case scenario, dia akan shuffle few kementerian penting macam lubuk duit MOF, dalam negeri dan pertahanan. Yang lain maybe dia akan retain muka yang sama untuk same support. Silap-silap Duta timur tengah dan duta khas bertaraf menteri ke China pun retain sekali.
Jadi kalau muka yang sama, what kind magic that you hope?
Tapi yang paling penting, Bersatu akan rasa the taste of their own medicine. Kalau AG bertukar, nampak geng-geng bersatu yang Najib duk bising dalam FB dia nanti pula akan jadi kluster Mahkamah. ( itu satu benda yang saya risau kalau Anwar jadi PM dan dapat sokongan dari geng pengkhianat, macam mana hendak buat dengan Xavier misalnya, dah Allah telah beri jawapan). Ini baru jangka masa terdekat. Dan kalau mereka tak dapat apa yang mereka hendak, bergaduh lagi la jawapnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/08/sedihowhh-tidaklawan-tetap-lawan_21.html