Sedih Karya Diconteng Tapi Kami Tak Serik Untuk Hasilkan Mural Lagi Pelukis Mural



SHAH ALAM: "Walaupun hasil seni kami dicemari vandalisme dan kini terpaksa 'dipadam' sepenuhnya, tapi ia langsung tidak buat kami serik untuk berkarya lagi," kata pelukis mural gergasi potret pemimpin negara, Muhamad Firdaus Nordin

Beliau merupakan seorang daripada tiga pelukis berbakat yang mengekspresikan penghargaan mereka kepada pemimpin negara menerusi karya potret mural gergasi pada dinding sebuah bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini

Pada Isnin, mural itu dicemari vandalisme, dengan contengan semburan cat merah memaparkan kata-kata yang tidak menyenangkan, sehingga menyebabkan seluruh lukisan di dinding itu terpaksa dipadam dengan cara dicat semula dengan warna putih

Muhamad Firdaus berkata beliau dan rakan-rakan pada awal lagi pernah menjangka hasil seni mereka itu ada kemungkinan akan dirosakkan pihak tertentu, namun kejadian vandalisme yang berlaku pada Isnin di luar jangkaan kerana tempohnya agak singkat sejak potret mural gergasi menjadi tular baru-baru ini


"Tipulah kami tidak sedih tengok hasil seni titik peluh kami diconteng sebegitu kemudiannya dipadam sepenuhnya. Kami tidak diupah untuk melukisnya, tetapi dengan menyiapkan lukisan itu, ia sudah beri satu tahap pencapaian membanggakan yang tidak disangka-sangka kepada kami," katanya kepada Bernama semalam

Beliau menjelaskan walaupun hasil seninya bersama rakan Muhammad Suhaimi Ali dan Abdul Hadi Ramli tidak 'dihargai' pihak tertentu sehingga diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan, namun ia langsung tidak melunturkan semangat ketiga-tiga mereka, malah mereka tidak keberatan untuk melukis kembali di lokasi sama

"Perbincangan untuk lukis atau tidak (di lokasi sama) akan dibuat selepas keadaan kembali reda dan mendapat kebenaran MBSA. Siasatan terhadap pelaku vandalisme pun sedang dilakukan oleh polis...apabila semua dah selesai, kita tengok macam mana

"Saya cuma berharap kedua-dua suspek yang disyaki menconteng hasil lukisan mural itu ditangkap secepat mungkin kerana ia bukan saja menimbulkan kemarahan kami, tapi juga kebanyakan rakyat sebab mereka menconteng lukisan itu khususnya potret Yang di-Pertuan Agong dengan kata-kata kesat," katanya

Antara yang diabadikan sebagai hasil karya mural gergasi itu adalah lukisan wajah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata polis sedang meneliti dari pelbagai sudut kemungkinan mengenai perbuatan vandalisme menconteng perkataan tidak menyenangkan pada mural itu

"Kalau (pelaku itu) orang yang biasa yang buat conteng ini, dia merupakan seseorang yang melakukan kesalahan. Kita akan ambil tindakan mengikut kesesuaian," katanya kepada media di bangunan Parlimen selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) bilangan 1/2020

Sumber: BERNAMA

sumber Sehinggit Media News

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/07/sedih-karya-diconteng-tapi-kami-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelukis Mural Sedih Karya Terpaksa Dipadam Atas Sebab Individu Tidak Bertanggungjawab

Pelukis Mural Sedih Karya Terpaksa Dipadam Atas Sebab Individu Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 274 hits
Ohmedia geram betul dengan individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan lukisan mural wajah wajah hero kita dengan kata kata kesat yang dihasilkan oleh pelukis Suhaimi Ali di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam Walaubagaimanapun Suha...
Pelukis Terkilan Mural Pemimpin Diconteng Mahu Lukis Semula

Pelukis Terkilan Mural Pemimpin Diconteng Mahu Lukis Semula

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM 20 JULAI Pelukis potret beberapa pemimpin negara termasuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjadi sasaran contengan kata kata kesat bertekad untuk melukis semula mural itu di lokasi lain Terkilan dengan perbuatan biadab sedemikian Mu...
Pelukis Mural Sedih Kecewa

Pelukis Mural Sedih Kecewa

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 424 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pelukis Muhammad Suhaimi Ali 27 Abdul Hadi Ramli 27 dan Muhammad Firdaus yang menghasilkan mural gergasi potretnya di Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam SAYA terkilan dan sedih denga...
Gambar Mural Agong Dr Noor Hisham Muhyiddin Diconteng Kata Kata Kesat

Gambar Mural Agong Dr Noor Hisham Muhyiddin Diconteng Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 934 hits
Gambar grafiti atau mural ini viral selepas malaysia dikatakan hampir berjaya menangani covid19 daripada tersebar dengan luasnya Sebagai simbolik jasa mereka yang terlibat pelukis telah membuat satu murah wajah wajah mereka yang menjadi fro...
Mural Pemimpin Negara Diconteng Perkataan Kesat

Mural Pemimpin Negara Diconteng Perkataan Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 348 hits
Mural Pemimpin Negara Diconteng Perkataan Kesat Apa sudah jadi dengan segelintir rakyat Malaysia atau pun perlakuan ini dari warga asing persoalan yang sukar untuk kita jawab ketika ini Kita serahkan sahaja semua kepada pihak berkuasa untuk...
Sultan Selangor Murka Sangat Dukacita Lukisan Mural Pemimpin Negara Diconteng

Sultan Selangor Murka Sangat Dukacita Lukisan Mural Pemimpin Negara Diconteng

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 580 hits
Isu lukisan mural yang telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab itu telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang murka dengan tindakan tidak bermoral tersebut Dalam satu kenyataan melalui kiriman...
Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

Busuknya Hati Mural Wajah Wira Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah Ydp Agong Diconteng Ditulis Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 996 hits
144 total views 144 views today Tular lukisan potret mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid 19 di negara telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab Antaranya potret Yang di Pertuan Agong Perd...
Rakaman Cctv Lukisan Mural Diconteng 2 Wanita Hina Ydpa Pemimpin Diburu Video

Rakaman Cctv Lukisan Mural Diconteng 2 Wanita Hina Ydpa Pemimpin Diburu Video

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 568 hits
Rakaman CCTV lukisan mural diconteng Suspek 2 wanita hina YDPA pemimpin kini diburu BUKTI rakaman cctv lukisan mural diconteng wanitaBukti Rakaman CCTV lukisan mural diconteng oleh suspek 2 wanita FULL VIDEO
Tular Mural Wajah Ydpa Dr Noor Hisham Dan Pemimpin Pn Diconteng Dengan Tulisan Carutan

Tular Mural Wajah Ydpa Dr Noor Hisham Dan Pemimpin Pn Diconteng Dengan Tulisan Carutan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1054 hits
Foto FacebookTular gambar dan video mural hasil kreativiti anak muda tempatan yang mengiktiraf peranan beberapa individu dalam kejayaan menangani pandemik wabak Covid 19 telah diconteng dengan perkataan perkataan yang tidak enak untuk diseb...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Beli Comfiislipper

Kenapa Lain Sangat Nampak Lagi Tua Daripada Che Ta Netizen Terkedu Wajah Fathia Latiff Jadi Perhatian

3 5 2024 Hq Meeting Updates

Putrajaya To Publicise Record Of Adverse Effects From Vaccines

Ignorance Is Bliss Netizens React To Motorist Driving With Petrol Nozzle Still Stuck To Vehicle

Persidangan Ketua Agama Tak Sentuh Akidah Bukan Agenda Pluralisme