Pelukis Terkilan Mural Pemimpin Diconteng Mahu Lukis Semula
SHAH ALAM, 20 JULAI: Pelukis potret beberapa pemimpin negara termasuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjadi sasaran contengan kata-kata kesat bertekad untuk melukis semula mural itu di lokasi lain.
Terkilan dengan perbuatan biadab sedemikian, Muhammad Suhaimi Ali, 27, berkata karya itu penghargaan kepada pemimpin negara dalam memerangi pandemik Covid-19, bukan bermotif politik.
Beliau berkata mereka berkongsi kos RM500 dari poket sendiri untuk menghasilkan karya itu yang siap sepenuhnya akhir Jun lalu.
“Kejadian ini tidak mematahkan semangat kami. Potret sama akan dilukis semula di kawasan lain sebab kami sangat menghargai pengorbanan semua pemimpin ini,” katanya yang menghasilkan mural bersama dua lagi rakannya, Mohamad Firdaus, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27.
Ia memaparkan wajah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Firdaus, seorang pelukis potret itu, bergegas ke lokasi mural di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat sini jam 9.30 pagi bagi memadam contengan sebaik sahaja mengetahui karya tersebut menjadi sasaran vandalisme.
“Saya bawa sekali kanvas dan cat sebab nk tutup contengan kata-kata kesat tu. Sebab saya tak mahu ada yang ambil gambar dan sebarkan kerana ia membabitkan Agong (Yang di-Pertuan).
“Bila sampai pemilik bangunan dah ada (di lokasi). Dia tak bagi cat sebab polis nak datang ambil bukti. Saya cuma pasang kanvas elakkan orang awam ambil gambar,” katanya.
Pada 10 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli melawat mural tersebut diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda baginda.
Dr Noor Hisham turut bergambar bersama mural potretnya dan menghargai hasil seni tempatan.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/pelukis-terkilan-mural-pemimpin.html