Sedih Dua Jam Tunggu Abah Ambil Balik Sekolah Tapi Terlupa Sebenarnya Abah Dah Takde
Ibu bapa merupakan pasangan yang terpenting di dalam kehidupan seorang anak. Perkara ini kerana ibu bapa yang membesarkan seorang anak sehingga berjaya ketika dewasa. Walaupun anak telah meningkat dewasa, hubungan antara anak dan ibu bapa akan kekal malah menjadi lebih erat dari sebelumnya.
Namun, setelah ibu atau bapa meninggal dunia, seorang anak pastinya kehilangan nikmat yang dirasainya pada sebelum ini. Sudah pastinya rasa rindu akan terus bermain di dalam diri anak tersebut. Perkara ini boleh terjadi sehingga ada yang menganggap ibu bapanya masih berada bersamanya melakukan rutin harian.
Kisah tersebut dapat dilihat menerusi kiriman yang dibuat menerusi laman Twitter @nataesha_ teringatkan kembali rutin harian yang dilakukan bersama bapanya.
Dulu kan, before my dad meninggal, he used to drive me anywhere i go. So after he passed away, i have to take public transport to go anywhere included school. So one day after i balik sekolah, i forgot that he is gone & wait for him almost 2 hours to take me home.
i am dumb.
— Tasha (@nataesha__) June 25, 2019
Menerusi kiriman tersebut, dia sudah terbiasa dengan bapanya sehingga terlupa bapanya telah meninggal dunia dan mengharapkan bapanya akan menjemputnya pulang dari sekolah.
So one day after i balik sekolah, i forgot that he is gone & wait for him almost 2 hours to take me home.
Perasaan tersebut bermain di dalam fikirannya kerana telah terbiasa dengan perkara tersebut. Ini kerana sebelum bapanya meninggal, dia akan dihantar oleh bapanya untuk ke destinasi yang ingin dituju. Namun, sekarang dia sudah kehilangan salah satu nikmat yang pasti dirinduinya itu.
Dia juga akan mengingati arwah bapanya ketika dia lapar walaupun berada di dalam kelas.
Then one day masa kat kelas tiba tiba i lapar pastu my thought was like “oh takpa balik ni makan dengan abah kat mamak”
bila dah otw keluar pagar sekolah baru ingat yang i balik sorang.
Kisah yang dikongsikan di ruangan Twitter itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata memberi kekuatan kepada gadis tersebut. Selain itu, tidak kurang juga yang turut menceritakan pengalaman yang sama seperti yang dialaminya.
“This story really hit me hard”
“Banyak-banyak sedekah al-fatihah dan doa for your dad okay”
“Nak terima tu.. Hanya Allah je tahu.. Sakit nye macam mana..Rindu”
Sumber: Twitter @nataesha_
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/06/29/sedih-dua-jam-tunggu-abah-ambil-balik-sekolah-tapi-terlupa-sebenarnya-abah-dah-takde/