Sediakan Tisu 10 K Drama Ini Mesti Akan Buat Korang Nangis
Siapa kat sini peminat tegar K-Drama?
Ada beberapa K-Drama mampu membuat penonton ketawa, buat sesetengah penonton berjaga pada waktu malam atau memberi motivasi untuk melakukan yang terbaik dalam hidup.
Bukan itu sahaja, ada juga K-Drama yang berjaya menyentuh hati penonton, sama ada dari segi lakonan, skrip atau babak yang ditunjukkan. Memang nangis la! Ada banyak drama yang boleh buat penonton menangis, tapi kali ini, Kimchi Daily akan berkongsi 10 K-Drama yang korang kena tonton kalau tengah nak ‘feeling feeling’ emosi!
1. REPLY 1988 (2016)
Pelakon utama: Lee Hye-ri, Park Bo-gum, Ryu Jun-yeol
“Reply 1988” mengisahkan tentang hubungan antara remaja dan ibu bapa mereka. Drama ini mempamerkan perjuangan anak-anak remaja untuk mengatasi isu yang boleh dikaitkan dengan setiap remaja kini dan bagaimana mereka berkembang setelah melalui semua dugaan dalam kehidupan. Drama ini sedih kerana kebanyakan penonton boleh rasa terkait apabila ianya melibatkan keluarga dan rakan-rakan.
2. MOON LOVERS: SCARLET HEART RYEO (2016)
Pelakon utama: Lee Joon-gi, IU, Kang Ha-neul, Nam Joo-hyuk
“Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo” bermula apabila gerhana matahari penuh berlaku, seorang wanita abad ke-21 dibawa kembali ke zaman Dinasti Goryeo Korea dalam mayat gadis berusia 16 tahun (IU). Di sana dia menyaksikan cinta, persaingan, politik, dan persahabatan berlaku antara putera kacak, dalam perebutan takhta dan persahabatan. Apa yang menyebabkan drama ini sedih, apabila watak harus menghadapi kematian orang yang disayangi.
3. UNCONTROLLABLY FOND (2016)
Pelakon utama: Kim Woo-bin, Bae Suzy, Lim Ju-hwan, Lim Ju-eun
Shin Joon-young (Kim Woo-bin) dan Noh Eul (Bae Suzy) adalah rakan sekelas yang dipisahkan semasa remaja mereka kerana hubungan malang, tetapi kemudian mereka bertemu semula ketika dewasa. Shin Joon-young kini menjadi pelakon-penyanyi terkemuka manakala Noh Eul ialah penerbit dokumentari. Pertemuan semula dengan No Eul akan membuatkan Joon-young ingin menyambung semula hubungan mereka, namun kesihatannya tidak memihak kepada mereka.
4. MR. SUNSHINE (2018)
Pelakon utama: Lee Byung-hun, Kim Tae-ri, Yoo Yeon-seok, Kim Min-jung
“Mr. Sunshine” mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang dilahirkan dalam perhambaan tetapi selepas peristiwa traumatik, dia melarikan diri ke Amerika Syarikat semasa Shinmiyangyo 1871 (ekspedisi A.S. ke Korea). Dia kembali ke Joseon kemudian sebagai pegawai Kor Marin Amerika Syarikat, dan akhirnya bertemu serta jatuh cinta dengan anak perempuan bangsawan. Namun, disebakan perbezaan status antara mereka, ada banyak cabaran yang harus mereka tempuhi.
5. IT’S OKAY TO NOT BE OKAY (2020)
Pelakon utama: Seo Ye-ji, Kim Soo-hyun, Park Gyu-young, Oh Jung-se
Kalau Kim Soo-hyun menangis, mesti penonton pun akan terikut sebak kan? Haa sama juga la macam dalam drama ini. “Its Okay To Not Be Okay” membawa kisah tentang seorang lelaki yang bekerja di wad psikiatri dan seorang wanita, dengan gangguan personaliti antisosial, yang merupakan seorang penulis buku kanak-kanak yang popular. Setiap watak mempunyai kesakitan yang disembunyikan, yang mana akan dikupaskan sedikit demi sedikit dalam setiap episod.
6. IT’S OKAY, THAT’S LOVE (2014)
Pelakon utama: Jo In-sung, Gong Hyo-jin, Lee Kwang-soo, D.O
Drama ini memaparkan kisah orang yang menyembunyikan penyakit ‘mental’ mereka. Melalui satu sama lain mereka belajar bahawa bukan mereka sahaja yang terluka, dan mereka bukan satu-satunya yang menderita atau bersendirian. Ini adalah kisah mesra yang menunjukkan bahawa setiap orang adalah istimewa dengan cara mereka sendiri, dan ianya tidak pelik sama sekali. Salah satu drama terbaik yang memberi fokus tentang kesihatan mental!
7. GOBLIN (2016)
Pelakon utama: Gong Yoo, Kim Go-eun, Lee Dong-wook, Yoo In-na
“Goblin” ialah kisah percintaan fantasi tentang seorang jembalang zaman moden (Gong Yoo) yang berusaha untuk menamatkan kehidupan abadinya yang terkutuk dan memerlukan pengantin manusia (Kim Go-eun) untuk berbuat demikian. Kehidupannya kemudian menjadi terjalin dengan penuai suram (Lee Dong-wook) yang tidak dapat mengingati masa lalunya.
8. HI BYE, MAMA! (2020)
Pelakon utama: Kim Tae-hee, Lee Kyu-hyung, Seo Woo-jin
Cha Yu-ri (Kim Tae-hee) telah menjadi ‘hantu’ sejak dia meninggal dunia dalam kemalangan tragis lima tahun lalu. Melalui projek penjelmaan semula, dia diberi peluang untuk menjadi manusia semula jika berjaya kembali ke tempatnya dalam tempoh 49 hari. Bagaimanapun, suaminya, Cho Gang-hwa (Lee Kyu-hyung) kini telah berkahwin semula dengan wanita lain. Kisah seorang isteri dan ibu yang ingin kembali hidup bersama keluarganya dalam dunia realiti, memang menyentuh emosi.
9. MY MISTER (2018)
Pelakon utama: Lee Sun-kyun, IU, Lee Ji-ah, Jang Ki-yong
“My Mister” mengisahkan tentang seorang wanita muda (IU) yang miskin dan sarat hutang, bergelut untuk terus hidup sambil dia merawat neneknya yang pekak dan sakit. Pada suatu hari, dia secara tidak sengaja membina ikatan dengan salah seorang penyelianya yang sama sengsara (Lee Sun-kyun), yang tertakluk kepada penelitian dan manipulasi oleh rakan sekerja. Menahan beban hidup masing-masing, mereka bersatu, membentuk perhubungan baharu, merahsiakan sebahagian daripada diri mereka, tetapi akhirnya menyembuhkan parut lampau satu sama lain.
10. YOUTH OF MAY (2021)
Pelakon utama: Go Min-si, Lee Do-hyun, Keum Sae-rok, Lee Sang-yi
“Youth of May” berlatarkan tahun 1980 semasa Pemberontakan Gwangju, yang mengikuti kisah cinta pelajar perubatan Hwang Hee-Tae (Lee Do-hyun) dan jururawat Kim Myung-Hee (Go Min-si). Daripada memfokuskan pada barisan hadapan Pemberontakan Gwangju, drama ini adalah mengenai cinta dan persahabatan orang muda yang mengharapkan kehidupan ‘normal’.
Drama yang mana korang rasa paling sedih sekali?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/sediakan-tisu-10-k-drama-ini-mesti-akan-buat-korang-nangis/