Sediakah Anwar Beri Laluan Untuk Tun M Jadi Pm Melebihi Dua Tahun




Untuk kesekian kalinya, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi ketetapannya bahawa beliau hanya menjadi Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun saja.


"Saya telah berjanji akan meletakkan jawatan. Saya akan pegang janji itu.


"Adakah anda ingat ada sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya.


"Saya satu-satunya diktator yang meletak jawatan," katanya lagi.


Tambah Tun Mahathir lagi, sebaik meletakkan jawatan nanti,  beliau akan menyerahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk menggantikannya.


Bagaimanapun, katanya, jika Anwar sedia memberi laluan lebih lama kepadanya menjadi Perdana Menteri, maka dapatlah beliau memegang jawatan itu sehingga dua tahun setengah lamanya.


"Kalau dia (Anwar) izin dua tahun setengahlah (jadi Perdana Menteri)," kata Tun Mahathir berseloroh sambil melirik kepada Anwar yang duduk di sebelahnya.


Daripada reaksi Tun Mahathir kali ini, meskipun nampaknya tetap berpegang kepada janji untuk hanya menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja, tetapi beliau juga tiada masalah untuk memegang jawatan itu dalam tempoh yang melebihi dua tahun.


Ia tentunya jika usaha-usaha memulihkan ekonomi dan menyelesaikan hutang-hutang negara masih tidak selesai dalam tempoh dua tahun beliau menjadi Perdana Menteri.


Tetapi, sebagai menghormati janji yang sudah dilafazkannya itu, selain Pakatan Harapan boleh membuat ketetapan lain berhubung masa beliau sepatutnya berundur, ia juga boleh dilakukan jika Anwar sendiri yang memberi keizinan kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun.


Meskipun hanya berseloroh jika Anwar memberi laluan, dapatlah beliau menjadi Perdana Menteri sehingga dua tahun setengah, hakikatnya kata-kata Tun Mahathir itu bukanlah selorohan kosong semata-mata.


Ia barangkali menuntut Anwar untuk berfikir dengan serius tentang negara dan tidak hanya mengutamakan kepentingan peribadinya sahaja, lebih-lebih lagi jika masalah ekonomi dan hutang masih banyak yang tidak selesai.


Pendirian Tun Mahathir itu juga nampaknya selari dengan kenyataan Setiausaha Politiknya, Zahid Md Arip baru-baru ini yang berpendapat  adalah wajar untuk Anwar sendiri memujuk Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk menjadi Perdana Menteri bagi tempoh melebihi dua tahun.


Ini kerana, kata beliau, tempoh masa dua tahun adalah terlalu singkat bagi Tun Mahathir menyelesaikan pelbagai masalah serta kerosakan dalam negara yang ditinggalkan UMNO dan BN yang telah mentadbir negara ini selama 61 tahun lamanya.


Kenyataan itu kemudian disusuli dengan usul Bersatu Bahagian Setiawangsa yang juga diketuai Zahid dalam mesyuaratnya 29 Oktober baru-baru ini yang membuat ketetapan agar Tun Mahathir diberi tempoh memegang jawatan Perdana Menteri selama sepenggal sehingga PRU15.


Daripada semua rentetan itu, maksud yang paling mudah difahami ialah Tun Mahathir hanya akan senang hati menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun jika Anwar sendiri yang sedia memberi laluan  kepada perlanjutan tempoh masa itu.


Jika tidak, sebagaimana dijanjikan, Tun Mahathir tetap akan berundur selepas dua tahun untuk memberi laluan kepada Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sekarang.


Persoalannya, bagaimana dengan Anwar?


Sediakah beliau memberi keizinan untuk Tun Mahathir lebih lama menjadi Perdana Menteri atau Anwar tetap berkeras  mahu mengambil alih jawatan itu genap-genap dua tahun selepas Tun Mahathir mendudukinya sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini?


Atau kalau ditanya pendapat rakyat secara umum, apa agaknya pendapat mereka - Tun Mahathir perlu diberi lebih masa sebagai Perdana Menteri dan Anwar kena bersabar dulu atau Tun Mahathir wajib undur sebaik mencecah titik masa dua tahun untuk digantikan segera dengan Anwar? (ShahbudinHusin 04/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/sediakah-anwar-beri-laluan-untuk-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Jadi Pm Dua Tahun Atau Tak Tahu Lah Kalau Anwar Bagi Izin Dua Tahun Setengahlah Seloroh Dr M

Anwar Jadi Pm Dua Tahun Atau Tak Tahu Lah Kalau Anwar Bagi Izin Dua Tahun Setengahlah Seloroh Dr M

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 311 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamas berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun mentadbir negara Hal...
Meluluskan Usul Kekalkan Tun 5 Tahun Tidak Bertamaddun

Meluluskan Usul Kekalkan Tun 5 Tahun Tidak Bertamaddun

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 277 hits
https www amenoworld org 2018 11 ppbm setiawangsa luluskan usul tun htmlHanya rakyat boleh bebas membuat keputusan atau memberi pandangan parti komponen terikat dengan perjanjian dan persetujuan Cara sayang dan hormati Tun dengan meminta te...
Anwar Akan Ambil Balik Tetapi Terpulang Kepada Rakyat Tun M

Anwar Akan Ambil Balik Tetapi Terpulang Kepada Rakyat Tun M

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 372 hits
Ini kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu jawatan perdana menteri dan penggantinya ketika ditanya semasa Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Karangkraf di Kompleks Karangkraf Shah Alam semalam Tun M Saya tidak dapa...
Rahsia Panjang Umur Tun Mahathir Masih Sembahyang Berdiri Walau Umur Lebih 90 Tahun

Rahsia Panjang Umur Tun Mahathir Masih Sembahyang Berdiri Walau Umur Lebih 90 Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 558 hits
Tun Mahathir telah mencipta sejarah yang besar dalam arena politik Malaysia dan dunia Baru baru ini Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri ke 7 Malaysia walaupun pada usia 92 tahun Apa rahsia panjang umur Tun Mahathir ni ye Tun Mahathir...
Anwar Mahu Rakyat Kekal Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

Anwar Mahu Rakyat Kekal Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 369 hits
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya terus menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri walaupun menurutnya terdapat pelbagai cubaan mengeruhkan hubungan antara mereka berd...
Kecoh Satu Dewan Bila Shahidan Kassim Kata Tun Mahathir Anwar Dna Umno Dap Rampas Mereka

Kecoh Satu Dewan Bila Shahidan Kassim Kata Tun Mahathir Anwar Dna Umno Dap Rampas Mereka

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 399 hits
Kecoh Satu Dewan Bila Shahidan Kassim Kata Tun Mahathir Anwar Dna Umno Dap Rampas Mereka
Tasha Shilla Dedah Sudah Dua Tahun Alami Kemurungan

Tasha Shilla Dedah Sudah Dua Tahun Alami Kemurungan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 373 hits
Dalam entri terbaru yang dimuat naik Tasha Shilla pelakon itu mendedahkan beliau pernah mengalami kemurungan selama dua tahun Jelas Tasha disebalik senyuman The post appeared first on
Dua Tahun Hidap Depression Tasha Shila Buka Cerita Pulih Dari Kemurungan

Dua Tahun Hidap Depression Tasha Shila Buka Cerita Pulih Dari Kemurungan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 652 hits
Pelakon Tasha Shila yang sering menghiasi kaca televisyen dengan drama lakonannya baru baru ini telah memuat naik gambar di Instagram Dalam kapsyennya dia berkongsi pengalaman dirinya yang berhadapan dengan tekanan kemurungan Berikutan pend...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right