Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan Si Pemberinya
Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan Si Pemberinya. Sebarkan bahagian dan kebaikan juga sedekah jika diniatkan begitu. Mudahnya melakukan sedekah dengan daya dan kemampuan kita. Kalau kita mampu dan ada wang lebih, sedekahlah wang ringgit. Bila kita mampu sedekah barangan atau makanan, berbuatlah begitu. Sedekah makanan adalah sedekah yang terbaik. Wallahua'lam..
Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.
Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan
Adakah kamu tahu antara kebaikan-kebaikan sedekah itu?
Rujukan dari hadis-hadis sahih...
1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT
2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang lain.
3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan, In Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam.
4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah, dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.
7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT.
8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.
9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dilakukan.
10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.
11. Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah.
13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang-orang yang disayang oleh masyarakat.
14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.
15. Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah.
16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.
17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.
18. Sedekah adalah ubat.
19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.
20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung.
Dengan izin Allah, semoga kita semua beroleh ilmu dan manfaat daripada artikel yang disiarkan. Ilmu ini harus disebarkan kerana ia juga merupakan kebaikan bersedekah yang akan dirasai oleh lebih ramai orang.
Saya siarkan semula kebaikan-kebaikan bersedekah agar saudara atau saudari yang telah berkongsi sebelum ini diterima kebaikannya sebagai amalan sedekahnya.Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2017/08/sedekah-adalah-ubat-dan-kegembiraan-si.html