Peminggiran Bahasa Malaysia Semakin Ketara Dikalangan Mereka


GLC, GLIC kurang peka isu rakyat?
Persoalan perdebatan syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) giat diperkatakan sejak kebelakangan ini dari segi kebersamaan bersama kerajaan dalam menangkis penularan Covid-19 seperti dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Komitmen dan sumbangan GLC dan GLIC dipersoalkan dalam pandemik ini. Sepatutnya mereka perlu memberikan sumbangan lebih besar dalam membantu negara bagi mengharungi cabaran ekonomi ketika ini.
Kerajaan memerlukan sokongan yang lebih besar walaupun tidak dinafikan mereka memberikan sumbangan. Hanya beberapa pemimpin GLC dan GLIC kelihatan turun padang membantu rakyat marhaen ketika pandemik Covid-19.

Kebersamaan adalah satu spektrum luas yang harus kita fikirkan bersama tanpa mengabaikan mana-mana pihak. Ini termasuk komitmen dan tanggungjawab sosial semua pihak yang sepatutnya tidak harus terlepas pandang dalam usaha murni ini untuk berjuang keluar dari satu fenomena yang mengongkong global. Bukan setakat pengorbanan penjawat awam dengan potongan imbuhan sebagai satu solidariti cerminan terhadap perjuangan para petugas barisan hadapan yang tanpa henti membendung dan melindungi orang ramai daripada jangkitan Covid-19. Ini juga termasuk pemotongan gaji tiga bulan menteri dan timbalan menteri. Tidak ketinggalan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama turun padang memberikan sumbangan kebajikan prihatin kepada golongan yang terjejas pendapatan.

Kita tidak mahu dalam keadaan pandemik ini, GLC dan GLIC terlepas pandang atau bukan setakat bantuan secara program sekali beri berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mana tidak relevan lagi dalam keadaan ini kerana pandemik telah berpanjangan hampir dua tahun.

Berdasarkan kajian akademik yang dilaksanakan terhadap komitmen GLC dan GLIC terhadap pandemik Covid-19, Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara GLC yang agak proaktif. Sebelum ini, TNB sudah pun aktif dalam aktiviti-aktiviti CSR atau program berunsurkan kelestarian sebelum pandemik berlaku merangkumi sosioekonomi, pendidikan dan persekitaran. TNB yang kita lihat agak sinonim dengan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Yayasan Tenaga Nasional, sekolah angkat PINTAR-TNB, Ceria Ke Sekolah, My Brigther Future untuk anak-anak keluarga B40 dan banyak program berkaitan dengan persekitaran seperti penanaman pokok.

TNB adalah salah satu contoh yang harus diteladani oleh GLC dan GLIC lain dalam fasa kritikal ini. Walaupun kita melihat TNB lebih berorientasikan syarikat tenaga, namun tahap keterlibatan mereka dengan rakyat setempat tidak kira dalam mana-mana program kemasyarakatan amat dikagumi kerana ‘sentuhan peribadi.’

KOMITMEN
Persoalan penambahan peruntukan oleh GLC untuk program-program berkaitan kebajikan rakyat ketika pandemik ini juga perlu dilihat secara serius. Terlalu kurang sangat melihat GLC dan GLIC tampil ke hadapan untuk mana-mana program berkaitan kebajikan rakyat.

Berdasarkan pemantauan terhadap GLC dan GLIC berhubung komitmen mereka terhadap sokongan dan bantuan rakyat ketika pandemik ini, TNB telah menambahkan peruntukan sehingga RM45 juta pada tahun ini merangkumi segi sosial, ekonomi, pendidikan dan kepada NGO.

Menurut Pengurus Kanan Perhubungan Korporat TNB, Wan Hairul Razli, nilai RM45 juta bantuan kewangan itu juga diagihkan kepada Kementerian Kesihatan sebagai bantuan menguruskan pandemik Covid-19. Daripada jumlah tersebut, hampir RM15 juta diperuntukkan kepada NGO untuk membantu mereka dari segi kewangan bagi menguruskan program-program berbentuk kebajikan.

Pemimpin GLC dan GLIC kena buat perubahan minda kerana berlaku tekanan kepada ekonomi dan rakyat berada dalam kesusahan. GLC dan GLIC juga perlu bantu untuk menghidupkan semula ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan sebagainya.

Persoalan kedua, soal sejauh manakah aspek ‘pendekatan mesra’ oleh pemimpin GLC dan GLIC yang lain tampil ke hadapan untuk berganding bahu dengan syarikat-syarikat GLC yang sudah pun berkecimpung dalam tanggungjawab sosial seperti TNB? Sejauh manakah tahap keterbukaan mereka untuk mengadakan kerjasama ini dan mempunyai satu agenda, iaitu memberikan perkhidmatan kepada rakyat daripada memikirkan soal kompetitif sesama mereka dalam keadaan krisis ni? Di sinilah letaknya tanggungjawab GLC dan GLIC untuk menutup jurang perbezaan dalam kalangan sektor-sektor berkaitan ekonomi, sosial, pendidikan dan kebajikan.

Pada masa sama, wakil rakyat dan NGO serta masyarakat setempat perlu memberikan penghargaan kepada GLC dan GLIC dengan cara mempermudahkan urusan-urusan turun padang bagi membantu rakyat miskin dan keluarga B40 untuk mendapatkan bantuan masing-masing. Kita tidak mahu agenda politik diutamakan di sini dan lebih kepada langkah membantu golongan sasaran seperti bantuan pembaikan rumah.

Maka, trend CSR dalam kalangan GLC dan GLIC sewaktu krisis pandemik perlu diuar-uarkan secara besar-besaran. Kalau dilihat prestasi CSR secara keseluruhan di negara ini hanya mencapai 50 peratus, namun hanya digerakan oleh syarikat-syarikat terkemuka. Bidang CSR harus diperluaskan dan digandakan lagi. Untuk itu, perubahan mentaliti pemimpin-pemimpin GLC dan GLIC amat penting di sini kerana mereka tidak boleh meletakkan diri mereka sebagai satu entiti berasingan dari dunia luar dengan hanya memfokuskan pada perkhidmatan dan produk.

Oleh: Profesor Madya Dr. Sara Chinnasamy

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/peminggiran-bahasa-malaysia-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Malaysia Bahasa Kebangsaannya Semakin Terpinggir

Di Malaysia Bahasa Kebangsaannya Semakin Terpinggir

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 282 hits
Inggeris bukan bahasa pengantar EULONDON Kesatuan Eropah tidak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama bermula tahun depan Menerusi beberapa cadangan yang dikemukakan semua mesyuarat dan dokumen akan menggunakan baha...
Kalau Mereka Tak Nak Faham Buat Buat Tak Faham Man Raja Lawak Pasrah Individu Tak Faham Bahasa

Kalau Mereka Tak Nak Faham Buat Buat Tak Faham Man Raja Lawak Pasrah Individu Tak Faham Bahasa

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 282 hits
Pelawak dan pelakon komedi Man Raja Lawak menyatakan bahawa dia pasrah dengan sikap sesetengah individu yang masih menghantar pesanan mesej di ruangan peribadi Instagramnya meminta bantuan kewangan Menurut laporan Harian Metro Man 44 memakl...
Sedarkah Kita Bahasa Melayu Semakin Dipinggirkan

Sedarkah Kita Bahasa Melayu Semakin Dipinggirkan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 333 hits
Bahasa Melayu bahasa ekonomi antara teras pelan strategik DBP 2021 2025Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi adalah antara tiga teras dalam Pelan Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka 2021 2025 yang dibangunkan bagi mengindustri dan ...
Usai Tuding Gen Halilintar Bikin Orang Malaysia Muak Dengan Tingkah Mereka Karinda W Minta Maaf

Usai Tuding Gen Halilintar Bikin Orang Malaysia Muak Dengan Tingkah Mereka Karinda W Minta Maaf

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 383 hits
Sebelumnya sang warganet mengetahui keburukan keluarga YouTuber tersebut dari grup gosip Kebenaran belum terbukti kabar tersebut terlanjur viral
Kekuatan Malaysia Dipintas Bangladesh Afghanistan Myanmar

Kekuatan Malaysia Dipintas Bangladesh Afghanistan Myanmar

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 370 hits
PUTRAJAYA Tahap kekuatan pasukan bersenjata udara negara pada ketika ini sudah pun dipintas oleh banyak negara miskin yang lain di seluruh Asia Menurut laporan terbaharu yang diterbitkan portal Asian Community Malaysia hanya berada di kedud...
Hiburan Dianggap Menyemak Kelly Azman Dikecam Tidak Pandai Menilai Bakat Dalam Program All Together Now Malaysia

Hiburan Dianggap Menyemak Kelly Azman Dikecam Tidak Pandai Menilai Bakat Dalam Program All Together Now Malaysia

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 639 hits
Salah seorang juri program All Together Now Malaysia Kelly Azman semalam dikecam hebat oleh netizen apabila dia didakwa tidak pandai menilai bakat bakat baru yang membuat persembahan dalam program hiburan tersebut Malah Kelly juga dianggap ...
Lihat Youtuber Korea Selatan Ini Cuba Semua Jenis Sambal Popular Di Malaysia

Lihat Youtuber Korea Selatan Ini Cuba Semua Jenis Sambal Popular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 347 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Sekiranya anda merupakan penonton setia video review makanan di YouTube nama YouTuber Chu Bro mungkin bukanlah satu nama asing bagi anda yang pernah menonton...
Get World Cup 2022 Malaysia Png

Get World Cup 2022 Malaysia Png

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 290 hits
Source i ytimg com This change has ruffled more than a few feathers but looking at where qatar is and what the average annual temperatures are like over there Source media doisongphapluat com C c tr n u c a t vi t nam t i v ng lo i world cu...
Ford F 150 Raptor Trak Pikap Kayangan Yang Cecah Harga Rm900 000 Di Malaysia

Ford F 150 Raptor Trak Pikap Kayangan Yang Cecah Harga Rm900 000 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 309 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Trak pikap pacuaan empat roda merupakan salah satu kenderaan yang menjadi pilihan orang Malaysia selain beberapa jenis kenderaan yang lain seperti JDM muscle...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu