Sedap Ke Makan Kek Di Kula Cakes Kuantan




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Kembali lagi dalam episod "Makan Apa Hari Ni?" Sudah lama jugak aku tak menulis dan berkongsi tentang makanan yang aku makan dan juga membuat ulasan mengenainya. Alhamdulillah, kali ini anda bertuah, kerana kali ini aku nak berkongsi dengan anda salah satu tempat atau lokasi yang dikatakan viral iaitu Kula Cakes, Kuantan.
Baru-baru ini aku berkesempatan ke Kuantan, Pahang setelah mengikuti satu program MAHB Media Explore Hunt 2019. Dalam perjalanan pulang ke Lembah Klang, kami iaitu Kak Min, aku, Eneffel dan juga Kiffly singgah di Kula Cakes

Aku memang seorang yang suka kek. Macam-macam kek aku suka, termasuklah kek coklat, kek red velvet, dan sebagainya. Teringat pulak kes aku beli kek dekat Secret Recipe untuk majlis perkahwinan kakak aku tahun lepas, lepas tu lupa nk letak dalam peti ais dan kek tu cair! Haha

Artikel Berkaitan : [ Apa Yang Sedap di Coconut Shake Batu Berendam, Melaka? ]
KULA CAKES

Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku tau wujudnya Kula Cakes. Mungkin tahap viral tempat ni tak sampai ke pengetahuan aku atau sebaliknya. Bila aku check instagram dan google, barulah aku tahu ramai rupanya peminat kek di Kula Cakes ni

Beratus panjang ya sebelum dapat masuk ke dalam kedai!
Suasana dalam kedai!
Di dalam kedai, keadaannya sangat padat. Aku rasa tak sampai 10 orang boleh masuk sebab kawasan yang agak terhad. Hampir 30 minit jugak aku beratur untuk masuk melihat keadaan dalam kedai dan kek apa yang ada di dalam kedai tersebut

Antara Kek yang ada.
Tempat untuk makan kek dan lepak dan bergambar sepuasnya!
Satu konsep yang menarik untuk tempat makan kek. Juga sesuai untuk mereka yang suka bergambar sebab cantik kawasannya. Cuma mungkin kerusi dan meja yang terhad tak dapat nak menampung pelanggan yang ramai. Juga bila cuaca tidak mengizinkan contohnya hujan atau panas terik, memang tak sesuai untuk makan di kawasan ini

5 jenis kek yang dibeli untuk dimakan
Artikel Berkaitan : [ Makan Pizza Sedap Gila! di NAKED Restaurant & Bar, Sri Hartamas, Kuala Lumpur ]
ULASAN 
Sekarang tibalah masa untuk aku mengulas lebih lanjut tentang kek yang dipilih. Sebelum apa-apa, ulasan ini adalah pendapat diri aku sendiri dan kalau pendapat aku tak sama dengan pendapat anda, biarkan sahaja. Ya,  rasa adalah subjektif mengikut citarasa masing-masing. 

RED VELVET CAKERATE : ⭐⭐⭐
Untuk Kek Red Velvet, sebenarnya aku peminat Red Velvet, dah banyak jugak kek Red Velvet yang aku rasa dan makan setakat aku hidup ni. Walaubagaimanapun yang paling sedap yang pernah aku rasa adalah Kek Red Velvet di sebuah bakeri di Putrajaya. Untuk Kek Red Velvet di Kula Cakes ni, rasanya biasa sahaja, boleh diterima dan lapisan cheese yang agak tebal

PANDAN GULA MELAKA CAKERATE :⭐⭐
Rasanya jika aku ke Kula Cakes lagi selepas ini, aku tak akan pesan Kek Pandan Gula Melaka ini lagi. Rasanya sangat biasa, dan mungkin Apollo perasa pandan lebih sedap daripada yang ada di Kula Cakes ini. Tiada yang menarik pada kek ini, rasanya juga agak kering

BURN CHEESE CAKERATE :⭐⭐⭐⭐
Ini merupakan kali pertama aku makan Kek Burn Cheese ni. Selalu jugak aku nampak dekat Twitter, Facebook atau Instagram tentang kek ni. Mula-mula aku macam pelik, kenapa orang nak makan kek yang dah terlebih masak? Rupanya kek tu memang begitu. Not bad. Rasanya agak sedap dan aku boleh terima. Lepas ni mungkin aku akan cari Kek Burn Cheese ni lagi

MANGO CHEESE CAKERATE :⭐⭐⭐
Ramai yang recommend aku untuk makan dan beli Kek Mango Cheese  ni. Dari rupa luar nampak sedap, dengan warna oren, ya, menyelerakan. Tapi bagaimana pula dengan rasa? Bagi aku, rasanya agak pelik. Keknya agak keras dan kalau tanpa salutan mango tu mungkin aku tak akan makan. Walaubagaimanapun, kek ini boleh diterima lagi. Tak mengecewakan

CHOCOLATE SALTED CARAMEL CAKERATE :⭐⭐⭐⭐⭐
Untuk sesiapa yang belum kenal dengan diri aku, aku sangat suka pada caramel. Tak kisahlah sama ada kek, aiskrim ataupun pop corn, aku suka yang bersalutkan caramel atau mempunyai caramel dalamnya. Itu juga sebab utama aku memilih untuk makan kek Chocolate Salted Caramel ni. Aku memberikan 5 bintang kerana rasa caramel dan coklatnya bersatu. Pahit daripada coklat dan juga manis dari caramel bersatu, menghasilkan rasa unik. Juga portion yang agak besar, memang anda akan puas


Kesimpulannya, untuk anda yang berada berdekatan kawasan Kuantan atau merancang untuk ke Kuantan, atau saja-saja singgah ke Kuantan, anda boleh singgah di Kula Cakes ini untuk makan kek! Mungkin bagi anda kek-kek yang terdapat di sini lebih sedap daripada yang lain. Cuma tips buat masa sekarang adalah datang awal ke kedai ini dan bawa portable fan sebab mungkin kena beratur panjang di waktu panas terik

LOKASI

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kulacakes/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Kula-Cakes-263637486982707/
Artikel Berkaitan : [ 5 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur ]
Sekian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/12/sedap-ke-makan-kek-di-kula-cakes-kuantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1121 hits
Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan Sebut sahaja kedai makan viral terus Mek Cah nak cuba tapi jarang kongsikan pengalaman disini Sebenarnya dah banyak kali Mek Cah singgah makan di Kula Cakes jika ada urusan di Kuantan Maklumlah Kerte...
Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

Makan Sedap Di The Fairway Restaurant By Putrade Allsuites Rpgc

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 560 hits
Makan Sedap Di Restoran Fairway Putrade Allsuites RPGC Orang kata kalau nak pikat hati suami kenalah jaga perut dia dengan makna kena pastikan dia nikmati makanan yang sedap ehh haha Apa pulak relatednya tah tapi kalau dah menginap di hotel...
Bakes2bites Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa

Bakes2bites Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 863 hits
Siapa je yang tak suka makan kek kan Lembut gebu dan manis di mulut menjadi sebab kenapa berat badan saya masih tak turun sehingga sekarang Apatah lagi bila terjumpa pula page bakes2bites yang menjual kek mini pelbagai perisa di instagram m...
Chicken Nugget Homemade Terlebih Sedap Bila Buat Sendiri Anak Teruja Nak Makan

Chicken Nugget Homemade Terlebih Sedap Bila Buat Sendiri Anak Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 428 hits
Salah satu makanan yang senang untuk anak makan terutama ketika travel adalah nugget Pun begitu nugget segera yang dijual di pasaran adakalanya mencurigakan kita sebagai ibu bapa Bimbang kandungan bahan seperti garam yang tinggi dalam nugge...
Makan Tengahhari Di Akob Patin House 3 Kuantan

Makan Tengahhari Di Akob Patin House 3 Kuantan

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 629 hits
Makan Tengahhari Di Akob Patin House 3 Kuantan Selesai appointment di Hospital Kuantan perut dah mula berkeroncong walau separuh hati nak daftar masuk hotel dulu dan separuh lagi suruh cari kedai makan dulu hehee Pastinya kena ikut kata har...
Anak Kurang Makan Buatkan Bergedil Ringkas Macam Ni Pun Dah Kenyangkan Anak Sedap

Anak Kurang Makan Buatkan Bergedil Ringkas Macam Ni Pun Dah Kenyangkan Anak Sedap

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 449 hits
Bagi ibu yang berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan dan hanya bergantung kepada susu sahaja pastinya terasa menyukarkan Lebih lebih lagi memikirkan berat anak tidak naik seperti anak anak lain Sebagai ibu cuba sebaiknya menggantikan...
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan

Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1038 hits
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan Hola Agak lama tak jalan jalan cari makan Sabtu baru ni kakak aku ajak pekena nasi kerabu dekat restoran kawan dia di Restoran Baina Nasi Kerabu Bukit Sekilau Kuantan Sebenarnya sebelum ni ...
Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan Kuching Sarawak

Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan Kuching Sarawak

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1593 hits
Tempat Makan Sedap Di Kota Samarahan Kuching Sarawak Assalamualaikum hai Salam hujung minggu semua Dah lama sebenarnya terperam dalam draf dashboard Baru harini terperasan Huhu Encik suami sebenarnya berasal dari Samarahan So bila cuti je C...
Kisah Pilu Sumarsih Diusir Anak Menantu Hingga Tidur Di Emperan Tetangga Diam Diam Beri Makan

Kisah Pilu Sumarsih Diusir Anak Menantu Hingga Tidur Di Emperan Tetangga Diam Diam Beri Makan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 244 hits
Kisah pilu bak sinetron yang dialami seorang nenek bernama Sumarsih viral di media sosial facebook Nenek tua renta itu mengaku diusir oleh anak dan menantunya hingga tidur di emperan Melansir dari Tribun Solo dalam artikel Kisah Pilu Nenek ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online